Thursday, August 27, 2009

Ogos Tahun Ini



Ye. Ogos tahun ini sangat bermakna dan sadis pada keluarga aku.

Ogos tahun ini kitorang sah menjadi warga Putrajaya. Buat masa skang menyewa kuarters kerajaan di Presint 9.

Ogos tahun ini anak kitorang, Dania Ziyad tidak lagi di bawah jagaan neneknya yang bernama Rusinah. Pengasuh Dania yang baru namanya Saliha. Duk depan blok kitorang jek.

Ogos tahun ini adalah bulan ulangtahun perkahwinan kami. Pagi2 lagi suda bersms ucap hepi anniversary.

Dan...pada hari ulangtahun juga berlaku kejadian yang cukup wat aku jadi gla. Rumah kitorang dipecah masuk oleh budak2 hingusan. Damn! Kitorang terpaksa redha sebab puncanya kecuaian di pihak kitorang. Nilai kecurian memang tinggi sebab budak tu telah merembat kamera dan ps2 hubby aku. barang2 lain adalah duit syiling dan duit pemberian orang untuk Dania.

Dengan ini aku umumkan bulan peperangan ngan pencurik bedebah dan jahanam itu. Aku dan hubby suda pasang strategi untuk memastikan pencurik itu cepat2 masuk lubang kubur(kalu umor dia pendek la). mesti korang pelik kan ngan ayat di atas. mana tak nye pencurik tu bole masuk umah kitorang di tingkat 8. hebat kan?

Last but not least, salam merdeka buat anda sume.

Tuesday, August 25, 2009

Salam Ramadhan

Alhamdulillah. Hari ini dah masuk hari ke-4 umat Islam berpuasa. Harap tak terlambat untuk ucap selamat berpuasa kepada kengkawan sume.

Semalam adalah hari pertama Dania Ziyad dihantar ke rumah pengasuh nya. Sebelum tu dah 2 kali buat visit dan inspection. hahaha...ye la nak besakan diri dia ngan suasana rumah pengasuh tu. Alhamdulillah hari pertama berlalu dengan baik. Akak tu cakap Dania pantang orang bagi makan dia telan jek. aiseh...tak malu btol anak aku nih. Pastu masa nak basuh yak yak, Dania bole plak nangis. Air kat Putrajaya ni lain macam sket. Sejuk yang amat. Tu yang Dania tak berapa tahan. Tak pe la. Belajar mandi air sejuk ye Dania. Jangan jadi orang bandar sangat. hikhikhik...

to semestarian, korang sume pegi majlis berbuka pose ahad ni?

aku still tak confirm lagi sbb bertindih plak nak balik kpg mertua. huhuuhuhu...as usual my hubby still insist nak balik umah mak dia. dan aku? maaaalllaaaaasssnyea. hahaahha...

Monday, August 3, 2009

Biskut Pepito

Serius ok aku sedang mengidam nak makan biskut Pepito nih. (ini tak de kaitan pregnant ye)

Ntah nape tetiba aku pasan betapa banyak biskut/snek/jajan yang sedap2 dulu dah tak de kat market.

Nape ye?

Nasib baik la ada internet dapat aku google. Yes. Biskut tu sebenarnya wujud lagi. Bukti cuba tengok pic bawah nih. Walaupon packaging untuk pasaran Malaysia lain sket tapi ia maseh biskut yang sama. hehehe...



Kawan2 esp Yabeet. korang maseh ingat lagi tak biskut ini?

sampai skang aku maseh dapat rasa kerangupan dan lemak coklat biskut nih.

fevret aku yang lain dan tak dilupakan ialah maggi asam pedas. perasa dulu lagi sedap kan? berair air mata tahan pedas. aku ingat lagi izanurni slalu nanges kalu makan maggi asam pedas.

makanan wajib bila shopping masa kuar bandar ialah twisties, cadbury black forest, roti krim, sosej bun.

coklat black forest tu kalu lambat beli bole abes stok atas rak.

roti krim tu pon sekejap je kat atas rak. elok je kuar dapur sume org sapu.

sosej bun tu pon sama gak. aku rasa sosej bun goodpoint je paling sedap.

aiseh...rasa nak terbang ke raub la ni gak. hahahaha...