Friday, September 17, 2010

Misi aku selepas raya

Badan dah rasa tak larat dah, tapi...

misi mengemas umah tak siap lagi.

tu la. orang lain mengemas seblom balik kampung.

aku ni kes terbalik. mengemas selepas balik kampung.

dah le dania demam kura-kura(kejap panas kejap sejuk). haaiihh...

apapun syukur sangat. akhirnya aku berjaya gak mengemop satu rumah. tinggal nak lap habuk dan cuci langsir bilik.dalam pada duk mengemas tuh, bole plak aku berangan nak penuhkan umah dengan barang2 ni...

yeah...almari untuk buku2 saya. garang tak kaler nih? yang ni cilok drpd ikea. wajib glass door. no more open2 ye. tak larat nak lap habuk.

Side table untuk sepasang wing chair nih...


coffee table yang ada banyak fungsi, yg ni dan wing chair atas tu cilok drpd fella.

last but not least, ini angan2 yang tak berkesudahan ye kengkawan.

tak de maknanya nak beli brg2 di atas melainkan bila dah duk umah sendri. hihihi...tapi dalam banyak2 benda di atas, yang merah tu memang sangat diperlukan. akan difikir2kan.

papepon cite raya kami anak beranak ni akan dibuat dalam entry lain. pic maseh blom diupload ke pc lagi.

selamat berhari raya sebulan. semoga kalian tabah berposa sunat di bulan Syawal.

No comments: