Friday, December 26, 2008

Fly with a round bed~~

Sejak akhir2 ni my hubby selaaaalluuu la lambat sangat pick me up at LRT station.
Jadi sambil tunggu dia, saya plak suukkaa habiskan masa dengan belek2 majalah ID.(sampaikan mat bangla newsplus tu dah cam muka saya n siap sound lagi kalu tak singgah...hik hik hik)
Need some fresh ideas for home design since we are planning to buy our own home. Talking about buying home, hmmm...duh...susah nye nak decide mana yang better. Lagi2 kalu nak pk pasal location. Forget bout it. It is a huge decision so I think it will take a time and a long long long way to go. Later we talk bout it.

From my belek2 tuh, I found dis... Yes, it's a round bed.
I like the design since I love to deco my dream house in mode and traditional style.



Cantik kan? hehe...how bout dis one...


Rasa seperti duduk dalam sebijik telur. hehehe...


Dis one sooo luvly lullably rite? Imagine my lil princess sleep in a pinky round bed. hihihi...


Comel kan? Cam belon.

Ooohh...ada gak yang floating round bed. kira bole jadi buai aar. hehe...fantastic kan?



http://www.floatingbed.com/images/JoLMalibu700.jpg

Yang atas ni kalu size kecik bole letak kat indoor garden. Sambil berangan2...hehe... tak pon letak dalam library room ke. jadi tak de la rasa cam library sangat. The tag for this floating bed is "Like being in a cloud...and gently rocked to sleep". Ya. itu lah perasaan yang saya inginkan.hehe...


Wednesday, December 24, 2008

Lunchie at Nikko Hotel

Alhamdulillah rezki kami hari ini murah. Mr. Yamad* dengan baik hatinya belanja kami kat Benky Japanese Restaurant, Nikko Hotel. Only 7 of us. Our GM couldn't join us becoz he need to attend his medical appointment. Tak de bos jadi bole borak n sakat orang sesuka hati. Cam besa kami order set. Tapi kali ni really dissapointed. They increased the price and reduced the food variety. WTH??. Tempura dah ilang. Pastu raw salmon pon dah tak de. Too bad. So apa yang japanese sangat nye kan? our previous visit dulu punye la penuh set tray tuh sampai boyot perut kami.

Dah agak2 cam nak balik tuh, waiter tu ringan mulut tanya nak order dessert ke. So kami pon order la 3 skup aiskrim dan 1 mango pudding without tengok rega OK. Kendian Miss TPY plak murah hati nak belanja kami kek strawberry cheez. Yummmyyy!!!

K dah siap makan. Pastu tunggu bil. Then bila dapat bil tu memang tergezut gla aar caj utk aiskrim and pudding tu. perghhh...mahal gla beb.

Tu tak pe lagi.

Saya pon ambil kesempatan beli apa2 yang patut kat The Deli. Since christmas is around, the choices of cake is very lesser than normal days. Juz bought blueberry cupcakes. Saja je nak try taste. Lagipon 50%.hehe...

sampai opis Miss TPY mintak potong lagi kek dia bagi sume orang rasa untuk bawak balik. cheez cake again?!! double yummmyyyy!!!

taaaapppiii...bila bukak je balik box tuh. rasa geram jek. kek yang tinggal tu npk sikit sangat.
bila ingat2 balik kepersegian cake yang kami makan 10 minit lepas tuh, rasanya tak de la sebesar yang waiter tu potong. ciiiss...we suspect derang amik skit. dan lagi nampak ketara strawberry yang atas cake tu pon derang cilok.

so...

Lesson 1:
Don't simply order without checking the price. Gila tak 1 skup=rm17++. Eventhough orang belanja tapi rasa bengang la sebab dengan rega total tu baik order one set main dish. huhuhu...

Lesson 2:
Better cut by urself rather than ask their assistance to avoid your cake kena curik makan by them.

p/s: sorry no pic coz we forgot to bring our Lumix.

Monday, December 22, 2008

Hoho...Balik kampung Part 2

Rabu
See the above pic? Betapa syyyiiookkknye Dania tdo. Dania ni mood tdo dia memang bole diagak. Asal hujan dan sejuk je confirm dia tdo berjam2. hihihi...ada ke dia tdo jek sepanjang cuti balik kampung. ye la masa raya haji tu kelantan sedang bermusim hujan. Sampaikan nak berjalan pon dah tak de mood.


Hari Rabu kami menghabiskan masa kat rumah jek. Malas nak jalan. Konon2 dah penat beraya aar. heehe...Plan macam2 tapi satu pon tak buat. Konon nak melawat sedara sana sini last2 tak jadi gak. Well...kami dah hampir putus asa nak berjalan2.

Khamis
Pagi2 lagi my mom dah bangun dan masak sarapan. Sume dah ready nak ke Pengkalan Kubor except me, dania dan nurul. I decided not to go because the place was not so convenient for shopping with 6 months old baby. My hubby already knows the list. Well, tips for those yang ada kenal2 any pegawai kastam, u better kow-tim dengan derang. Jadi tak de la kena cukai. Since abah penah keja kat sana, dan my mom pon kenal gak kengkawan abah jadi senang la skit. Bila pegi sana dengan pegawai kastam dapat la sikit diskaun.hehe...as usual, my makcik2 sume pon join skali. derang cukup suka sebab setahun sekali kan. Our shopping list is pinggan mangkuk arcopal dan towel. Cukup kot untuk tahun ni. Raya tahun depan bole borong lagi. Insya-Allah. Balik je dari Pengkalan Kubor, my hubby ngadu betapa tak puas nya shopping. hihi...sian. Nak wat cane gaji tak masuk lagi. Dia cakap banyak la barang2 yang dia tak dapat beli. My MIL pon tumpang sekaki. Tapi apa yang ada je la kami belikan.

Petang plak kami bersiap2 ke rumah Mek belah hubby nye Mak Ngah. saja melawat dan sembang2. Mek ni suka menjamu. Dapat la merasa satay daging korban. rajinnya buat satay sendiri. Lepak sampai maghrib pastu pegi umah Mek Sah plak. nak jumpa kak Nun. hoho...Adam dah besar. Pandai cakap plak tuh. Borak kejap pastu tengok Dania dah meragam kami pon mintak diri. On the way back kami intai2 la gerai air buat kat Kadok tuh. Ciss...tutup laaagiii!!!. Geramnya la. Tensi jek. Tak pe la tak de rezki.


Jumaat
Hari Jumaat besa banyak kedai tutup. Jadi tak de la ke mana2. Malam baru kami berjalan. Ke mana lagi kalu tidak ke Wakaf Che Yeh. Agak lewat gak kitorang gerak. Saja jenjalan. Belikan itik untuk Dania and me kain untuk buat baju kurung. My hubby plak bz tunggu kedai bundle bukak. Bila tengok jam dah lewat dan kami plak blom makan lagi, terpaksa la balik awal. Tak dapat la my hubby nak beli baju bundle dia. sian...

Sabtu
Selamat Pengantin Baru buat kak Elina n hubby.
Kak Elina ni anak mak long saya. apa nak tulis ekk?
Dah tak de idea la. Tengok je la ye pic kat bawah. banyak gak pic yang kami capture.
Tapi my hubby sangat la tak bersemangat nk amik pic. dat's why kalu u ols pasan ada pic tu pelamin senget benget.huhu...




Harris(my 3rd youngest cousin) yang manja. Muka dia cam ada iras Alif masa kecik.

Nurul, kak Elina dan Mira

Jeles sih ngan pic ni. nape la bila Dania bergambar ngan Ummi tak penah2 nak tgk depan. Tapi bila dengan cik nurul dia, bukan main posing lagi

See? Dania melantak tdo masa orang kecoh kenduri

Yeah...saya dah bangun. Yippiee!!!

Mek dengan anak2 perempuannya dan pengantin

Kami dan Pengantin

Sebahagian dari cucu2 Mek. Sian Dania. Terpenyek atas riba Athirah.

"Where am I? ooo...my my. Mana Ummi?"

"Ummi, tolong la angkat Dania. Dania tak moh kawin laaaagiiii laaaa!!!"

Nelly yang comot. She has same title with Dania as a cicit in our family tree.

Note 1: Really frustrated. The whole week our fav kedai air buah kat Kadok tu tutup. Hiss...ni yang tak suka dengan bisnesman pokcik n mokcik kat Kelate. Asal raya je kedai tutup. Tensi sungguh!

duh...this post is like an album. heehehe...

Wednesday, December 17, 2008

Hoho...Balik Kampung!!! Part 1

Salam sume...

Baru la ada masa dan mood untuk bercerita pasal Hari Raya Haji.

Plan punye plan last2 balik gak kami ke Pasir Mas, Kelantan.

Sebenarnya tak plan pon sebab cuak gak takut cuti tak confirm. Ye la seminggu tuh. Asalnya amik cuti pon sebab kena jaga Dania. My mom nak balik kampung untuk kenduri kak Elina, anak Mak Long. Jadi dah alang2 cuti lama baik balik.

Kami bertolak kul 8 am sampai Pasir Mas dalam kul 4 pm. Alhamdulillah sepanjang dalam keta Dania tak meragam. Baik je. Tdo lama plak tuh. Jalan sume clear. Tempat yang kena banjir tu masih nampak lagi kesan2nya. Abes pokok kelapa sawit ditelenggami air. Ada la rasanya sampai lutut orang dewasa. Harap2 hujan dah reda. Bukan apa takut sangkut masa nak balik nanti.

Sampai2 je cik Yah dah ada kat umah Mek. Tok ayah pon ada. Tapi Dania plak meragam. Tak moh ngan sume orang. Asal orang agah nak amik dia je nangis.

Hari Raya Pertama
Pagi2 lagi bangun tolong Mek sediakan juadah nasi kerabu hitam dia. Siap2 kan apa yang patut dan mandikan Dania. Pakaikan gaun untuk dia. Sambil tunggu Baba balik solat kami melantak dulu apa yang patut. Nasib baik la Uncle Sharul baik hati sponsor satay ayam untuk menu pagi kitorang. Perghh...banyak plak tuh. Dalam kul 10, my mom baru sampai Pasir Mas. My mom ni tak suka naik keta. Rasa2nya dah 10 tahun gak la dia naik tren bila nak balik kampung. Lepas amik dia, bagi dia berehat mandi2 kami gerak ke umah cik Yah.

Tahun ni my mom je yang buat korban. Me? blom ada rezki lagi. Sampai kat umah cik Yah orang sume dah siap korban. Tinggal nak asing2 kan daging ikut bahagian masing2. Tahun ni serius tak berbaloi. sebabnya cuma dapat daging sikit je. agaknya lembu kecik kot. rega sekilo jadi mahal plak. nak wat makan2 pon tak lepas. tak pe la may be tak de rezki nak menjamu orang. Kami makan tengah hari hasil daging korban tadi. Cadangnya lepas balik dari umah cik Yah ingat nak g umah pengantin baru, Gjol n Aniza. Tapi sang Gjol ni plak tak angkat tepon. Plus masa tu ujan lebat gla. terus cancel plan nak jenjalan.

Hari Raya Kedua
Seperti biasa kalau balik kampung mesti melawat ke umah mak aji (nenek sebelah abah). Lagipon dia tak penah jumpa Dania lagi. Kami pergi beramai2 i mean not only us but my mek and our cousin, Muis. Jadi penuh la satu keta. Sebelum tu kami ke umah Mek Sah(kakak Abah) dulu. Jumpa my cousins -Abang Long and Ramzi. Oowhh...derang sume tengah tunggu Kak Nun sampai rupanya. Maknanya kena datang lagi sekali la sebab nak jumpa Kak Nun.

Piccas during our visit:

Nurul and Dania

My mom and Mek

Mak Aji bz tengok gelagat Dania

Petang tu lepas hantar my mom baru lah kami berkesempatan melawat pengantin baru. Sian Ija. Berarak di tengah2 banjir. Abes basah baju pengantin dia. Dapat la tengok pic kenduri derang sebab album kahwin dah siap kan. Ija bukan main tembam skang. Nampak berisi. Tandanya bahagia kan. Btw, selamat pengantin baru. sori la tak dapat datang hari kenduri.

To be continued...

Happy Birthday Dania~7 months old


Ummi tolong Dania potong kek


Smile n smile alwiz hehehe...


K Dania, kita tiup sama2. haaih...Dania tak pandai tiup lagi. Tapi yang geramnya lepas tiup lilin Dania sembur air liur kat kek tuh. Apa daaa...


Kek Dania

Oowwhh...semalam birthday Dania yang ke-7 bulan. Sebenarnya tak penah sambut pon. Tapi tetiba semalam terasa nak beli kek untuk sume orang makan jadi kebetulan plak. Skang ni saya lebih suka beli kek di Nikko Hotel. Sanggup tuh tunggu sampai jam kul 6 untuk dapat 50% diskaun. hehehe...After discount serius lagi murah dari SR. Yang penting sekali fresh baked. Cuma limited choice la. Sampai2 je tinggal dua jenis cake jek. My fav strawberry cheese tak de. Yang tinggal marble cheese cake and choc cake(cake of the month). Yang kelakarnya masa nak tunggu beli tuh, ada gak orang yang join skali. Not only me yang waiting for 6pm discount! there were 2 malay guy also wanted to buy the cakes. Tapi nasib baik derang nak beli cupcake je. Kalu tak harus ada drama berebut kat situ.hihihi....Cupcakes Nikko pon looks nice. berbaloi la beli. dah le besar pastu rega after disc bole dapat rm2.50.




K cite plak hal kat umah. Sampai2 je sume dah excited nak suruh Dania tiup lilin. Ada 7 batang sumenya. Bila tengok cahaya lilin tu Dania bukan main suka. Tengok la apa jadi. Sempat Dania melibas tangan dia atas kek tu. Tak pasal2 tangan Dania penuh ngan aising kek. Uhh...Ganasnya anak Ummi ni. Lepas potong kek je Dania terus lelap. Dia memang dah ngantuk bangat. Sian dia. Penat sangat kot main ngan uncle n auntie dia satu ari.




Updates on Dania development:




;) merangkak
Dania dah bole merangkak. Tapi statik je dulu. Belum boleh bergerak ke depan. Tak pe la. Sekurang2nya dia dah berjaya mengangkat bontotnya yang berat tuh.


;) isap susu botol sendiri
Sebenarnya dah lama Dania bole pegang botol sendri. Seingat kami masa umor dia 3 bulan lagi dia memang nak pegang sendri botol susu tuh. Tapi bila dah masuk 6 bulan tu, dia dah fully pegang sendri tanpa perlu kami support. Apapun my mom tak benarkan kami biar Dania menyusu sendri sebab takut lemas.


tensi nya

sebenarnya baaannyaakk cite nk tulih kat blog taaapppiiii...
pen drive saya ada trojan. bongoknya trojan. jadi tak dapat la nak amik
pic yang saya store dalam pen drive tu. without pic sume2 tu rasa tak best kalu
nak bercerita dalam blog.huhu...

bila nak clean kan trojan tuh, try gak follow suggestion dalam blog sape ntah, tapi
tak menjadi plak.

ada sape2 yang tau ke cane nk clean up kan trojan tuh?


Wednesday, December 3, 2008

Dania in her 6th months old style

-->keselesaan
semasa pantang Dania sangat le baik. Bila kitorang nak tukar pampers je, mesti dia poo poo sampai puas(puas=penuh pampers). Jadi tak perlulah nak tukar banyak kali kan. Tapi skang ni dia dah pandai belajar erti keselesaan. Tak sampai 5 minit pakai pampers baru, Dania mula meneran poo poo. Saja je. Apsal tak poo poo sebelum Ummi tukar pampers baru haa?? ggrrr...

-->kartun n iklan
ooowhh...skang ni Dania layan iklan u mobile yang itik quack quack. Bila quack quack kepala itik tu jadi besar. Mesti staring kat tv sampai iklan tu abes. Dan lagi TV3 tu channel favourite Dania. Sebab Dania memang tunggu iklan selingan yang ada lagu na na na na. Alaa... yang ada budak2 lompat sambil pegang remote TV. Tak lupa juga pada Spongebob. Rasanya Dania ni suka ngan kaler kuning kot. Sebab itik tu kuning, Spongebob pon kuning. Suka kaler kuning tak pe. Jangan otak kuning sudah la ye.heehhe...

-->manja
part ni best. yesss...Dania sangat manja dengan Ummi. Dania dah pandai kenal mana satu Ummi dan Baba. Dan Dania dah pandai memilih. Of course la Dania nak selalu ngan Ummi. Sian Baba. Asal Baba amik je confirm tak sampai 10 minit Dania dah merengek nak dengan Ummi.bestnya. dapat le excuse kalau tak dapat nak tolong masak ke n etc (kalau balik kampung le)muhahaahha....

-->gusi yang keras
huhu...satu kesukaan Dania, suka gigit segala benda yang ada sekeliling dia. Yang tak tahan suka sangat gigit botol minyak Yu yi. Kitorang dah beli dah yang mainan khas untuk baby yang gatal gusi untuk dia gigit. Tapi Dania tak moh gigit benda tu. Yang dia nak gigit adalah benda paling keras dalam rumah tu.hohoho...

-->meramas
sejak umor Dania 5 bulan lagi suka meramas. Sampai lemak perut Ummi pon nak diramas. I hope you are not mistaken between my lemak and ur boobs, OK. hasilnya, abes ada kesan calar balar kat perut. huhu...sebab kuku Dania panjang jadi bila ramas sikit je dah meninggalkan kesan calar. aduuuiii la...

p.s best kan zaman skang ada blog. bila anak kita dah besar, agak2 nak ingatkan dia balik macam mana susah payah kita besarkan dia, senang jek. google nama terus jumpa blog pasal diri dia. ;)



Tuesday, November 25, 2008

Dania Ziyad = Mohamad Zaid + Sharminie

MyHeritage: Look-alike Meter - Family pictures - Geneology

Tengah tensi2 wat data analisis, baca blog Diyana. Menarikksss!!!

Dia wat look alike meter untuk family nye. Oowhh..miki looks

19% of her. hehe..

So let's look who is Dania look alike. Her Ummi or Baba?

Wednesday, November 12, 2008

Dania in her Belang mode

Owh..Lihat lah perut saaaayyaaaaaaa

Baba, kalau dekat lagi nanti Dania gigit. Ggggrrrrrr...

Hey Ummi. Jom kita jalan2 cari pasal nak?

Erk..Dania lapar la Ummi, bila bole Dania mamam ni?

Aaagegegegege...

Dania, senang diri jaga sedia!

Enjoy da piccas! ;)

Monday, November 10, 2008

Dania Piccas During Raya


Sepupu sepapat muafakat membawa berkat

"Yum...yum..sedapnya isap tangan"

Fes day Raya

Lepas pakai gaun, Ummi tukar baju Dania ke rompers. Bukan apa, leceh nak dukung Dania masa pakai gaun. Tapi, tak dapat nak amik pic. Ikutkan memang le nak amik sume pic Dania pakai baju baru. huhu..tak pe la. insya-Allah next raya kita bergambar banyak2 yea.

Friday, October 31, 2008

feelgood on Friday ~~

Hoho..It's Friday!

Today I am so happy because I had a delicious lunch plus with happy buying of dr. feelgood and last but not least meet with my unimates, Meow Chi.

After having lunch at Dome, KLCC we quickly make our way to Parkson. Whooaa! A lot of improvement has been made up at their shop area. Mind you the last time I went to Parkson, KLCC is 3 years ago OK. But I feel not really impressed by their improvement because it looks like very exclusive for those yang poket lebat sahaja.huhu..let it be la.

Sometimes a little bit of terasa jugak especially masa nak bayar kat cashier. Those who buy expensive items their salesgirl will accompany you to their cashier counter and siap tolong serahkan resit dan makesure you will receive their exclusive paper bag.

Forget about it.

My intention is to seach dr. feelgood from benefit. Because it is my first time being there after their renovation, take me about 10 minutes to figure out the location. Ooohh their booth sebelah Stila. Actually I am not in the mood of buying but because of I am always being trapped of this feeling. Ye la kita dah beria tanya soklan (siap demo tuh) tapi last2 tak beli rasanya memang tak elok jugakkan. End up by buying and receive rm20 voucher. Tapi hampes.
rm10 expire on 7 Nov and another rm10 on 23 Nov. Looks like asking me to buy benetint jek.hehe..My opismate pun dah dreaming2 nak beli gak benetint. Sebab 2 in 1. You can apply on your cheek as blusher and on your lips as lipstick. Very fabulous!!

On the way back to office... I make a drama scene at Ampang Park Station. Punye la seronok sebab terserempak dengan kawan lama, Kang Meow Chi. Siap hugging each other tuh. Looking at her she reminded me on our university life.

Oopss..did I mention we hug each other? Back to year 2001, we became a close fren because we share same feeling when we were fighting to be a manager. Not only that until now we also share same reason why we don't want to continue our Elken business but only consume their products. I am not saying Elken business is bad. Later when I have time I'll share with you on my MLM experience.

Oohh...feel blessed to meet her. Dua2 ketawa bila teringat masa nak fight jadi manager. Sanggup tuh pegi jual biskut merata2 kat area HQ Elken. Bila dah tak dapat jual, bawak balik stok dengan motor. Tangan penuh kiri kanan dengan tin biskut. Last2 tak dapat jual makan masuk dalam perut sendri. hihihi..Sebab tu la bila lalu HQ mesti ingat Meow Chi. Tau tak sebab apa kitorang jual biskut? Sebab teruja sangat dengan upline kitorang dapat jadi manager dengan hanya menjual biskut. Impressive kan? At the end Meow Chi qualified jadi manager for that month and me for the following month(sebab tak cukup point). When she received the good news of being appointed as manager, she cried in front of me. Because I was the only person yang paham perasaan dia. Bila teringat kisah ni, rasa lain sangat. Our friendship bond tu unik. Walaupun kami jarang berjumpa tapi sekali terserempak rasa teruja sangat sampai peluk sakan. Yang kagumnya berlainan bangsa tuh. Ala..macam iklan kat TV tuh. I bet that was enough to describe our friendship.

Tak tau la bila lagi bole jumpa dia. Pasni dia dah tak keja kat Ampang Park lagi. Let me guess. May be bila terjumpa lagi ntah2 dia dah kawin ada sorang anak pastu saya pulak dah beranak pinak.muahahha...

p/s: forgive me on my bad writing in English.

Tuesday, October 28, 2008

OT

Duh! Kena OT lagi. Macam mana nak terangkan kat Mama pasal OT nih. Erk..sape plak nak jaga Dania kalau betol2 kena OT dis weekend. Serabutnyaaa!! Last week Mama dah agak bising.
Mama ingat aku saja2 nak wat OT. Siap cite kisah kengkawan dia dulu yang rajin wat OT. Siap bole beli keta dengan duit OT.huhu..
Mama tak paham. Itu gomen. Ini swasta. Bukan suka2 nak wat OT semata2 nak bagi lepas bayar hutang. Ni memang kena buat. Nak wat cane ada satu PC je yang ada software tuh. Pastu bos plak nak drawing tu urgent. Kena plak share PC tu ngan another staff. Dan lagi kami berdua baru nak bermesra2 dengan software 3D tuh.Tensi betol.

Kalau tak OT nanti dipersoalkan plak masa appraisal.huhu..
Kalau OT, Mama bising. Dan lagi confirm dengan Dania skali kena g opis.muhahaha..
Bos plak dah siap bagi memo suruh datang training on weekend a.k.a OT gak la.
Cane plak tuh..Boleh je nak bawak Dania tapi rasa tak selesa plak. Nanti tetiba *amada datang opis tengok ada baby.

Well..ini lah realiti hidup. Dulu masa bujang tak dapat peluang untuk OT.
Bila dah kawin ter'dapat' peluang plak.

Ke aku yang lembap sangat wat drawing tuh? Rasa2nya sepanjang wat drawing langsung aku tak curi2 bukak internet. huhuuh...apa2 je la.

Oh!Tuhan. Tolong lah aku melepasi tahap getir 3 bulan ni. Harap2 la performance aku ok dan dapat increment.*wink* Insya-Allah




Wednesday, October 22, 2008

Hobi Baru Dania

erm..walaupon keja berlambak tapi nak jugak tulis.hehe..

alhamdulillah sepanjang besarkan Dania selama 5 bulan ni kami rasa sangat menyenangkan. ye la kadang2 tu bila datang ragam dia memang tensi gak. especially masa tengah pantang dulu. banyak kali gak nangis sebab Dania tak nak tdo dan kami plak dah ngantuk tertonggeng. huhu..
Sebab my mom yang jaga Dania jadi Dania jarang sakit. mana tak nye maaaannnjaaa sangat ngan nenek dia. jeles tau..nak tdo pon kena ada cara. nanti la kalu dpt snap pic masa Dania tgh manja2 kami akan upload nanti.

Dania Ziyad updates on her baby development...

(^_^) Pusing badan skit2
Skang dia dah pandai angkat dada dan gerakkan badan mengikut kepala. Maksudnya bole pusing2 la.

(^_^) Pegang benda
Oowhh dia sangat suka buat nih. Lepas dapat je pegang terus masuk mulut. yum..yumm..

(^_^) Bergurau
Dania dah pandai gelak bila kita agah2 dia. Kadang2 tu gelak kuat macam orang tua.

(^_^) Meniarap
Dania masih meniarap statik cam dulu. Dia belum bole gerak ke depan dan ke belakang. Tapi tengok bontot dah naik sedikit.hheheeh...

(^_^) Golek-golek
Ni pon favourite dia gak. Asal letak je atas bantal besar tuh, terus dia golek2kan badan. Sesuka hati dia jek.kihkihkih...

(^_^) Kenal Mengenal
Gosh! Baru umor tak sampai 4 bulan dah kenal orang. Uhh! Very surprise. sebab besa baby start kenal orang masa umor 6/7 bulan. tapi Dania ni..bila orang lain selain yang dia besa nampak nak dukung dia, mesti cembeng. tak tau le bila dah besar skit nanti. penat le Ummi dan Baba dia nak dukung kalau tak nak ngan orang lain.

(^_^) Meramas
Ni hobi baru dia. Meramas Ummi nye breast masa breastfeeding. Saaakkiitt tau Dania. Tak tau le cane nanti bila dah tumbuh gigi. huhu..

Pic? Later la. Still dalam kamera gabak baba Dania. Ntah bila nak transfer since kitorang dah tak de pc. huhu..

Tuesday, October 21, 2008

Dania Ziyad turn to 5 months old

Hepi Besday 5 months to Dania Ziyad!

Sabtu yang lepas kami bawa Dania ke Klinik Johari dan Anita untuk dapatkan vaksin. Alhamdulillah Dania tak nangis masa doc inject dia. Tu pon dah hampir nak cembeng. Nasib baik le saya cepat2 agah Dania. Doc tu kesabaran je tengok saya beria2 agah Dania.hahaha...

Lepas pegi klinik, kami menghala ke rumah Pak Ngah (depan klinik je). Mak Ngah seronok je tengok Dania. Tapi sayang Mak Ngah tak dapat nak dukung dan main2 dengan Dania sebab Mak Ngah sakit. Mak Ngah agah2 Dania dan seperti biasa Dania akan senyum melengeh2 sampai nampak lesung pipit dia.

Agak2 nak dekat pukul 12 kami mintak diri sebab nak ke KJMC. Kali ni saya plak nak jumpa doc. Seperti biasa klinik Dr Fatima memang le sibuk. Tambah2 lagi hari Sabtu. Pukul 1 lebih baru kami dapat masuk bilik doc. Sebelum tu kami naik ke klinik Dr Syed untuk set appointment rotavirus Dania.

Uuhh..cuaknya nak jumpa doc. Dari bulan lepas lagi saya dah terbayang macam2 sampai kena marah ngan hubby.hehe..

Ye la bila jumpa doc kat Klinik Johari dan Anita tu cara doc tu explain macam kes serius je.

Rupa2 nya tak de la teruk sangat.

Saya mengadu pada Dr Fatima selalu ada lendir keluar dari faraj. Lendir tu warna nya kekuningan. Pada saya memang agak pelik sebab sebelum bersalin tak pernah ada masalah tuh. Dr cakap tu adalah simptom discaj disebabkan ada fungus. Dr mintak baring atas katil dan buat aksi mengangkang seperti hendak bersalin. OOwwhh...sangat le tak suka aksi ini. Terus teringat waktu bersalinkan Dania.

Dr Fatima ni yang bagusnya dia akan explain apa yang dia nak buat sebelum dia praktikkan. Lepas je dia terangkan dia masukkan ubat ke infected area. Kebetulan saya belum buat pap smear, jadi dah alang2 tu buat skali. Ouuchh..sakit OK. Doc kata awak sakit sebab awak keraskan badan.hehehe...rasa macam kena rodok ngan kayu. Pastu doc pasan ada lebihan daging pada dinding faraj. Doc tanya ada sembelit ke masa lepas bersalin? saya jawab le ada. Doc terangkan lebihan daging tu terjadi disebabkan saya cuba meneran. Disebabkan kulit dalam dah sembuh dan kulit luar belum sembuh maka terhasil daging yang tidak berkenaan. Oowhh.. mula2 pasan kejadian daging tu ingatkan sebab hujung benang jahit yang tersimpul. tu yang buat bodo jek. rupa2nya sebab sembelit. (bila cite pasal sembelit terus teringat masa pantang dulu errkk..horror sangat2 sampai tak leh tdo asyik masuk toilet je dan Dania plak merengek2 nak menetek bayangkan menyusu Dania sambil menahan sembelit)

Doc pun dengan selamba nya tarik daging tuh. Oucchh..sakitnya. Meleleh kuar darah dan doc advise pakai pad. Saya dinasihatkan untuk menjauhkan aktiviti 'bersama' sekurang2 nya 2 minggu. Yeah! saya dapat 'MC' 2 minggu.hhehe...

Keputusan pap smear dalam minggu ni. Doc kata kalau normal nurse tak kan call melainkan result tu tak normal kena datang semula ke klinik.

Seperti biasa dah alang2 jumpa doc, saya mintak segala bekalan ubat yang diperlukan such as Neurogain PB 2 botol dan Norriday 3 paket. Doc tu gelak je bila saya mintak stok untuk setahun. hehe..mentang2 la bole claim.

Keluar dari KJMC kami terus ke rumah Syifaak. Sampai je dah ada ahli wajib:Yabeet dan Kyra+Ali. oohh..baru pasan kami tak snap pic pon! my hubby ada le sangat bwk kamera dia tapi as usual bila nak amik pic mesti malas. So tumpang2 la kamera baru Ali.

Solat Zuhr kat umah Syifaak pastu makan dessert wajib (Syifaak suka wat resipi ni even kalau dia pegi open hse umah orang lain pon mesti dia masak dessert nih). Sambil makan tu Kyra cite pasal expenses hnymoon Bali dia. Agak kagum la dapat ke sana dengan belanja yang murah. She did offer to us her contact person if we want to make a trip to Bali. owh..tq! tapi saya prefer Bandung! sebab nak shooppiingg!

Sang Yabeet ni plak dah sibuk2 plan nak ikut Syifaak ke China. Tapi Syifaak tak bagi couples ikut. Tak aaacii OK.

Bab2 melancong ni kalu ada duit jalan jek. Tak pe la ada rezki lebey kami ke sana. buat masa ni kewangan tak mengizinkan. kalau ada pon baik simpan untuk kegunaan yang penting. lagipon kami dah sediakan satu trip ke Langkawi untuk Dania.

Jadi biarlah si bujang2 ni sume melancong sebelum mereka diikat.hehehe..(jelesnyaaa...)

Lepas rumah Syifaak, masing2 berpecah. Yabeet ke rumah Haslia. Kyra+Ali ke rumah kakak Ali. Kami ke rumah En Sharul, bos hubby.

Uuhh..tell u what. Open hse kengkawan opis hubby le paling saya malas nak pegi. Can't mix la with bankers. huhuu..tak tau nak story pe. summore range age pon jauh. yang muda tu muda sangaaatt..yang tua plak tuaa sangaaatt sampai ada anak bujang n dara. nasib baik la ada Dania, penyelamat keadaan. heehe..buat2 le bz jaga Dania.

Lepas dua umah bos hubby kami dah tak tau nak ke mana. Hubby cakap balik rumah dulu, mandi dan solat. Lepas tu baru pk nak ke mana. Mandikan Dania dulu sebab tengok jam pon dah lewat. Ye la baby tak leh mandi lewat. Lepas tu sama2 amik turn mandi. Saya ajak hubby ke Balakong umah Along anak Pak Ngah tadi. Sebab ari ni Along tak keja. Along ni doc kat HUKM. Bila dia cuti je baru dapat jumpa derang. Husband and wife doc. memang bz la.

Sampai umah Along kul 9. Borak2 dengan Along dan anak2nya:Anis dan Nadia. Cute!

Penatnya Sabtu kami. Esoknya Dania tak berapa sihat. Mungkin sebab vaksin tuh. Jadi Ahad tak ke mana2 walaupon berderet2 list open house. Dan my hubby plak ke Times Square sebab nak tengok pameran fotografi.

*end*

Monday, October 20, 2008

Obsesi

Arghh!! Lambat lagi. Dua tiga hari ni asyik lambat je. Naik tren kul 7.30am memang jawabnya akan sampai laaammbaat.

