Friday, December 31, 2010

Looking Out For The Year 2011

Quick updates on year 2011...

1) Jan-suda plan satu holiday ke Cameron Highlands! yabeda bedu. hopefully everything goes well sebab ni fes time saya nak ke sana. dolu2 penah buat cubaan nak pegi tapi asek tak jadik je. jadi kali ni harap2 jadik la ye. insya-Allah. oowhh trip ni adalah idea kengkawan opis. kira outing ramai2 la nih.

2) Mei-holiday lagi. kali ni plak kitorang maseh pilih Pulau Langkawi sebagai destinasi percutian. baru saya pasan kitorang ni asek ke pulau jek. rasanya trip untuk 2012 pon nak cari pulau gak. haahha...keluarga yang gila ngan pulau.

3) Ogos-expecting our lil baby. orang lain sibuk counting days nak pose tapi saya nanti sibuk counting days nak beranak. muahahahah...

4) Feb-Julai-mencari masa yang seswai utk balik Kelantan. tahun 2010 langsung tak berkesempatan nak balik. rindunya nak balik kampung. macam2 berlaku tu yang buat plan asek tak jadi. jadi tahun 2011 kitorang musti balik. cuti beku ke hapa ke. tak de maknanya dah. saya tetap nak balik gak bos!

5)of course tahun depan adalah tahun target untuk confirmation. insya-Allah.

k la. papepon Dania dah memang buat remarks utk sambut tahun baru. sambut dengan segala ubat, tuala tuam dan air panas-yeah, dia demam. to Izz Dhani, sori auntie tak dapat nak meriahkan besday party awak.semoga awak tak nakal sok ye masa nak potong kek. sian kat mama awak.

k kengkawan. selamat melangkah ke tahun 2011. semoga semua impian dan rancangan menjadi kenyataan.




Monday, December 27, 2010

nota ari pertama

Bestnya ari ni. Mana tak nya minggu ni aku akan bercuti semingguuuu!

hahaha...pagi tadi rileks je bangun lambat. ngan hubby skali lambat bangun g keja. ye la semalam kitorang gerak lewat dari rasah. tunggu hubby berurut ngan tukang urut cina. leka punye leka jam dah kul 12 tgh mlm baru terhegeh2 nak gerak balik.

rancangan asal pagi ni nak g daftar check up kat klinik kesihatan presint 9 nih, tapi dah bangun lambat terus tak jadi. pastu konon nak g petang, tetiba rasa malas berganda2 lagi sebab memikirkan takut nurse tu tak bagi daftar waktu petang.

sambil nak tunggu ke petang, layan je la dulu cite kartun pagi.kebetulan ada cite naruto shippuden layan je la sambil2 makan sarapan. dah lama sangat tak tengok naruto ni. dulu aku follow setiap episod. gara2 hubby and muniza la aku terpengaruh tengok cite nih. sejak bersalin kan Dania, cite anime yang berepisod2 ni aku dah tak follow langsung. cite sket pasal kisah naruto tadi, kali ni naruto cuba selamatkan cikgu kakashi daripada menjadi korban wasiat api. mula2 tu kengkawan dia sume bantah tindakan dia. tapi sebab naruto ni memang seorang yang tidak berputus asa dan pegang kata2 cikgu dia, memang dia buat dek je apa kengkawan dia buat. Last2 baru la kengkawan dia paham kenapa dia bertindak macam tu. Ending dia mesti la naruto dan kengkawan dia menang.

ok apa yang aku nak cite kan, kalu tengok dari perspektif lain, naruto tu mewakili bangsa Jepun yang terkenal dengan sikap tak penah berputus asa dan pegangan kuat. kengkawan naruto tu plak adalah bangsa2 lain. bila Jepun yang dahulunya pernah musnah akibat perang dunia dan seterusnya bangkit menjadi kuasa ekonomi, semua bangsa mula mempercayai bahawa kemusnahan yang terjadi tu mampu membangkitkan semangat untuk menjadi yang terbaik. sebab tu la Dr. M menyarankan kita supaya menghidupkan semula Dasar Pandang Ke Timur. untuk menjadi bangsa yang terbilang kita kena lah bersikap seperti bangsa Jepun, iaitu tidak pernah mengenal putus asa. ini telah dibuktikan oleh beberapa pengasas jenama terkenal daripada negara matahari terbit itu sendri.

jadi itu la yang aku nampak daripada pembinaan watak dalam kartun anime Jepun. setiap produk sesebuah negara dah tentu mewakili sifat bangsa tu sendri.

apapun arini aku dah berjaya gak setelkan saman speeding. harap2 tak de masalah lagi bila nak renew road tax bulan 2 nanti.

btw, aku rasa tahun 2010 ni banyak peraturan yang aku langgar. mana tak nye aritu bole sangkut renew road tax aku selamba kodok je drive keta tuh. siap pegi merata2(area Selangor je la). ada la sebulan gak amik masa nak renew. sebab aku last min minta tolong member dapatkan disc saman aku yang dah kena black list.

pastu bole plak 2 minggu lepas aku baru pasan lesen keta aku dah mati. adooii... dah tau tu aku tangguh gak renew. aku tunggu bila cuti baru aku renew. huhuhu...

teruk nye aku sepanjang 2010. dulu tak penah serileks ni. dan sume duit blanja tu guna duit sagu hati yang baru dapat. tapi tak pe 2 saman yang aku bayar tadi tu aku nak claim balik kat hubby. tunggu bonus dia masuk siap la kuar bajet claim aku.muahahahah....

apa aktiviti esok plak? kiiitaaa pegi Wet World Shah Alam!!!! sebab dah janji ngann lil D dan Alif.

ok la nak g mengemas2 baju dan perkakas. maklum la malam ni dan malam sok nak tdo umah parents kat KJ. daaaaaaaaaaa.....

Friday, December 24, 2010

Sata v.s Masterchef

Semalam dapat call dari Abah. suh datang umah makan hasil tangkapan dia dari Kemaman.

Kalu dah Kemaman tu confirm la kan sata dan kepok lekor. Aku plak bole terlupa nak pesan kat hubby minta singgah terus dari opis, jadi nak tak nak kena la tunggu dia balik pastu baru gerak ke Kelana Jaya.

Mula2 tu berbelah bahagi gak sebab kalu kitorang gerak awal terlepas nak tengok Masterchef. Rumah Abah tak da channel 711. Urm...pk punye pk. tak pe la. dah tau pon sape menang. ari ni pon kan ada ulangan nyea. heehhe...

Dalam kul 9 lebey gak sampai umah Kelana Jaya. Abes satu beg plastik sata aku pulun. Komen aku lupa nak pesan kat mama jangan beli sata restoran femes tuh. sebab masa kitorang singgah kali ke2 dulu dapat detect rasa nya dah tak sama. tapi nak wat cane. mama beli kat tempat tu jugak.

apapun dapat la 4 pek kepok lekor cap Intan. kepok keping cap yang sama dah abes. ye la musim tengkujuh mana la nak dapat stok. jadi mama beli la cap matahari. ok la daripada tak de langsung.

jadi petang nanti ada la kudapan untuk kitorang makan. hehehe....seronok nye!
Kesimpulannya penangan sata lagi hebat daripada Masterchef itew.muahahahaa

Thursday, December 23, 2010

Beza Yang Pertama dan Yang Kedua

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah 7 minggu kot aku mengandung. bole plak kot2 kan. mengandung kali ni aku tak sempat nak tepek benda alah yang counting days tu.

