Tuesday, June 28, 2011

Kali Pertama Dalam Hidup Aku

Apa yang kali pertama nya dalam hidup tuh?

Jeng jeng jeng

Kali pertama aku bawak bekal masak sendri ke opis daaa...

hahahaa...itu pon baki masak dinner semalam. ngeh ngeh ngeh. tepuk tepuk untuk diri sendri.

lately ni aku dah jadi muak ngan makanan ruji aku-nasi.

rasa dah tak boleh nak selalu telan. bila masuk hari bekerja je, memang mood makan tu tak berapa nak ada. kadang2 skip lunch. cam semalam. balik dari keja terus melepek. lapar sangat tapi tak tau nak makan apa. sampai la wat keputusan nak masak spaghetti.

uurmmm...best jugak ek sarap dengan homemade cook ni. lenkali bole cuba lagi. Insya-Allah.

Monday, June 27, 2011

Harga Barang Dah Naik, Adakah Kita Menyedarinya?

Isu kenaikan harga minyak RON95 memang dah lama berdegar-degar. Tapi setau aku tak naik lagi. Taaaapppiii kenapa harga barang lain dah naik mencanak2?

Aku memang tak puas hati. Meh sini aku senaraikan beberapa barang yang dah naik harga.
Antaranya ialah:

1. Susu Enfagrow 3 tahun ke atas pek kembar dulu harga siling Rm75++ skang dah RM81++.
2. Vitagen dulu RM3.99 skang dah RM4.20.
3. Udang saiz besar dulu RM19/kg skang dah jadi RM21/kg.

Apa dah jadi nih? Aku tak kira. Aku tekad nak bising ke Kementerian berkenaan. Ini dah terlalu melampau. Dengan kenaikan harga barang berkenaan memang tak padan dengan pergerakan gaji tahunan aku wei!Cuepacs plz do something!

Kenapa zaman Tun Dr Mahathir dulu tak de situasi macam nih? Tolong pak menteri jangan nak bagi alasan ini disebabkan kenaikan satu dunia.

Wednesday, June 15, 2011

Masa berlalu dengan pantas

Errkk...lama betoi aku tak update blog nih.

Bnyk cite yg tak tercite kat cni. nanti la aku marathon ye. may be masa aku berpantang nanti kot baru ada masa yang lapang dan tenang untuk bercerita.

ye la nak bercerita musti ada feel kan.

btw, aku sangat risau skang ni. sebab aku tersangat rileks dengan pregnancy kali ke 2. berbanding dengan kawan aku Ujie yang sangat gigih, aku ni lepak sangat.

Aku tak rancang lagi barang apa nk beli.

Tak basuh lagi baju baby.

Tak packing lagi barang baby dan beg ibunye.

Tak rancang perbelanjaan lagi.

Bila kita beranak hujung tahun, kena aware dengan perbelanjaan nak beraya (walaupon aku tak beraya tapi baju Dania kena beli gak) dan most probably we r moving to our own house by end of this year. phew!

Serabut tak rasanya?

Tu blom kira lagi hal2 opis yang menyesakkan. Opis aku pon nak kena pindah. Uwwwwaaaa...rasa nak nanges je.

Btw, sampai la ni aku tak gi register hospital mana nak bersalin. Aritu nye percubaan gagal. Macam2 kes. Hopefully next appointment ni tak de masalah lagi la.

Ok will update more stories. See ya!