Tips untuk pengguna LRT: Sila naik tren sebelum pukul 7.30 am untuk mengelak dari sampai lewat ke opis. Diingatkan tips ini berguna bagi sape yang masuk opis pukul 8/8.30 am OK.

Bila dah lambat ni memang terpaksa bersesak dalam tren. Saya mencari2 muka2 yang besa nampak dalam tren. Ouch! Saya terperasan sorang minah ni. Aii..besa dia dapat seat dalam tren.
Hari ni nampaknya dia kena berdiri. Seronoknya bila tengok minah ni tak dapat duduk.heehe (keji tak saya?)

Bila sampai je kat Masjid Jamek, sorang uncle ni bangun dari tempat duduk. Uiishh..minah ni bukan main lagi. Dia cuba berasak2 nak dapatkan tempat duduk. Dengan tak disangka2 sorang amoi datang menyelinap di tepi minah ni lalu dengan muka seposen dia duduk. Hahhaah..best best.

Elok sampai Dang Wangi, amoi tadi pon bangun. Minah ni plak dengan muka konfiden nya "kali ni mesti aku dapat duduk" menapak setapak untuk duduk tapi telah dihalang oleh sorang makcik. Sekali lagi best best. Minah ni tak dapat duduk sehingga lah dia turun di KLCC.

Owwhh..seronoknya perjalanan tren untuk hari itu sebab dapat tengok sorang yang obses ngan tempat duduk dalam tren tak dapat duduk sampai ke sudah.muahhaahha...

P/S: entry ni sangat keji kan?hahahahah..

Wednesday, October 15, 2008

Pagi Yang Meluat :(

salam sume.

ni saya nak share satu kisah yang berlaku semasa dalam perjalanan nak ke opis hari ini.TIDAK! ini bukan kisah 'mereka' yang poyo nak duduk dalam LRT.Ini adalah kisah tentang sepasang kapel c*na. apa yang menarik sangat? ehehe..saya perasan derang berdua ni suka berjanji naik tren sama2 walaupun berlainan stesen. yang L nye naik kat KJ yang P nye naik kat Tmn Bahagia.

OK. Perasan tajuk entry ni? derang la watak yang meluatkan di pagi yang terang ini.

Ini bukan kali pertama saya terserempak dengan derang. Dah banyak kali dah cuma beberapa minggu ni je dah tak terserempak.Yang L le suka wat aksi. Tau le tengah hot bercinta. Bole plak si L ni selamba k*ss P. bukan sekali tapi baaaanyyaakk banyak kali.

rasa geram je ngan derang. nak je saya tambah kat pintu LRT tuh Dilarang Ber*iuman!

yang tak bestnya derang sama2 turun kat Ampang Park. Pastu sama plak building ngan saya.addooii..why la they all keja same place with me. terpaksa la saya menonton adegan derang sampai tren berhenti.

harap2 sok derang tak naik sama tren dengan saya. :(

Friday, October 10, 2008

Hari Jumaat di Ampang Park

Yezza.. TGIF!
Hari ni kami lunchie kt cafe Bee's. Elok je lepas order makanan, my fren chura call ajak lunch. apa daa..lambat saaanggaatt buzz kat YM. sowi la chura. lenkali la yek.

Lepas makan, saya jalan2 window shopping sensorang kat Ampang Park. Ingatkan nak call Haslia (my skoolmate masa sekolah kat Raub)ajak shopping tapi tetiba rasa malas nak calling2.

aktiviti ari ini ialah jalan2 survey rega barang n pakaian kat Ampang Park.


:( pasaraya yang kat bawah tu saaangggaatt le mahal reganya. rega yang display tu sejibik rega kat 7-11/mynews/watson n etc
bayangkan pampers Drypers saiz L pon derang jual rm42.90!!!!!
langsung terus reject dan tak kan masuk pasaraya tuh.

;) ada sebuah kedai yang jual handbags dari korea. bag2 yang macam ni elok beli dari internet jek. jimat dan murah. tapi ada satu handbag tu lembut dan ringkas. tak de brand dan dapat 10% diskaun! berkenan gak tapi kalu dia nak jual ngan rega rm50 memang ingat nak beli. tapi ntah cane tadi tak tertanya plak kat salesgal tuh. tak pe la lagipon bulan ni dah out of bajet.

;p kedai sebelah plak jual pakaian baby. mula2 memang nampak menarik. rupa2nya derang jual baju sejibik sama kat Brand Outlet, Ikano. Tapi reganya dua kali ganda. Saya siap bagi info kat sorang auntie ni. Dia pon tak jadi beli baju tuh. Erk..rasa bersalah plak dengan tauke kedai tuh.tapi tak pe sape suruh jual mahal pastu baju nye nampak buruk.

:( Kat tengah2 shopping area tuh masih ada lagi kedai yang display baju kurung. taappii reganya 2 kali ganda dari masa bulan pose. sume baju dah kembali ke rega asal. ingatkan nak le cari blouse untuk mama tapi nak wat cane bajet tak cukup.

Thursday, September 25, 2008

Salam Idulfitri Kepada Semua


Kepada Keluarga dan Rakan Taulan, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan mohon maafkan segala salah silap sepanjang kita bersahabat. Semoga perjalanan kita balik ke kampung diberkati olehNya. Sepanjang beraya elakkan dari pembaziran. Diharap kedatangan aidilfitri kali ini dapat menginsafi diri kita supaya lebih baik dari sebelum ini. InsyaAllah




:: Our Family Vacation :: Part 1



Next May, we are going to Langkawi for our fes family trip. We would like to make this trip as a treat for Dania's 1st birthday. Insya-Allah.

The flight is confirmed but not yet with the accomodation. Perhaps after raya we start to search by browsing through internet. As usual my choice will be affordable and good spot.

Starting from today we should menabung our tabung ayam for shopping spree at Langkawi.For those who feel want to join our tabung ayam sila2 la ye.ehehe..we r alwiz welcome u ols! juz kidding ;)

This week I'm so busy with web browsing on planning our vacation (mentang2 la bos away for 1 week hehe..). Anyone who had experienced to Langkawi before we really welcome your sharing(esp my fren chura yang akan ke sana selepas raya).

kenapa sume orang kejam?

huhu...hari ni saya lambat bangun tdo. bayangkan pukul 6.27pagi baru tersedar dari lena. ini sume gara2 Dania yang tido tak berapa lena malam tadi. ntah nape Dania asyik duk bersilat je. nampak macam tak selesa. bila cite kat mama tadi, mama cakap mungkin sebab semalam Dania tak berak.Semalam dah cuba urut perut Dania. Harap2 hari ni Dania dapat membuang seperti biasa.Ok bukan ini sebenarnya yang saya nak cerita.

Tadi masa sibuk2 nak naik LRT terserempak dengan kawan lama saya, Syifaak.Mungkin ini kot hikmahnya sebab lambat bangun tido.hehe..jadi sepanjang perjalanan kami berborak dan update pasal rakan2 kami. untuk ingatan diri saya:

(",) penco sudah selamat bersalin bulan 8 yang lepas. lupa plak nak tanya baby gal ke boy?
(",) e-in pon dah bersalin. awal sikit dari penco. bulan 7 yang lepas.pon sama lupa nak tanya baby b/g?
(",) erin sekarang menetap di Batang Kali.sesekali je erin balik cheras untuk teman mak dia.sebab tu susah kami nak berjumpa dia skang ni.
(",) mimi dan ido akan balik ke mesia untuk sambut raya
(",) a'a yang sekarang gembira dengan pekerjaan dia berbanding tempat lama,S*ny
(",) liza yang sudah mengandung anak kedua (5minggu)

nampak sume orang sudah ada kehidupan masing2 kan? alhamdulillah.

sekali lagi cite di atas bukan cite yang sebenar untuk diceritakan.hehehe..(panjangnya iklan)

ni yang sebetulnya..

Selama 3 minggu saya menaiki tren LRT, saya dapat lihat rakyat Malaysia sudah kurang prihatin dengan keadaan sekitar. Ya, saya tahu kita semua penat dan letih kerana bekerja. Tapi dalam keadaan penat pun perlu ada timbang rasa. Kerana kita hidup bermasyarakat. Saya dapat lihat 'mereka' terlalu mementingkan diri. Berebut tempat duduk dalam LRT memang tidak mencerminkan langsung gaya eksekutif 'mereka' itu.'Mereka' sudah tidak menghiraukan kaum wanita yang mengandung, orang tua, OKU dan kanak2 kecil.Sepatutnya apabila nampak golongan ini ketika beratur, 'mereka' perlu memberi laluan kepada golongan ini untuk berada di hadapan supaya golongan ini tidak perlu bersesak dengan orang ramai untuk menaiki tren.