Betol orang kata setiap anak yang kita kandung tu ada pengalaman yang berbeza2. Kali ni memang sangat ketara. Mual tu kekadang je. Tak macam yang dulu, ari2 mual, muntah sampai lembik. Kali ni datang selang ari2. Mungkin percubaan aku untuk stabilkan hormon berjaya kot mengawal rasa mual tuh.

Taaapii dulu aku larat je nak masak dinner masa ngadungkan Dania. Kali ni langsung aku tak bole nak masak sebab rasa muak dan tak bole nak merasa apa yang aku masak. Ada sekali tu gagahkan diri gak untuk masak, end up aku tak lalu makan.

Jaadii, ari2 la kami bertapau. Makan pon apa yang ada. Sian Dania. Dia la paling terkesan bab2 ni. Sebab dia suka makan apa yang aku masak (owh! tetiba memuji masakan sendri) . Doa aku harap2 la situasi ni untuk 1st trimester je.

Apapun aku suka mengangdung tahun ni. Sebab ada ramai gang. Kawan sekolah, kawan seopis sume lengkap. Cuma aku tak jumpa lagi kawan seuni aku. Adakah? hahahaa...

Yang pasti kat opis ni satu seksyen aku ni aje dah 6 orang(ni blom termasuk seksyen2 lain)! muaahahha...kami sume dah pakat nak hentam cuti 90 ari. yaaaahoooo!!!

Tu blom termasuk lagi yang baru nak naik pelamin. Silap2 join skali. (*nim, jangan mare ye!)

Yang aku paling teruja tu sbb kat opis aku ni ada sorang bos kitorang nih. Dia dah lama kawen tapi baru ni ada rezki mengandung. seronok kan? mungkin berkat dia g umrah aritu Allah perkenan kan doa dia. Aku tengok bukan main hepi lagi dia bila dia dengar kitorang seopis ni pon mengandung.

Haiih...ponat dah mengira. apapun harap dipermudahkan perjalanan kami semua. Amin.

Sunday, December 19, 2010

Perihal Si Biri-biri dan Maher Zain

Alkisahnya kitorang dah dapat idea dah cane nak tenangkan mood Dania bila datang angin kus kus dia. hehehe...

Skrol kat bawah ni...

.
.
.
.
.



Kartun Shaun The Sheep! kartun ni memang lawak abes aar. hubby aar yang mula2 introduce kat Dania. tak sangka plak Dania bole layan. memang selama ni sume kartun yang ada kat TV tak penah plak dia layan. tapi yang ini memang lain. dia bole layan koya2 depan pc tanpa menghiraukan Ummie dan Baba dia.

dan yang ini,




Maher Zain-Insya Allah, lagu ni memang wajib pasang dalam keta. bayangkan la sepanjang perjalanan tu duk asek kena ulang2 lagu nih. Dania memang layan sampaikan siap nyanyi ngan muka berkerut-kerut sebab nak tarik suara.

ok la setakat entry ni dapat tulih. Si kecik dah meragam.

Sunday, December 12, 2010

Berita Baik

Kalu mula2 kawen tu orang akan tanya dah berisi ke?

Pastu bila dah keluar sorang, confirm orang akan tanya dah dapat seorang bila lagi nak tambah?

hehehe...itu la persoalan yang tak kan berhenti. nanti aku nak tunggu plak soklan seterusnya bila anak aku dah bertambah2. hahaha...

*orang yang dimaksudkan itu adalah kengkawan dan sedara mara ye.

berbalik pada tajuk atas tuh. masa aku sibuk2 nak pegi kursus btn, ada la umat yang menanya, nape aku sibuk nak g awal.aku jawab ala2 merapu je. ye la wat pe nak heboh hal sebenar kan.

yang sebenarnya aku dah aim lepas je aku menghadiri kursus2 wajib tu aku memang merancang untuk mengandung lagi. dan Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami sekeluarga.

mula2 dapat kesan 2nd pregnancy ni cuak gak. rasa tak bersedia je lagi. dulu masa dapat tau mengandungkan Dania pon tak bersedia gak. tapi tak bersedia dalam keadaan teruja. hehehe...

kali ni lagi cuak. mana tak nye due date aku jatuh masa umat Islam berpuasa. hubby dah wat lawak bengong. dah anak kita lahir bulan pose, kita nama kan dia ramadhan. so klise!

dengan ini aku nak umumkan kepada Liza, Kyra, Ujie, Lynn, Mazlina dan Du'a ANAK KITA SEBAYA LAAA! hihihihi...

Friday, November 26, 2010

BTN

Ni plak aku nak share pasal kursus BTN. bila sebut je tiga huruf tu mesti orang terpk kursus yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal tahap gaban. sebenarnya BTN ni ada modul tertentu. macam yang aku pegi ni modul kenegaraan.

Modul ni memang wajib diikuti oleh semua penjawat awam. nak tau nape? pada pendapat aku, kalu kita nak berkhidmat untuk negara kita, kita kena kenal la negara kita sendiri kan?

Alhamdulillah bila dah pegi kursus ni banyak persoalan isu-isu hangat yang berdegar2 di negara kita telah terjawab.

Sepanjang kursus kitorang diperkenalkan dengan Perlembagaan. Kalu kita imbas atau selak2 surat khabar Perlembagaan ni macam besa dengar je kan. tapi berapa ramai yang tau isi kandungannya? malah melihatnya di mana2?

Kursus Kenegaraan ni yang mengupas sejarah wujud nya Perlembagaan dan bagaimana ia dihasilkan.

Jadi pada sape2 yang rasa hak-hak istimewa orang melayu dan hak-hak kaum lain boleh dipinda, kita boleh rujuk pada Perlembagaan. di situ ada diterangkan perkara tersebut di bawah kuasa siapa dan kenapa ia tidak boleh dipinda.

pada aku, memang aku tak berpihak pada sape2. tapi apapun macam fasi aku cakap, kita mesti tahu fakta baru boleh bercakap.

sebagai penjawat awam adalah menjadi tugas kita untuk tahu fakta dan menyampaikan kepada orang awam. malah usaha untuk menidakkan btn adalah salah satu usaha mereka yang tidak mahu sesuatu fakta itu dihebahkan.

dan bila dah belajar kenegaraan ni, kita akan mula rasa sayang dengan nilai kemerdekaan yang kita kecapi, usaha2 untuk menimbulkan sensitiviti kaum, menaikkan kemarahan sesebuah kaum adalah salah satu usaha kecil untuk meruntuhkan kemerdekaan yang kita ada hari ini.

ingat lah sesebuah bangsa yang tidak kenal sejarah dalam sekelip mata sahaja bangsa itu lenyap di muka bumi. itu lah berlaku di Iraq. dan Iraq skang ni hanya tinggal kenangan. jadi kita kena ingat nilai merdeka dan kedaulatan itu sangat sangat sangat mahal harganya. jangan la disebabkan kita tamak, semuanya tergadai.

jadi sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan kemerdekaan negara ini, saya menyeru anda semua menyertai kursus ini. syarikat2 swasta digalakkan untuk mendidik pekerja mereka dalam aspek kenegaraan ini. kesimpulannya, aku n kengkawan bole cakap pegi btn berkali2 ganda best daripada pegi induksi sebab kat btn ni betol2 diberi penghayatan betapa pengtingnya kita menghargai apa yang ada di hadapan mata kita sekarang ini.

have a nice weekend u ols!

