Wednesday, December 17, 2008

Hoho...Balik Kampung!!! Part 1

Salam sume...

Baru la ada masa dan mood untuk bercerita pasal Hari Raya Haji.

Plan punye plan last2 balik gak kami ke Pasir Mas, Kelantan.

Sebenarnya tak plan pon sebab cuak gak takut cuti tak confirm. Ye la seminggu tuh. Asalnya amik cuti pon sebab kena jaga Dania. My mom nak balik kampung untuk kenduri kak Elina, anak Mak Long. Jadi dah alang2 cuti lama baik balik.

Kami bertolak kul 8 am sampai Pasir Mas dalam kul 4 pm. Alhamdulillah sepanjang dalam keta Dania tak meragam. Baik je. Tdo lama plak tuh. Jalan sume clear. Tempat yang kena banjir tu masih nampak lagi kesan2nya. Abes pokok kelapa sawit ditelenggami air. Ada la rasanya sampai lutut orang dewasa. Harap2 hujan dah reda. Bukan apa takut sangkut masa nak balik nanti.

Sampai2 je cik Yah dah ada kat umah Mek. Tok ayah pon ada. Tapi Dania plak meragam. Tak moh ngan sume orang. Asal orang agah nak amik dia je nangis.

Hari Raya Pertama
Pagi2 lagi bangun tolong Mek sediakan juadah nasi kerabu hitam dia. Siap2 kan apa yang patut dan mandikan Dania. Pakaikan gaun untuk dia. Sambil tunggu Baba balik solat kami melantak dulu apa yang patut. Nasib baik la Uncle Sharul baik hati sponsor satay ayam untuk menu pagi kitorang. Perghh...banyak plak tuh. Dalam kul 10, my mom baru sampai Pasir Mas. My mom ni tak suka naik keta. Rasa2nya dah 10 tahun gak la dia naik tren bila nak balik kampung. Lepas amik dia, bagi dia berehat mandi2 kami gerak ke umah cik Yah.

Tahun ni my mom je yang buat korban. Me? blom ada rezki lagi. Sampai kat umah cik Yah orang sume dah siap korban. Tinggal nak asing2 kan daging ikut bahagian masing2. Tahun ni serius tak berbaloi. sebabnya cuma dapat daging sikit je. agaknya lembu kecik kot. rega sekilo jadi mahal plak. nak wat makan2 pon tak lepas. tak pe la may be tak de rezki nak menjamu orang. Kami makan tengah hari hasil daging korban tadi. Cadangnya lepas balik dari umah cik Yah ingat nak g umah pengantin baru, Gjol n Aniza. Tapi sang Gjol ni plak tak angkat tepon. Plus masa tu ujan lebat gla. terus cancel plan nak jenjalan.

Hari Raya Kedua
Seperti biasa kalau balik kampung mesti melawat ke umah mak aji (nenek sebelah abah). Lagipon dia tak penah jumpa Dania lagi. Kami pergi beramai2 i mean not only us but my mek and our cousin, Muis. Jadi penuh la satu keta. Sebelum tu kami ke umah Mek Sah(kakak Abah) dulu. Jumpa my cousins -Abang Long and Ramzi. Oowhh...derang sume tengah tunggu Kak Nun sampai rupanya. Maknanya kena datang lagi sekali la sebab nak jumpa Kak Nun.

Piccas during our visit:

Nurul and Dania

My mom and Mek

Mak Aji bz tengok gelagat Dania

Petang tu lepas hantar my mom baru lah kami berkesempatan melawat pengantin baru. Sian Ija. Berarak di tengah2 banjir. Abes basah baju pengantin dia. Dapat la tengok pic kenduri derang sebab album kahwin dah siap kan. Ija bukan main tembam skang. Nampak berisi. Tandanya bahagia kan. Btw, selamat pengantin baru. sori la tak dapat datang hari kenduri.

To be continued...

2 comments:

Syeda said...

mien, wish u cud join the BBQ aritu
boleh bawak Dania and kitorg leh main ngn die

tp on another note, tkpela. sbb asap BBQ aritu mmg sangat tebal and tmpt tu bising sgt ngn muzik Tamil yg kuat gile. haha.

krg Dania pening laks.

wait for the next gath. makesure kali ni free k!

ummi mien said...

tu la.frust sgt tak dpt join. hahaha...baca gak ur entry and ani psl bbq tuh. yeah...next time mesti join. n hopefully my lil princess dah bole jalan.hehe...