Saya dapat lihat kaum lelaki yang terlebih2 hendak kan tempat duduk dalam tren. Sepatutnya 'mereka' perlu bersikap gentleman dengan memberi tempat tersebut kepada kaum perempuan.

Nak tahu kenapa lelaki Malaysia ni penat sangat?
Sebab 'mereka' sibuk melayan TV tengok bola.
Ini kita dapat lihat apabila golongan 'mereka' yang banyak memenuhi kedai mamak 24jam!

dan kepada kaum perempuan pulak. sepatutnya anda lebih memahami kerana kita sesama kaum. tapi kebanyakan 'mereka' hanya buat tuli sahaja. pejam mata pasang headphone dan terus on ipod/handphone!

kita perlu tanamkan dalam diri yang kita kena selalu beringat tentang orang lain. Jika anda mendapat peluang keemasan untuk duduk dalam tren, tak salah kalau terjaga dari lelap dan lihat persekitaran. Jenguk2 lah pada orang yang lebih memerlukan. Yang lebih penting lagi selalu fikirkan bila diri kita berada di tempat mereka.

quote: pagi di LRT KJ, kebiasaannya ada polis yang menjaga kawasan tren. polis ni la yang selalu arahkan ibu mengandung, orang tua dan OKU untuk berbaris di hadapan. dan pagi itu ada seorang ibu mengandung disuruh ke hadapan barisan. dia mengikut sahaja arahan polis tersebut. tapi yang geramnya orang yang dihadapan tu tidak memberi ruang langsung pada ibu tersebut. malah tidak menoleh muka padanya. sebab tu saya kata 'mereka' semakin kejam.

* 'mereka' - manusia yang poyo berebut tempat duduk dalam LRT


Wednesday, September 24, 2008

Leader or Follower?~~


Buku ni adalah kepunyaan abah saya.
Luarannya ringkas begitu juga dengan isinya.
Senang difahami.
Kenapa saya baca buku ini?
Sebab saya suka jadi ketua.
hiihihi...
(sounds like gila kuasa plak)

Monday, September 22, 2008

Shop until u die..hahaahha...

Weekend is heaven to our family...ehhehe..

U'll realise soon when you have a baby. U know why? Coz we are crazy to bring Dania everywhere.
hahahaa...

Last Sat we went to Carrefour for shopping barang2 dapur. We bought foods and some stuff for our home. Luckily Dania tdo sepanjang kitorang shopping. After finished we made our way to PKNS, Shah Alam. Erk...when we arrived there we found the place was full!! Alamak. Memang terpaksa dukung Dania sepanjang shopping spree.huhu..Kalau bawak stroller memang susah nak bergerak dalam keadaan himpit. Pity on my hubby. Dia terpaksa dukung Dania sebab me yang nak shopping baju raya. Credit to him. Sangat tolerate dan sabar je. Nak wat cane. Tema tahun ni kaler merah. Baju kaler merah memang susah giler nak cari. Tensi betol. Sebenarnya dah dapat sepasang kat Ampang Park. Seperti besa price plak terlalu mahal. Kalau dapat bargain pon confirm tak bole reach my bajet price. Terpaksa la let go and cari yang lain. Alhamdulillah dapat la sepasang kebaya. Walaupon tak seberapa hepi compare ngan baju yang kat Ampang Park tuh, tapi bila teringat entry Zue pasal adik Rashid tu. Rasa insaf plak. huhuu...nevermind la. next raya kan ada lagi.My hubby pesan lenkali kena cari yours punye dulu baru beli baju untuk dia. ye la..ye la.

Hari Ahad memang tak ke mana2. Juz drop by to my parents hse. Mintak tolong mama betulkan kain kebaya tuh sebab punggung nya besar sangat. My mom komen kaler baju tu tak match ngan kain. huhuu..dah tentu fesyen. apa2 je la yang penting dah beli.

Tahun ni tak beria sangat nak beraya. Ntah la. may be sebab dengan suasana politik Malaysia skang dan lagi rega barang sume nya naik. Mercun plak dah tak leh main. Dan lagi tahun ni tak tau cane sambutan raya belah mertua sebab kat kampung dah tak de orang. Umah arwah wan dah tak de barang. Tak kisah la yang penting dapat cium tangan mak n ayah mertua.

Agaknya pasni confirm tak banyak open house. Ye la sume orang dalam keadaan bajet. May be akan datang patut tukar open house jadi pot luck ke. hehehe...( bole ke?)

Thursday, September 18, 2008

Hepi Engineer Month!

To engineers outhere, hepi engineer month!

Haaiihh..sounds like hepi friendship day plak. hehehe...

Serious ni fes time dengar ada engineer day. Tau pon sebab dapat email dari Jobstreet.

Tetiba terpikir engineer sangat ke aku nih? hahahhaha....

Wednesday, September 17, 2008

Hari Ini

~Opis...

Pagi2 dah kena panggil ngan abg azmi. belajar cane nak setup network untuk site baru. Tolong dia download EPSU data. Sebab pasni nak raya untuk elak data missing kena download sepantas yang mungkin.

Bosannya. Bos dah le away for 1 week. Tak tinggalkan keja. Pastu baru keja plak.Nak wat apa lagi pasni ek? Penat la nak berlakon bz ni.Sape2 yang ada blog tu cepat2 le update. Ada la bahan bacaan skit sepanjang 1 minggu nih.hihihi...

~Cuti Nuzul Quran...

Hari ni my hubby cuti nuzul quran(satu negeri selangor cuti). Dia plan nak pegi repair lense kamera d200 pastu nak g wisma yakin, jalan tar beli baju melayu untuk raya. tapi tadi pagi dah pesan kat dia awal2 jangan balik lambat. kul 5pm kena g umah mama tengok2 kan Dania.




bila dah cuti lrt saaanggatt lengang. pagi tadi memang lucky. dapat seat beb. apa lagi melantak tdo la. sampai tersengguk2. arrghh peduli hape. bukannya kenal pon orang sekeliling. tapi tadi ada satu mamat ni. macam kenal. sebab nak cover tdo nye pasal, terus wat muka tak kenal.hahhahaha..i do remember his name. nevermind la.panjang umor jumpa lagi kan?insya-Allah.





Monday, September 15, 2008

finally~~

After a few arguments with my hubby, finally we went back to his hometown. Tu pon me purposely drag the time. My rule is before we going back we have to do our house chores. So we managed to sweep the floor, wash our car yang dah sebulan gak tak berbasuh, iron baju my hubby and lipat baju seminggu nye basuh. Tq to our lil Dania. She slept until afternoon and ngam2 we siap our house chores.

Around 1 something we start our journey. I told him dat I wanna sleep at Mak Long house. And we must go back to KL in da morning. My hubby said fine.

Buka pose with my hubby family side ni memang meriah ngan makanan yang amat banyak. My MIL sponsored rojak and air soya. Me bought nata de coco 3 balang. Mak Ngah bought laksam. Pakcik cooked mee goreng. Mak Lang cooked kuey tiaw goreng. Busu bought roti John. And da organizer, Mak Long cooked chicken stew, french fries, rice and ikan bakar. Banyak kan? Belum lagi dengan air minuman yang macam2 jenis. Sounds like buffet ramadhan di restoran.But I wasn't really enjoy da foods. Dania buat ragam and I had to breastfeed her before I can eat. By dat time I've already lost my appetite.

After having buka pose, everybody rushed for solat maghrib. They all start chit chatting updates diri masing2. Around 11 something my MIL wanted to go back. I told her dat we are staying at Mak Long house becoz I'm afraid Dania will meragam like what happened during balik cukur jambul arituh(mind you Dania kena sampuk ngan sumthing and menangis tahap gaban, after pegi berubat baru OK). She seems not really happy. My hubby plak dah berbelah bagi. Mak2 sedara yang lain pon ada yang sokong n tak berapa sokong. Me? Peduli apa. She is our daughter! We know what is the best for her.I know it was not appropriate la bila balik tak tdo umah sendri but they all should understand we are talking bout a baby. A baby who just know how to cry and can't tell you anything if sumthing happened to them. They can story mory to me their experience and even give me a suggestion but for me it is enuff. No more kena sampuk. As a mom memang tak sampai hati tengok anak kita nangis tak berhenti2.