Fuh!

Fuh satu sebab blog ni dah bersawang.

Fuh dua sebab dah rasa lapang dada sket.

Lapang dada sebab matlamat tahun ni dalam kareer aku dah tercapai.

Rasa syukur sangat. Alhamdulillah kursus wajib dalam perkhidmatan aku dah tempuhi dengan selamat. 1 dah tau keputusan tinggal 1 lagi je. Nasib baik yang tu bole semak kat laman web.

Musti korang tertanya-tanya kursus apa? alahai kursus apa lagi kalu tak kursus induksi dan BTN.

Sape2 yang berkhidmat dalam gomen confirm lemah je kalu dengar dua2 kursus ni.

Lemah nak pegi satu hal sebab nak kena ngadap peksa. Yang lemah nya nak mendapat tempat tuh. Cni aku nak share jugak le pengalaman aku dalam mengejar untuk menghadiri kursus2 nih.

Mula2 aku tak tau pon sume perkara kena buat sendri. ye la ingatkan dah hantar borang pada admin, ada la orang yang akan tolong call. sekali hampes. siap minah kerani tu bole salah antar sume borang kitorang. adeh.

bila dah cenggitu, aku mula follow up sendri sampai la surat panggilan kursus sampai ke tangan aku. puas hati aku. hehehhe...

balik daripada induksi tu, kitorang disarankan untuk hadir btn seberapa segera yg boleh. ye la dengar2 bajet tak de la. bila bajet tak de bilangan kursus pon dah kurang.

bermula la sesi pulun follow up untuk btn. masa call tu memang pegawai tu dah bagitau tak de kekosongan untuk tahun ni. jadi aku memang tak berharap sangat. ingatkan nak follow up semula bulan 12 nanti supaya nama naik untuk tahun depan. tup tup balik raya dapat le surat panggilan btn. hehehe...

untuk bulan 12 ni aku plan nak gegar pegawai yang kuar kan sijil kursus induksi. mana taknya kursus bln 4 sampai la ni tak dapat2 lagi sijil.

untuk pengetahuan korang, memang malang duk kat kementerian yang bias terhadap skim. aku malas nak sebut tapi sape keja skim tu 3 tahun keja confirm naik 44. kami ni kekadang macam peminta sedekah pon ada. sebab dah ada kes. pegawai atasan aku terpaksa follow up sendri kenapa dia tak naik2. rupa2nya kami ni dianaktirikan. depa pentingkan skim2 lain berbanding skim kami.huhuhuhu...

kitorang yang baru2 ni memang agak cuak la bila dah dengar kes sampai tahap tu. kalu tengok kan batch aku ni memang brutal gak. slumber je sound 54 minta urus cepat sijil kursus. muahahahahha...

kalu orang di luar gomen mengharapkan pembaharuan dalam penyampaian kepada rakyat, kami dalam gomen ni memang berkobar2 untuk membuat pembaharuan dan mengharapkan pembaharuan yang sama gak. tapi sume tu perlu kan masa. cam besa orang berkata bersabar aje lah ye.


Wednesday, November 10, 2010

stesyen seterusnya

semalam, erm bukan semalam jek tapi kebelakangan ni aku banyak pk hidup di alam lain.

kebetulan boleh plak aku layan halaqah channel tv9.

dan tajuk plak sama cam apa yang duk berdegang2 kat kepala aku.

topik semalam membincangkan "Stesyen Seterusnya-Alam Barzakh".

tetamu undangan adalah Datuk Abu Hasan Din Al-hafiz.

sejuk je mata nengok muka ustaz ni. bila ustaz berbicara tentang kewujudan alam, persoalan yang dibangkitkan dan perkara2 yang akan ditanya nanti oleh malaikat, fuhh seram sejuk rasanya.

dan kata ustaz tu walaupon hanya jasad tertanam di bawah, tapi jasad ukhrawi kita masih mampu mendengar apa yang berlaku di atas. sebab tu kita besa dengar kalu kita baca al-fatihah atau apa2 bacaan ke atas orang yang telah meninggal dunia, doa atau bacaan tu sampai ke jasad ukhrawi. Apa yang disoal dan disiksa tu la dibuat ke atas jasad ukhrawi.

Kalu orang pertikaikan seksaan kubur, memang kita tak kan nampak pada jasad yang ditanam. sbb yang disiksa itu adalah pada jasad ukhrawi kita.

Jadi jelas la mati itu benar, syurga itu benar, dan seksaan serta neraka itu benar.

kata ustaz tadi hanya amalan sahaja yang mampu menyambungkan antara kita yang di dunia ini dengan jasad ukhrawi. amalan yang boleh dibuat adalah seperti doa daripada seorang anak kepada ibu, bapa dan sanak sedara atau kengkawan kita yang telah meninggal dunia.

huhu...dan aku, secara jujur memang rasa masih tak bersedia untuk mati. sape2 pon macam tu juga kan.

setiap kali solat memang satu je doa aku. minta panjang umur untuk tengok anak2 membesar. bila dah ada anak ni, slalu terkenang2 nasib si anak kalu kita dijemput awal.

adeh...terngiang2 lagi kawan hubby aku nye statement "aku kan raya kali ni cukup 3 ari je aku beraya sebab mak ayah dah tak de, jadi tak de apa dah makna raya bagi aku".

huhu...rasa nak berderai je air mata aku.

apa2 pun topik semalam cukup buat aku sedar. jadi sentiasa beringat akan alam lain untuk mengelakkan daripada berbuat dosa kering.

Friday, October 22, 2010

my lil D

Bosannya bila baca blog sendri. Nak wat cane asek2 tak nyempat je nak update. huhu... bila tengok entry lepas2, rupa2nya dah laaaamaaa tak cite pasal my lil dotter. Ok quick updates about her:


Lasak cam budak laki
Selasa mlm lepas dahi Dania terantuk kena dinding. Aku pon tak pasti macam mana bole berlaku. Sebab masa tu aku n hubby sibuk memasak untuk family mak sedara aku. Tau2 je Dania menangis dan darah memancut dengan banyak. menggelabah aku tengok. Aku tinggalkan sayur atas dapur dengan pantas kitorang bergegas ke klinik. Nasib baik la tak dalam luka nya. Alhamdulillah tak kena jahit(baru je baca entry umar anak zetty yang kena jahit). Doc letak antibiotik cam gam gajah tu pastu plaster je. fuhh lega!


