Thursday, November 12, 2009

Surat Kepada Pengasuh Dania Ziyad


Ke hadapan Kak *a yang dihormati,

Saya, Ummi kepada Dania Ziyad ingin memohon maaf atas sikap saya yang terlalu komited dengan kerja di sebuah kementerian kerajaan. Komitmen terhadap kerja saya adalah sebagai menyahut seruan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang mahukan rakyat didahulukan. Sehubungan dengan itu, harapan saya dan keluarga agar Kak *a sekeluarga dapat bersama-sama menyahut cabaran Y.A.B. Saya berharap Kak *a selepas ini tidak akan mengulas dengan lebih lanjut jika saya terlewat mengangkut Dania selepas waktu kerja.

Sebagai penjawat awam, saya memahami keluarga Kak *a agak kecewa dengan pembentangan Bajet yang diumumkan baru-baru ini. Oleh sebab itu saya mengizinkan lanjutan masa untuk Kak *a menjaga anak saya, Dania Ziyad sehingga akhir bulan ini atas dasar kasihan. Seluruh rakyat Malaysia maklum duit banyak diperlukan di hujung tahun kerana ia melibatkan perbelanjaan anak-anak untuk ke sekolah. Walaubagaimanapun, disebabkan keluhan dan komentar yang diluahkan petang tadi, dukacita saya maklumkan kontrak Kak *a akan ditamatkan dengan seberapa segera.

Kami sekeluarga ingin merakamkan jutaan terima kasih tak terhingga di atas jasa baik dan pengorbanan Kak *a sekeluarga. Semoga tiada sengketa selepas ini dan harap halalkan makan minum anak saya.

haaa...amek ko. maaf ye. saya maseh dalam mode bengang. haaihh baru sorang anak. mintak Allah permudahkan untuk pengasuh yang akan datang ni.
owh...pic di atas tiada kena mengena pon dengan tulisan nih. saje je nak tepek sebagai ubat hati. itu le pic masa aktiviti kami yang lepas.

5 comments:

zue said...

alahaii..ciannyer...ape die ckp mien?

-inay- said...

so siyes muka dania....

Unknown said...

Pengasuh dania marah2 ke kalo ko amek dania lambat?

dh dpt pengasuh baru?

mira edora said...

sabo ye mien..
kalu cite bab nanny, nursery, maid
mmg mcm2..
insyaAllah dpt pengasuh yg lg elok ye..

Mrs. Bee said...

smoge dpt better babysitter pasni..:) btw, cute arnab kt blakang tu mien..hehe