On Sunday, at 1o sumthing we went to my MIL house. On da way tu my hubby suddenly inform us that we need tumpangkan Busu balik Kuala Pilah. Fine. Sampai2 je tengok barang Busu bannyyaaakk sangat. She was shopping for hari raya so definitely penuh car boot ngan barang2 dia. No choice we had to left our things and pick it up before head back to KL. My MIL plak cam tak hepi je sbb singgah sekejap. And me ikut skali pegi Kuala Pilah so dia dapat main sekejap ngan Dania.

All da way to Kuala Pilah, Busu shared with us her story about foods during buka pose. Terliur jek bila dengar kuih kampung. Me kept eyeing kot2 ada orang bukak kedai jual apa2 yang bole dibeli. My hubby dh set nak beli daging salai and me juz nak beli rambutan and buah naga. He want me to cook daging salai masak lomak. Duh! i've never done it before but used to cook udang masak lomak. itupon a few months ago. Masa awal2 pregnant kan Dania. Our fav cendol plak tak bukak kedai lagi. ye la baru pagi kan. I love travel to Kuala Pilah sebab ada macam2 jenis makanan sedap. Tinggal kuih baulu kampung balau(betol ke ejaan nya?) je tak sempat rasa.

Lepak umah Busu kejap. Borak2 sampai Dania tertdo baru we all balik. Sampai Seremban, pick up our things n terus balik. My MIL macam ada sound skit la sebab tak stay lama n tak buka n sahur skali. Duh! Itu pon nak dipersoalkan. Dapat balik pon dah cukup baik. I can't imagine if we tak jadi balik ntah hapa plak komen dia. Me start jadi rimas nak balik kampung sejak ada baby. I can't share the MAIN reason here. But I can say it's all about a cleanliness.

*Enuff for last weekend story*

Friday, September 12, 2008

Dania dah bole tergolek-golek!!

Semalam ada 2 gud news. Dua2 gud news tu dari Dania. Dia skang dah tak meragam bila dapat puting. Mula2 bertahan gak tak nak bagi dia isap puting (orang cakap nanti gigi jadi jongang). Tapi bila tengok dia meragam masa bulan pose ni jadi kesian kat Dania dan nenek(my mom). Pastu kalu bagi dia isap susu botol..Dania bukannya menghisap pon. Isap main2. nasib baik la Sugu (kawan my hubby) ada bagi present sesame street nye bottle set siap ada puting. as a trial kitorang bagi dia isap yang tu dulu. Tak sangka plak Dania ni suka puting. hahahaha...My mom cite bila dia dh dahaga sbb isap puting baru la dia nak isap susu botol tuh. Susu enfalac ni susu yg ke 4 kitorang beli utk dia. Fes Anmum, 2nd Mamex, 3rd isomil n yang ke4 ni enfalac. Dlm banyak2 susu kat market ,enfalac yang paling kurang bau lembu. Semalam ada browse kat internet. rupa2nya ada enfakid a+ yang perasa honey!!! rasa cam nak beli n try bagi Dania minum. Dania ni cerewet. Nak susu yang sama ngan susu badan saya.

2nd news plak Dania dah bole meniarap!!!wooottt!!! Saaaaaannggaaatt comel. Bagus anak ummi ni. Kira cepat gak development Dania nih. Cuma kitorang belum lagi dapat capture moment tuh. Tak sabar nak amik gambar setiap pergerakan dia. Hopefully she can walk before she turns to 1 year old. ;)

Friday, September 5, 2008

Duh!I had silent problem with my MIL...~~

Gosh..i do really had problem with my MIL. The serious problem is she alwiz want us to go back to hometown every month!which I do really not feel comfortable. whenever she make a phone call to my hubby she will definitely asked " tak balik seremban ke minggu ni?" or " bila nk balik seremban"..ggrrr..

I know she feel happy being as grandma tapi kot ye pon paham2 je la keadaan kitorang. Like dis fasting month..my hubby was really beria to go back becoz want to feel buka pose and bersahur with his family. Fine la. But he knows dat we have a budget constraint for dis month. My salary for Aug is slashed into half becoz of my mid month resignation and we are just moving to other house. So totally we spend a loooottt!!!

Why he can't story mory to his mom? In fact my MIL knew bout this but why she seems tak amik port langsung psl hal ni?
The reason why me sgt mls nk balik is becoz all my weekend housechores jadi tonggang terbalik.
Gosok baju keja utk stok seminggu, pastu sapu/mop umah, pegi pasar beli lauk, basuh keta n bla..bla..

can u imagine.kalau kami balik sape nak buat semua tuh?

My hubby plak bole plan lepas buka ari ni nak terus balik kampung. Gosh! He never realize betapa penatnya balik dari keja, makan dalam keadaan rushing pastu kemas barang then balik kampung.

2 days head banging thinking bout dis problem n last nite I told him dat we may go back on 27th coz I'm off for the following week. Dunno how my MIL nye expression yet. Nevermind la kalu gaduh pon.Raya nanti bole mintak maaf.Muahahhahaha...


Home Sweet Home

Senarai barang2 idaman untuk mencantikkan rumah kami:


1) Coffee Table
Sebenarnya dah nak beli pon tapi dh oversold. But still eyeing da same one.

2) Dining Table
Belum survey lagi. Still have to decide whether want to buy 4/6/8 dining set. For economy better beli yang kerusi 4. Tapi untuk future nya better 6/8. Tak yah beli lagi dh bila family dh besar kn? Or kalau beli yang 4 tu, beli set yang nampak cam coffee set. Bila dh tak guna bole letak kt luar umah jd tempat lepak. huhu..mana satu yg ok ek?

3) Frames
Plan nk print B&W Dania masa umur kecik cam skang. Pastu frame lagi satu pic raya kitorang as a family. So far itu je idea yang ada.

4) BBQ Set
Sbb dh duk umah landed so semestinya la nk try skill bakar2 makanan.ehehhe..Plan nk organize family BBQ. eceh..cam konfiden je pdi masak. Of coure la selps trial ke10 br berani invite org. kang tak psl2 cirit birit.heheehe..

5) Curtain
Prefer corak simple, nice n modern.

6) Cupboard
A cupboard to store our things.

7) Gardening stuff
Pasu dan pokoknya. If our plan to Cameron during Aniza's wedding day is confirmed, we might buying our dream pokok such as cili utk bercucuk tanam, ubi, bonsai and cactus. Sebenarnya dh tak de tanah pon, tapi kami rasa oksigen umah tu sangat la tidak mencukupi. dan umah tu sangat le lapang dan nampak kosong. jadi bila ada garden ni nampak la heaven skit.ehhehe...

8) Technology Room
Bilik untuk komputer , printers and internet. or may be not a room, perhaps some space to locate sume barang2 tuh.

Wednesday, September 3, 2008

Last weekend Outing

Last weekend kami bawa Dania jalan2. Biar Dania ni mesra alam. Sbbnya ada skali tu bawak Dania masuk kedai mamak. Tak jauh pon. Depan umah nenek Dania. Masuk je restoran mamak tu Dania tetiba menjerit dan terus nangis. Penat gak le nk pujuk dia. Confuse! Nape laa anak kitorang nangis. Yang anak kawan kitorang tu plak rileks je. Selamba badak je muka dia. Last time masa g kenduri Kyra pon Dania tetiba nangis gak. Starting dat day la kitorang decide nk bawa Dania ke mana je. Sampai g pasar tani pon bawak Dania.hehhe..sian dia. tengah panas pagi tu bawa Dania beli barang basah kat pasar. Jenuh gak bawak Dania nih. Macam bawak sekampit beras.hehehe..

Pagi Ahad kitorang decide nk sarap kat Uptown. My hubby la sibuk promote nasi lemak sedap kt restoran chinese muslim. N summore his bestfren dh texting ckp nk sarap sama2. Pergh..memang penuh restoran tuh. Nasib baik pagi tu redup so kitorang makan kt meja luar je. Rasanya sambal nasi lemak tu besa2 je. Yang sedapnya ayam goreng tuh. Lepas ni bole la datang lagi Village Park Restaurant tuh. Alhamdulillah Dania tak meragam pon. Baik je tdo dalam stroller. Elok je kitorang siap makan Dania bangun.

Lepas siap makan sambil borak2 tuh masing2 tak tau nk g mana. Teringat Busu suruh belikan iron board kat Ikea. Mat Din pon agree nk ikut. Jalan lagi...heheheh...