Mulut bising
Yang ini hanya untuk mereka yang rapat je. Jadi jangan le tertipu ngan lakonan dia bila jumpa korang. Jangan le nak kata Dania ni baik tak bercakap banyak. Pada hal kat umah dia paling bising.
Skang ni mulut Dania dah ringan sket ikut apa yang kita cakap. Kalu dulu mak aiih berat cam ada emas dalam mulut. Cuma skang ni tengah ajar dia buat ayat. kekadang tu memang nampak Dania put an effort to try by telling a story to us. besanya kalu tanya apa dia buat kat umah ibu, mula2 la dia bercerita dalam bahasa german. terbaru skali semalam kat umah ibu. dia panggil "abu, mbus!" maksudnya "ibu, pampers tembus". ponat la si ibu nak memahamnya.


Berkawan
Part ni memang dia heroin la. Suka join budak2 yang besar. Selamba je minta ngan kitorang nak kuar umah nak main ngan budak2 besar (anak jiran sebelah). besa main kat depan umah je. jadi akan kelihatan la si kecik itu dengan sekumpulan budak yang umur sume dah 7 tahun ke atas. muahahaha...

next entry will update on her latest pic. see ya.

Friday, October 15, 2010

Hari Yang Bahagia

Bestnya pagi ni. Best sangat. Sebab dapat cuci mata tengok katalog ikea yang baru.

Mesti la best kan kalu bab2 berangan dan koya ni. hehe...

Sori la ye I malas nak link2 kan. U all google je la.

Banyak juga produk dah turun rega. Dan banyak juga barangan Ikea dah ke arah 'selamatkan bumi'.

Nanti kalu korang baca, part aku yang paling touching skali kat page 18-19. tgk katalog pon bole touching. muahahaha...

owh kay. cukup masa dah. nak sambung keja plak.

Saturday, October 9, 2010

:: iMaGinE ::

Imagine there's no heaven
It's easy if you try
No hell below us
Above us only sky
Imagine all the people
Living for today...

Imagine there's no countries
It isn't hard to do
Nothing to kill or die for
And no religion too
Imagine all the people
Living life in peace...

You may say I'm a dreamer
But I'm not the only one
I hope someday you'll join us
And the world will be as one

Imagine no possessions
I wonder if you can
No need for greed or hunger
A brotherhood of man
Imagine all the people
Sharing all the world...

You may say I'm a dreamer
But I'm not the only one
I hope someday you'll join us
And the world will live as one


Cute gla kan web page google ari ni? Lagu pon best! Ari ni google celeb John Lennon 70th besday. Mmg suweet sgt. I loike. Kalu sape2 tgk Glee pasan tak lagu nih? best kan. orang pekak nyanyi pon bole jadi best. k gals enjoy ur day!

Wednesday, October 6, 2010

hooray!

Hati ini memang betol2 gumbira.

Akhirnya dapat gak aku bukak blog Che Det. Skang ni pengurusan memang ketat. mana2 blog yg ada unsur2 tak baik(paham2 je la ye) memang terus kena blocked OK.

Dan dulu blog Che Det tak terkecuali. Masa tu seingat aku masa politik semasa agak bergolak. Tak silap aku semasa proses pengalihan kuasa atasan.

Kalu tanya aku la. Perkara yang kecik pon nak diperbesar2kan. Kalu dah orang 'lama' tegur kena terima la kan. Papepon aku tetap sokong Che Det sebab aku membesar dengan Che Det. I heart his brilliant brain.

jadi sat lagi aku nak khatam balik entry Che Det yang banyak aku dah tertinggal. ok chow dulu ye.

Tuesday, September 21, 2010

Random

::On our anniversary

Happy 3rd Anniversary!

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi sedar tak sedar dah 3 tahun kitorang kawen. Tak sambut apapun sebab hari ulangtahun perkahwinan kitorang ni masa bulan pose yakni 25hb Ogos 2010. Betol kata orang, tahun pertama kawen memang mencabar. gaduh tu cam besa la. tapi bila dah lama tuh, baru la ada tolak ansur dan saling memahami. hehehe...terima kasih tak terhingga kepada suami saya yang terchenta dan macam2 ter lagi lah sebab bole terima diri ini seadanya. really appreciate that.

::On my birthday

Happy Birthday To Me!

Pun masa kita duk sibuk2 berpuasa yakni 3hb Sept 2010.dis year i choose my own present OK. no more drama sorok2 hadiah ye. kelakar je bila ingat kisah tahun lepas. tahun ni fb aku memang sangat meriah. ye la fb kan memang hot skang ni. jadi banyak wish dari kengkawan sume ada kat fb. fyi, kat opis aku tu ada 2 orang yang sama besday, chwa dan burn. aritu memang gamat abes masing2 ceria bila bertembung sebab berebut nak wish besday.

::On fasting month

Congratulations!

Alhamdulillah tahun ni tak banyak hari nak kena ganti. cuma 5 ari je ponteng. dan yang bestnya memang aku berjaya marathon memasak sepanjang bulan pose. cuma 2 kali je kitorang makan kat luar. dan weekend buka pose kat umah mak, mil n mak long. baki tu memang masak aar. aci tak congrats kat diri sendri?muahahaha...sepatutnya double congrats aar sbb 2 tahun berturut2 dah ni berjaya masak sendri menu berbuka pose.

Dan ni la tahun yang pertama aku tak berkesempatan untuk berbuka dengan kengkawan. baik kawan sekolah mahupon kawan satu universiti. maaf banyak2 ye kengkawan. insya-Allah kalu ada kesempatan tahun depan aku akan merajinkan diri contact kengkawan untuk organize berbuka pose tuh. Tq to syifaak gak yang tak penah mis nak ajak aku. hopefully dia tak serik2 nak sms aku lagi. huhuhu...

Tahun ni juga keluarga aku berpuasa tanpa mak aji. kalu tengok kan hidangan buka pose tu teringat2 je apa makanan kegemaran dia. dan bila dah ingat arwah tu, memang terus rasa beruntungnya aku dapat merasa nikmat Ramadhan kali ini.

::On Raya Celebration

Semoga tak terlambat untuk aku mohon maaf kalu ada salah tak kira la dari segi perbuatan dan perkataan kepada korang sume. raya kali ni giliran rumah hubby. raya haji nanti baru balik kelate. nasib baik la kitorang ni jenis sempoi bab2 giliran raya. kisah raya tahun ni memang tak menarik sebabnya dania demam, batuk dan selsema. 3 in 1 ye. tiap2 malam kitorang kena berjaga sebab dania tak berapa selesa nak tdo. bila dah balik kampung tido plak style bersepah kat ruang tamu. paham2 je la kan. agak kepanasan tapi itu la yang meriahnya. demam kali ni memang agak teruk sebab dania hilang selera makan. fes time nih. besa selera makan dia sentiasa ada. dan nak jadikan cite. nama pon dah raya jadi banyak klinik masih tutup lagi. bukan klinik melayu je yang tutup, sume2 skali tutup. double kesian kan. apapun kitorang masih sakan beraya gak dan agak kontrol2 sket la sbb dah dania demam kan. jadi tak de la terperap je kat rumah. dengan alasan dania perlu banyak kan berjalan supaya biar dia keluar peluh.hahaha...dan disebabkan kekalutan sume di atas, kitorang sendri bersalam2an dalam keta je.

k kita sambung nanti ngan banyak gambar ye.

tbc


Friday, September 17, 2010

Misi aku selepas raya

Badan dah rasa tak larat dah, tapi...

misi mengemas umah tak siap lagi.

tu la. orang lain mengemas seblom balik kampung.

aku ni kes terbalik. mengemas selepas balik kampung.

dah le dania demam kura-kura(kejap panas kejap sejuk). haaiihh...

apapun syukur sangat. akhirnya aku berjaya gak mengemop satu rumah. tinggal nak lap habuk dan cuci langsir bilik.dalam pada duk mengemas tuh, bole plak aku berangan nak penuhkan umah dengan barang2 ni...

yeah...almari untuk buku2 saya. garang tak kaler nih? yang ni cilok drpd ikea. wajib glass door. no more open2 ye. tak larat nak lap habuk.

Side table untuk sepasang wing chair nih...


coffee table yang ada banyak fungsi, yg ni dan wing chair atas tu cilok drpd fella.

last but not least, ini angan2 yang tak berkesudahan ye kengkawan.

tak de maknanya nak beli brg2 di atas melainkan bila dah duk umah sendri. hihihi...tapi dalam banyak2 benda di atas, yang merah tu memang sangat diperlukan. akan difikir2kan.

papepon cite raya kami anak beranak ni akan dibuat dalam entry lain. pic maseh blom diupload ke pc lagi.

selamat berhari raya sebulan. semoga kalian tabah berposa sunat di bulan Syawal.

Sunday, September 5, 2010

Marathon Yang Terakhir...

Rasanya sume orang sibuk shopping untuk wiken yang akhir ni. Ye la next wiken dah raya. hehehe...Dan kitorang pon tak terkecuali.

Pergerakan ari ni memang slow abes. Mana tak nya Putrajaya ni ujan daripada malam tadi sampai la ke petang. Pegi pasar pagi pon lambat. Mandi pagi pon lambat. huhuhu...

Apapun dah tekad. kitorang musti shopping gak arini. Mana taknya baju dah siap bagai tapi tudung tak de, pastu sandal untuk Dania pon tak beli lagi.

Nak dekat kul 3 ptg baru kitorang gerak ke PKNS Bangi. Tahun lepas pon shopping tudung kat cni gak. Alhamdulillah sume yang kitorang plan dapat beli tadi. dan yang best nya beli barang yang dalam senarai sahaja ok! hahaha...

Balik je daripada PKNS tu Dania memang dalam mood happy je. mana tak nya perasaan dia begitu koya bila dapat beli sandal yang dia suka.hahaaha...sampai kan Dania bole tertdo atas keta toyo sambil pakai sandal baru. kelakar je tengok aksi dia tadi. alahai budak kecik ni. dan memang ari ni dalam sejarah Dania tdo petang. dan jugak berbuka pose tanpa dia kat meja makan. sunyi la plak bila si kecik tu tak de.

hai...saat ni dah terbayang2 rupa si kecik tu nanti d pagi raya.ok sambung cite kendian. la ni tengah sibuk nak berkemas2 sume baju yang dh dibeli. kepada korang sume, semoga kita dapat ketemu lagi Ramadhan yang akan datang.

Monday, August 30, 2010

Dalam Dilema...Pindah atau Tidak?

Uiishh...tengok orang lain nye blog bukan kemain lagi meriahnya. maklum la nak raya plak tuh. ada tu siap dah announce baju raya, keta raya dan yang wajib duit raya aar.hehehe...

seronok tengok sume dah siap macam2. untuk family aku plak, alhamdulillah sume kami dah plan cuma bila dapat berita terbaru ni buat otak jadi serabut.

berita ni tak de teruk sangat. cuma tak kena masa je. citenya baru2 ni aku dapat tawaran kuarters rumah teres which is memang sepatutnya aku dapat daripada mula. tapi paham2 je la. nama pon kuarters kerajaan jadi sah2 kena tunggu. sebab nak duk cepat jadi kitorang terima je la dulu tawaran duk apartment.

nak dijadikan cerite khamis lepas pejabat kuarters tu tepon nak offer kuarters rumah teres. mula2 tu memang seronok aar sebab dapat kawasan yang sama. pastu rumah tu plak 2 setengah tingkat. 5 bilik tdo 4 bilik air. pengsan aku nak ngemas nye. iishh kalu aku duduk situ confirm tingkat atas tu bergelap je. silap2 *antu duk skali ngan aku. muahaahha...

masa sok sek ngan member opis yang sekapal ngan aku. dia pon baru je pindah dari kuarters apartment ke rumah teres. sbb aku tak amik lagi offer letter. mmg blur apa nk buat. rupa2nya kalu nak duk umah tu aku kena bayar deposit sebanyak rm600. adusss...aku dah terbayang2 duit raya yang gomen bagi tu. sah2 jadi negatif. huhuhu...

bila diskus ngan hubby, dia cakap banyak pro n cons. kitorang ni yang jadi serba salah nak pindah sebab dah beli rumah. skang ni maseh dalam proses S&P. lepas raya nak withdraw EPF dah. insya-Allah early 2012 dapat la duk umah sendri.

kata abah aku plak, baik pindah je. sebab orang dah bagi. lagipon abah sian kat cucu dia. dia cakap "cucu abah tu cam tak cukup duk atas tanah je". besa la orang tua. nak umah duk atas tanah.

jadi apa pandangan u ols?

bila dah buat kira2. huhuhu...memang banyak nanti kuar duit.

kalu pindah kuarters tuh;

deposit rumah: rm600
deposit utiliti:rm300
sewa lori:rm400
upah sepupu sepapat angkat barang:rm200
kotak/plastic wrapper:rm50

kesan bila pindah kuarters:
a)leceh nak antar dania pagi2 buta
b)jauh dari umah mak lang

belanja untuk beli rumah;
stamp duty:rm4000++

btw, nanti la aku cite pasal umah yang kitorang beli tu ye. hubby i cakap suh diam2 dulu. hehehe...

tbc
xoxo



Saturday, August 14, 2010

Iklan Raya

Setuju tak kalu aku kata iklan raya antara yang besa ditunggu2. lebey2 lagi iklan raya daripada syarikat gergasi seperti *etronas kan. tapi itu dulu. sebab nya sume yang kreatif itu datang daripada arwah Yasmin. aku memang cukup suka ngan hasil kreatif dia.

tahun ni agaknya apa iklan yang paling menarik perhatian?kita tengok je nanti. apa yang pasti kalu ikut rekod tahun lepas sumenya ulang tayang. maklum la negara skang dalam perbelanjaan berhemah. dulu2 banyak btol iklan yang masuk. tapi lama kelamaan banyak syarikat dah tak buat. apapun harap2 tahun ni ada kelainan dan semestinya yang baru dan tidak diulang tayang.

kepada kengkawan sume, salam ramadhan dari kami sekeluarga.