Sepanjang shopping tour kat Ikea, Dania enjoy. Dia suka tgk lampu yang tergantung n advert Ikea yang color cerah. Ada la 2 org auntie tegur Dania sbb geram tgk pipi tembam dia.hahaahha...auntie2 tu asal bole agah Dania nak tgk dia senyum. layan je la...

Sambil jalan2 tu usha coffee table, iron board, cermin n tilam. Coffee table yg kitorang berkenan tu dh oversold! Stok baru next week sampai. Yg tinggal color putih n coklat kayu. Tak minat laa. My hubby suruh beli yang putih. Iiisshh.. tak match langsung ngan meja TV and sofa yang dh ada. At da end, kitorang beli tupperware and cermin utk bilik air.Iron board Busu pon dh sold out.

Masa nk balik tuh Dania meragam. Terpaksa la breastfeed dia dulu kt baby care room. Nasib baik la shopping complex zaman skang ada room utk baby. Sian Dania. Penat sgt kot berjalan setengah hari. Finally our mission is accomplish! Yeah..Level ketakutan Dania dah turun 50%.





My Fes Day~~

My fes day travel to new office was really hectic. Stuck at LRT station for half an hour. Then once dah dapat masuk train tu, berhimpit macam sardin. Sardin pon tak macam tuh.Muahahha...

Sambil beratur tunggu train, mata meliar je tgk sekeliling. Kot2 la jumpa member2 kan. My 6th sense was right.hehehe.. nampak Syifaak! Terus call dia n say hi. Pastu texting Zue. Zue trap kt bawah. Sian dia. Last2 dia naik cab. Pastu bole plak nak challenge sampai dulu. Ceh! Of course la saya sampai dulu.

Sampai je opis baru.errkk..sume orang dh sampai. saya ke orang paling lambat? oowhh rupa2 nya bulan pose opis hour kul 8-5pm. Owhh..ok. Pastu greet my GM. Then berkenalan ngan staff. Ok la tak ramai sgt. I liiikkee!
97% malay, 1% chinese, 2% japanese. Duk depan PC survey apa yang patut dalam desktop.ngehngeh..

Kul 9 masuk meeting. meeting yang saaaanggat panjang. Tak de la meeting sgt tapi cam kelas energy conservation. layan je la. Dh nama pon meeting jawabnya terus dpt keja. Uissh..tak penah2 fes day dpt keja. Mmg produktif betol la company ni.

Sepanjang satu hari tu borak2 la ngan derang. Everybody seems nice and enjoy with their work. 5 star for positive working environment.

Waktu rehat plak bole pilih. Nak amik kul bape. Kul 12-1 or 1-2. Cam style *HL plak.
Waktu balik sume mmg kecoh nk blk awal. Saya pon join le skali.Mmg tak sedar diri btol. Dah le fes day pastu masuk lambat selamba balik awal.hahahhaa...




Saturday, August 23, 2008

Good Cream for Baby Rash

Here I would like to note a type of cream that is good for baby who face rashes on their skin.
As I mentioned in my previous entry, Dania has admitted to KJMC. While she was there, we as her parents has asked her doctor to treat her well. We complained a lot to her doc.Hehehe..(Mentang2 la tak yah bayar) Doc found that she got a rashes on her face, hand and leg. Doc said she might having an eczema. So he suggested to apply Physiogel Hypoallergenic AI Cream to her skin. For her bontot, doc said don't used Drapolene but use Egozite for her nappy rash.
Kepada mak2 yang di luar sana mungkin bole cuba krim ni. Insya-Allah mudah2an baik untuk anak kita.

Friday, August 22, 2008

Projek Seterusnya: Pindah Umah Siri 1

Haih..peningnya bila nk pindah umah. macam2 nk kena wat. mana satu nk start pon tak tau. huhu..bila dh ada baby ni ngan dia2 skali pon kena consider..aiseh..pening2..
plan saya sok sabtu konon2nya nk g mop umah.kalu jadik mmg tak dapat la nak memeriahkn kenduri adik mirah. tak pe kot. sbb bkn mirah yg kawin.hehehe.. yg tak bestnya kena mop sensorang sbb my hubby kena g PD ada community servis. mmg tak aci kn? tak pe. saya nak mintak upah..ngehngehngeh
ahad ni mmg confirm nk pindh barang skit2. barang2 nya: almari, 2 kotak baju, katil, barang2 dapur.
tu je kot yang nk kena angkut dulu. iishh..pening la pindh skit2 ni.
pape pon harap2 apa yg dirangcangkn ni menjadi. kalu jadik pon mmg la saya sangat kepenatan hari minggu ni.
ok la..hv to stop ere coz dania dh bangun

Thursday, August 21, 2008

dania sakit...dia tidak mengencing

selasa baru2 ni...malam itu...2nd time dania nangis kuat. fes time dulu nangis kuat sbb kena tegur ngan cik pon. kali ni kitorang sgt blur. tak tau apa yang tak kena ngan dia. lepas 3 jam dia nangis baru la dapat agak kenapa. u know why? seharian dia x mengencing. gosh! kalut la pi klinik. dah le masa tu dh kul 11. nasib baik la kawasan umah parents ada satu klinik 24 jam. k lokasi klinik dah dapat dikesan. wat's next? owk owh...ummi tertinggal dania nye MyKid n surat beranak n kad panel kt umah shah alam. redah je la. harap2 klinik bole terima. sampai klinik terus register. nasib baik la kerani tu tak kisah. masa ni dania dh penat nangis. tak sekuat sejam yang lepas.so dia merengek skit2.masuk bilik doc. doc tengok perut dia. doc cakap tak bole dibiarkan. kena refer ke hospital. berderau darah kitorang. kitorang pilih KJMC. tempat dania bersalin.
sampai2 je mintak ngan nurse nak jumpa dr sy*d. nurse cakap doc dah balik. kalau nak jumpa gak kena admit. fine! i said ok la kita masuk wad. sebab dah kalut sangat. tetiba datang sorang doc ni. dr. s*ima.dia ckp kalau admit pon dr sy*d tak kan datang melainkan betol2 emergency. pulak dah. no point la admit malam tu kalau tak dapat jumpa doc. macam2 la. dia suggest suruh bagi dania minum ubat selsema supaya dia tido. masa ni dania dah tertido atas bahu aku. penat sangat menangis kot. sian dia. rasa sayu je tengok dia. so kitorang beli la ubat tuh.
sebab sok nak g KJMC, nak tak nak kena balik umah shah alam amik sume dokumen dania. alhamdulillah dania tdo je sepanjang jalan.
sepanjang malam tu dia tdo. menyusu pon tak sangat. tapi aku la yang tak lena tdo. neves tunggu ari esok. bangun pagi dania gembira. senyum kepuasan sebab tdo lena.check pampers dia. yeay!! akhirnya dia kencing gak. tapi sikit jek. tak macam biasa. so kitorang tetap amik keputusan nak g KJMC.
sampai KJMC we r da fes patient! yeay! tak yah tunggu lama2. doc check dia n suggest admit. doc nak buat ultrasound n observe dania. ok la admit je la. lagipon kitorang guna PMCare. satu sen tak yah bayar. hehe..bila lagi nak guna kn??
sepanjang aritu elok plak dania nye pengencingan. malam tu doc datang check dia n bagitau ultrasound dania ok. pundi tak bengkak. tak de infection pada urine. alhamdulillah. thank God.
so ari khamis dah bole kuar wad. pastu doc suggest amik cream untuk kulit muka dia. pastu untuk rashes bontot pon doc suggest guna cream lain. doc ni bagus. ubat yang dia suggest memang ubat paling bagus. paling bagus tentu lah mahal kn?huhu..nasib baik la guna insurans. kalau tidak botak la kepala ummi n baba.
sepanjang duk kat wad tu macam2 penyakit kanak2 kitorang tengok. masa duk bilik 331, anak cina tu ada infection kat paru2 dia. duk bilik 318 plak, anak kakak tu kena asma n pening sebab tulang hidung dia membesar dengan menyenget. banyak kali pindah bilik sebab aircond. aircond tak berapa sejuk.
apa2 pon memang satu pengalaman yang menakutkan la bila baby nangis sebab kita tak tau apa yang tak kena ngan dia. ye la baby hanya tau nangis jek. sowi la dania. ummi bole jadi lemau plak aritu. bole plak tak pasan dania tak mengencing. huhu..~~


Friday, August 15, 2008

Sepetang di Kenduri Kyra+Ali






Some photos taken at wedding ceremony, Kyra and Ali...