Sunday, July 4, 2010

:: Trip for Year 2010 :: Pulau Perhentian

Date: 1-3 April 2010
Venue: Pulau Perhentian

Marvellous
Relax
Enjoy
Suka bangat
Heaven!!!


Pemandangan Dari Jeti
Dania Si Penakut
Castle yang tak berapa nak jadi
Dania yang ceria
Us
Dalam bot, masa ni tengah ronda-ronda satu pulau. best bangat!
L-R: Kak Ngah-Me-Kevin-Dania-Kak Cu
Canteek kan?
L-R: Hannah-Kak Tim-Kak Cu-Amber-Kak Ngah-Dania Z-Me-Hubby

Saturday, July 3, 2010

A simple celeb but yet memorable

Ampun ye Dania. Lambat betol Ummi buat entry pasal beday Dania nih. semenjak keja ngan gomen nih mmg langsung tak de masa untuk update blog ni. tambah2 lagi la ngan untuk preparation besday Dania. kalu dulu masa Dania umor setahun kita sambut kat restoran seafood dan kek besar(tempah khas lagi OK) ngan family Ummi. tapi tahun ni Ummi tak prepare apapun sayang. bukan pe poket Ummi dan Baba dah rabak. Nak wat cane minggu besday Dania tu peti sejuk kita tu dah rosak. Melayang la beberapa riban. huhu...dan masa pon terbuang dengan mencuba untuk repair tapi akhirnya terpaksa gak beli baru. spoil betol mood kitorang masa tu.

Tapi kita sambut gak. cuma secara kecilan saja. kek pon kecik. beli 2 potong sebabnya peti sejuk rosak tak de tempat nak simpan. muaahahha...jadi 16.05.2010 tu kita merayau segenap pelosok putrajaya dan bangi untuk cari tempat yang kununnya spesel. Last2 langsung tak dak dan salahkan Ummi kerana tidak menggoogle seperti besa. huhu...ye la semangat dah hilang bila dah cenggitu. Kita pon berlabuh kat restoran san francisco. menu sume western, order sphagetti dan end up 0 thumbs up. tak sedap langsung!

anyway kitorang enjoy bila tengok Dania betol2 teruja dengan kek dia. hahaha...enjoy da piccas.


Dania with our hero

Yellow n red
'2'
Fuh...fuh...fuh...phew!
Ngap...Ngap...Ngap
Nyum...Nyumm...Nyyuumm...

p/s: sepatutnya gambar i ada tapi ntah nape ngan internet ni. tak dapat le nak upload. btw, we are looking forward to organize a party for her. harap2 masa mengizinkan. insya-Allah.

Monday, June 21, 2010

Kenduri Maya@ Jeumpa D'ramo, Bangsar

Terbelit lidah tak nak sebut nama tempat tuh?
hehehe...
maksud di sebalik nama guest hse tu ialah 'berkumpul di serambi' dalam bahasa Acheh.
guest hse yang canteek bangat ni milik pak sedara pengantin pompuan. terima kasih puan maya ye sbb sudi jemput kami anak beranak ke majlis ini. merasa gak aar masuk umah antara yang eksklusif di Bangsar. papepon kalu nak shoot yg menarik cuba la google nama umah ni. looks like dah macam2 event orang penah buat kat umah ini.
kepada puan maya dan en suami,
semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa.


Testing dolu...

Antara yang turut hadir; ini pun banyak yang dah balik

the ladies

Nujumul Aishah n Dania Ziyad

Pose Yang Wajib

Amri, Azrul, Nujumul Aishah, Azrul's wife, En and Pn Pengantin, and Us

Mr Hora Hora, En Pengantin, Pn Pengantin, Cik Hora Hora, Mrs Hora Hora

Tuesday, June 8, 2010

bye bye...


Korang rasa apakah benda alah di atas?

yeah...btol. P U T I N G

ini le koleksi puting Dania.

ini pon ada yang dah buang.

hehe...alkisahnya Dania dah tak layan puting ni lagi.

alhamdulillah Dania dah stop layan puting seblom umor 2 tahun.

Ummi nye dah risau bila tengok gigi Dania tu dah jadi ala ala toott. hihihi...

papepon tahniah Dania kerana bebas dari puting.

Sunday, May 16, 2010

ouch!

boley tak 99% masa aku dari kul 1.30 pagi sampai ke skang ni duk baca blog jek. hihihi...asalnya nak wat homework. last2 banyak masa terbuang baca blog. ye la baca masa keja tak elok, jadi masa yang ada ni je la yang HARUS digunakan sebaik2nya. hehe...
btw, sebaik sahaja aku abes baca entry zue n ainie, terus perut aku memulas2. teringat pengalaman yang sama masa bersalinkan Dania. iishh...memang tak dapat nak lupakan. nak mengulang? huhu...tu yang skang ni maseh dok pk when is the best time to have 2nd child. huhu...siyes. memang perlukan kekuatan mental gak dalam menghadapi detik2 itu. huhu...ye la masa pengalaman pertama tu main aci redah je kan.
dan disebabkan asek tak sempat baca blog kengkawan, baru la aku tau sorang kawan aku ni dah kehilangan mak yang disayangi. salam takziah to wan rose.
dan juga kawan aku ainie yang selamat menjalani abortion atas sebab perubatan. salam takziah juga atas pemergian Aisyah.
tak sangka kan jangkamasa g induksi dalam 2 minggu tak online blog, macam2 berlaku. nak wat cane masa kursus tu pon tdo cukup2 4 jam jek. selebihnya penuh ngan aktiviti. nanti bila2 aku free aku cite pasal kursus tu ye. papepon aku lebey addicted ngan blog daripada facebook. bukan pe, blog lebey buat aku ceria dan dalam masa yang sama lebey kenal kawan daripada facebook yang lebey byk sensasi. btw, aku mmg sorang yang cepat ilang mood pd sesuatu bila sume orang dah pakat2 guna/aplikasi perkara yang sama. hahaha....ini pendapat aku. orang lain tak tau la kan.
cukup setakat ni je la sesi merepek jangan tido lagi. gud nite ye kawan2.
ps:welcome my fren erin to blog world!

Friday, May 14, 2010

Work trip to Kedah and Perlis with Dania Ziyad

Kejadian berlaku minggu lepas. yes. selepas balik lapor diri daripada kursus induksi.

masuk opis je...fuyoooo...bertimbun keja dan surat tu tak yah cakap la. berlapis-lapis sampai tak tau nak baca mana satu.

lewat petang aku dapat arahan minta pegi out station untuk penyerahan klinik. hati aku dah mula sayu. ye la baru je balik dari kursus dah kena tinggal semula si kecik tuh. sure mengamuk nye. aku dengan muka seposen minta belah ihsan dari bos. tapi siyes. bos aku mmg gerek. dia ok je aku g sana ngan angkut skali si kecik tu.siap ada pesanan penaja lagi. suh tabahkan hati. nak tergelak pon ada bila bos sendri cakap cenggitu.

maka pegi la kami dua beranak ke kedah n perlis. Dania mmg hepi sangat2 bila dapat tau Ummi bawak dia skali. Nasib baik umur Dania blom cecah 2 tahun jadi tiket pegi balik untuk Dania hanya RM78 sahaja. fuuhh!lega.

bertuah badan si kecik. kecik2 lagi dah merata2 aku bawak. belom setahun dah g Langkawi. blom 2 tahun dah pegi Pulau Perhentian. Ummi ko ni dah umor 28 tahun baru g Pulau Perhentian tau. huhuhu...

Jom kita zass perjalanan kitorang selama 2 hari...

6 Mei 2010
7.30 am
smiling face while waiting our ERL

mencabar btol bila bwk budak kecik ni ke KLIA. bayangkan la sepanjang perjalanan ada je benda2 yang Dania nak pegang. nasib baik la tak de yang rosak.

dan yang paling seronok skali masa naik eskalator bergerak tuh. siap berlumba2 lagi. hehe...kelakar bila teringat aksi Dania. tak dapat nak capture pic dia sebab sume dalam mode rushing kejar masa.

it's play time

having her breakfast with Mighty White Strawberry

bz playing with belt


Dalam perut kapal terbang tu lagi best. Selama ni kalu gerak sorang2 bole la nak layan baca paper ke or zzz taaapiii bila ngan si kecil ni tak leh nak buat apa2. Nasib baik la dapat front seat jadi banyak space untuk dia bergerak cergas. Mmg tak reti duk diam. Sekejap panjat kerusi. sekejap duk bersila atas lantai. Bila bagi makan kacang, bole plak Dania buang balik. huhuuh...mmg kelam kabut.

Sampai je kat airport, kontraktor dah tunggu. tergezut akak tu tgk aku bawak si kenit nih. Disebabkan turun Penang, jadi perjalanan kitorang menyeberangi jambatan untuk ke Kedah. Keseronokan Dania tu tetap ada bila dia excited tengok laut luas terbentang dan BAS. ye. Dania sangat teruja bila tengok bas yang besar melintas bersimpang siur depan keta. hihihi...

Bila dah masuk Kedah tuh, Dania mula tido. Jadi alhamdulillah senang sket keja aku sbb tak yah usung dia. Kitorang tinggalkan je dia dalam keta sbb tak sampai hati plak nak kejut.

Selebihnya ini lah pic masa aku sambung penyerahan untuk klinik yang ke2 di mana si kecik ni dah bangun drpd tdo dia.


fuh...lega sume dah beres. Dania wat muka cemas takut btol orang amik dia.


wat muka nakal dan mengacau Ummi wat keja ye


masa lepak kat kedai makan setelah satu hari berpeluh sakan
siyes kedah mmg sangat panas

Syidi mengajuk Dania

hehe...Dania tak takut la ngan Uncle Syidi tuh

Posing depan Seri Malaysia Alor Star

7 Mei 2010
5.30pm

Hari ke 2 dan hari terakhir di Kedah. Kali ni aku memang sengaja amik tiket pegi balik KLIA-Penang. Bukannya apa. Flight di Kedah memang tak banyak pilihan.

Nasib baik keja aku setel cepat sket. Jadi dengan masa yang ada tu kitorang singgah ke rumah sedara jap untuk mandi dan solat sblom gerak balik ke KL.

Mula2 plan nak g tempat2 yang menarik kat Penang, tapi bila tengok masa tak berapa mengizinkan jadi aku decide baik lepak je la kat airport.

Ini je la catatan sepanjang perjalanan kitorang. papepon alhamdulillah Dania sangat behave dan tak de la menyusahkan Ummi dia. next time ada rezki kita pegi lagi ye Dania. Luv u!




Tengok la aksi Dania yang ntah hapa2. excited sungguh tengok patung budak kecik tuh.



Jalan2 cari makan kat McD Bayan Lepas

Wednesday, April 21, 2010

hi there!

hello u ols!

sekarang sy berada d Melaka.

sambil2 berkursus sempat lagi mengupdate blog.

will update dis blog with full of story on our Perhentian Trip n my induction course.

dis time is really tough. i need to separate with my lil D. huhu...

gtg korang yea.

xoxo

Friday, March 26, 2010

Lelaki itu...

Ahad yang lepas aku dan little D singgah sekejap kat 'tempat' tu.

Secara tak sengaja, aku jadi kaget. Aku terserempak dengan 'lelaki itu'.

Kali ini, suasana nye sangat berbeza. 'Lelaki itu' dilihat berdua-duaan dengan seorang perempuan. Ok-ow.

Udah le aku ngan little D je.

Dan memang 'lelaki itu' sendri agak kaget bila ternampak aku.

huhu...terus 'lelaki itu' bergegas ke tempat aku. dan pura-pura berlagak seperti besa dan tiada apa2 yang berlaku. Aku? layan je la borak sebagai kawan kan.

kendian, dalam pada borak tu tak semena2 'lelaki itu' menerangkan pompuan tu adalah anak buahnya. Aku? ok fine. pape je la. like i care kan.

pastu 'lelaki itu' blah dan pegi ke tempat derang.

aku cam besa la sambung bz melayan little D.

sampai la waktu aku dok sibuk lunch ngan little D. sebenarnya hati aku dah tak keruan bila melihat insiden tuh. sebab naluri pompuan aku mengatakan ada sesuatu yang terselindung.

dan yes. kebetulan 'lelaki itu' tepon aku dan cuba berborak lagi. di penghujung cerita nye, 'lelaki itu' cuba menjelaskan pompuan tadi tuh adalah adik angkat nye. pulak ddaaaahhh!!!!

laaagii la aku curious.

tanpa aku buang masa, aku cuba jejak sape2 yang tau cite 'lelaki itu'.

yes. sah! memang tekaan aku btol. pompuan tu adalah kekasih gelap dia. oowwhh tidak! aku jadi tersepit. jiwa aku jadi tak tenteram. selama ni aku baca je kat paper kisah rumahtangga orang hancur disebabkan orang ke3. kali ni aku plak jadi saksi.huhu...

sebagai kawan kepada 'lelaki itu'. mmg aku mengharapkan dia berpijak di bumi nyata. dan aku pon dah malas nak umpat keji dia. buat tambah dosa aku je kan. aku hanya mampu titipkan doa utk kesejahteraan keluarga 'lelaki itu'. moga2 dia sedar dan temui jalan penyelesaiaannya.

Monday, March 15, 2010

senin blues...

Penat btol la pagi2 buta ni. Walaupun minggu ni jalan agak lengang, tapi siyes. Rasa penat yang amat sangat. hiss...baru pagi ni wei. blom masuk petang. huhu...

Tadi masa nk off enjin keta, tetiba rasa cam dah bosan mengadap rutin harian. bangun pagi2 buta berkejar ke opis. rasa cam budak skolah pon ada. skolah pon tak teruk cenggini.

Btol kata cikgu dolu2. masa jadi kanak2 skolah paling seronok. yeah. dan aku btol2 enjoy masa aku jadi kanak2.

Bila tengok kat anak aku, kekadang slalu tanya diri aku sendri, anak aku seronok ke aku jadi mak dia? hahahaa...psiko kan? ye la kan. kalu dah mak dia bole rasa bosan ngan diri sendri, apatah lagi org sekeliling dia kan? kan? kan?

sejak akhir2 ni keja aku menimbun. wiken yg lepas aku btol2 buat2 tak tau ngan keja opis yang aku bwk blk umah. sbb bila aku terpikir nk buat, aku jadi sedih. tak sampai hati nk buat keja depan anak aku. dah le ari2 balik lambat. aku tak nak jadi selfish. wiken adalah masa untuk keluarga bukan?

lagipon parents aku slalu je call mintak bawak si kenit tu jenjalan ke umah atuk nenek dia. aku tau. derang memang rindu ngan cucu yang sorang ni. dan slalu la aku beralah dengan tiap2 minggu bertepek kat sana walaupon sekejap dan badan aku penat. huhuhuhu...

k itu saje blues saya ari ni.

gtg

nk isi tong perut...

Monday, March 8, 2010

Suara itu...

OOooonnngg!
OOOooonnnggg!
OOOOOnnng!
.
.
.
Cuba teka suara apakah itu?
.
.
.
hehe...mesti la suara katak memanggil ujan.

Aku dah lama rindu ngan suara katak ni.
Akhirnya rindu aku terubat bila mana aku dapat dengar dengan jelas masa aku menikmati satay kat kedai Kecik, Seremban.
Sekurang2nya aku tau kat situ masih ada spesies ni idup.
Suara katak tu memang sangat nostalgia. Dulu suara katak ni la buat aku tambah lena bila ujan merenjis kat bumi ss7. yup. dulu ss7 banyak katak. skang katak2 ni dah tak de. tak tau kat mana derang berhijrah. huhu...walaupon aku geli ngan katak, tapi suara katak ketika ujan memang sedap kan. hehehe...

Friday, March 5, 2010

Not much to say but...




Yeah...mood saya sgt depressed dan tensen je skang ni.

Too many things happened n really can't stand anymore.


Semalam dh luah kat my fren n hubby.

Tu pon maseh ada saki baki lagi. huhu...

Now I'm thingking to take a leave. may be 1 or 2 days.


After read Zue's entry bout cyberview lodge n Intan's entry bout pullman, hehe...rasa cam why not kan? selepas penat mencari rezki. i need some relax. spa pon cam best jek. if i want to wait my next trip to Kedah/Penang/Perlis, ermm...rasa lambat lagi dan x mungkin pon bole pegi lagi.

haaiihh... hati, cepat2 la sembuh.


btw, i'm now listening to Glee The Music No. 1. Gals, korang follow tak cite ni? siyes aku suka layan sume lagu yang dalam cite tuh. gla semangat aku bawak headphone semata2 nak dengar keyboard dan harmony sua
ra pelakon2 nye. hahaha...kalu sape2 yang agak blur, ni aku tepek sket piccas...

Monday, March 1, 2010

B free

Setelah setahun lebey guna botol B free yang lama, Sabtu lepas berjaya gak kitorang dapatkan botol B free yang baru untuk Dania. Sebetolnya niat nak tukar tu dah lama tapi seingat aku masa perasaan berkobar-kobar nak beli masa tu B free discontinued from the market. Katanya nak ganti yang baru. lama gak tunggu nak dapat yang baru. sampai kan sepupu hubby kirim kat kawan dia yang duk Singapore semata-mata nak beli untuk newborn dia. Cam kitorang ni tak de la urgent sangat kan.

Bila tengok je design botol B free yang baru tuh, I loike! No wonder la laaamaa sangat nak tunggu stok. Design yang baru ni mmg sangat cantik, putih suci dan bersih! hahaha...

Pada ibu2 yang maseh mencari botol susu yg seswai, sila la mencuba B free. banyak kelebihannya. nak tau lebey lanjut, cuba p thebabyloft
dan mybbstore



Sunday, February 28, 2010

Dania Ziyad in Version 1.8

see da pic below?
it tells how afraid Dania with the clown!
hihihi...
not only dis badut but any maskot yang terpacak kat merata2 Genting Highland tu mmg Dania akan menjerit tak hengat. tapi dalam pada takut tu tak malu gak minta belon. haih...

Dania, me, badut and Nyot GF

auuwww...dah lama sangat tak cite pasal Dania kan. Alhamdulillah sejak bertukar pengasuh, Dania dah tak kena cirit birit n sentiasa sihat dan ceria. walaupon Dania sempat minum susu Ummi sampai 5 bulan, ketahanan badan Dania memang bagus. jadi mmg terbukti susu ibu memang bagus utk baby.

mengajar Dania bercakap memang memenatkan. satu perkataan pon Dania tak moh ikut. cuma kebelakangan ni je Dania dah ikut sket2. setakat ni bole la kalu nak cakap nak air, yeah. Ohh... yeah itu akan disebut bila kita cakap "Dania, jom g jalan!" atau "Dania, jom pegi Mydin/Alamanda/Giant/Tesco & etc". dan terus Dania akan lompat2 gumbiraaaaa. hahaha...

tengok pada badan Dania, memang tak nampak sangat tumbesaran. ye la lasak je. panjat sana sini. pastu skang dah pandai bukak peti sejuk. sket2 nak Vitagen.tak pon nak limau Gong Xi. skang asek kena pujuk minum susu. nama je minum susu Enfagrow. tapi tak grow2 gak. hahaha...susu plak dipersalahkan. bukan apa. gigi Dania maseh byk blom tumboh lagi. jadi pada pendapat kitorang, kalu Dania kurang minum susu, mana nak dapat kalsium. besanya kitorang dah buat jadual. bila hari besa pagi dan malam seblom tdo mesti minum susu. kata pengasuhnya kalu tanya nak susu je mesti Dania geleng.

sejak Dania kena selsema, kitorang dah perkenalkan Scott Emulsion perisa oren dan Vitamin C Flavettes. Ini sume untuk perlindungan dari selsema berpanjangan. setakat ni Dania memang suuukkaa sangat mengunyah2 Vitamin C. tak yah suruh. Dania sendri pegi ke dapor minta vitamin. setakat ni paling lama Dania kena selsema pon seminggu je. dan sampai le skang alhamdulillah Dania dah kurang dijangkiti. ye la kan sangat normal anak kita dijangkiti bila dah duduk bercampur dengan anak orang lain. tapi siyes aar. aku setuju sangat dengan Diyana yang akan tensi bila ada ibubapa yang tak bertanggungjawab masih antar anak di rumah pengasuh dalam keadaan sakit. pada aku bila anak kita demam, semestinya anak lebih memerlukan kita. jadi sila la korbankan cuti tahunan anda ye.
kitorang ada satu soklan fevret yang slalu kitorang guna untuk sakat Dania. Ummi atau Baba kekadang tanya dia "Dania nak adik tak?" atau "Dania nak baby macam adik Uqail?". cuba teka Dania jawab pe?
.
.
.
.

Dania geleng kepala laa. maksudnya Dania tak moh adik lagi ye.

hikhikhik...haaa...amek korang pada sape2 yang tanya bila nak tambah lagi satu. ia ditujukan khas kepada kengkawan opis yang suka tanya soklan ni. tukang jawab nye dah tolong jawab pon. hehehhe....

till we meet in da next entry. have a nice weekend. >:0