Monday, December 27, 2010

nota ari pertama

Bestnya ari ni. Mana tak nya minggu ni aku akan bercuti semingguuuu!

hahaha...pagi tadi rileks je bangun lambat. ngan hubby skali lambat bangun g keja. ye la semalam kitorang gerak lewat dari rasah. tunggu hubby berurut ngan tukang urut cina. leka punye leka jam dah kul 12 tgh mlm baru terhegeh2 nak gerak balik.

rancangan asal pagi ni nak g daftar check up kat klinik kesihatan presint 9 nih, tapi dah bangun lambat terus tak jadi. pastu konon nak g petang, tetiba rasa malas berganda2 lagi sebab memikirkan takut nurse tu tak bagi daftar waktu petang.

sambil nak tunggu ke petang, layan je la dulu cite kartun pagi.kebetulan ada cite naruto shippuden layan je la sambil2 makan sarapan. dah lama sangat tak tengok naruto ni. dulu aku follow setiap episod. gara2 hubby and muniza la aku terpengaruh tengok cite nih. sejak bersalin kan Dania, cite anime yang berepisod2 ni aku dah tak follow langsung. cite sket pasal kisah naruto tadi, kali ni naruto cuba selamatkan cikgu kakashi daripada menjadi korban wasiat api. mula2 tu kengkawan dia sume bantah tindakan dia. tapi sebab naruto ni memang seorang yang tidak berputus asa dan pegang kata2 cikgu dia, memang dia buat dek je apa kengkawan dia buat. Last2 baru la kengkawan dia paham kenapa dia bertindak macam tu. Ending dia mesti la naruto dan kengkawan dia menang.

ok apa yang aku nak cite kan, kalu tengok dari perspektif lain, naruto tu mewakili bangsa Jepun yang terkenal dengan sikap tak penah berputus asa dan pegangan kuat. kengkawan naruto tu plak adalah bangsa2 lain. bila Jepun yang dahulunya pernah musnah akibat perang dunia dan seterusnya bangkit menjadi kuasa ekonomi, semua bangsa mula mempercayai bahawa kemusnahan yang terjadi tu mampu membangkitkan semangat untuk menjadi yang terbaik. sebab tu la Dr. M menyarankan kita supaya menghidupkan semula Dasar Pandang Ke Timur. untuk menjadi bangsa yang terbilang kita kena lah bersikap seperti bangsa Jepun, iaitu tidak pernah mengenal putus asa. ini telah dibuktikan oleh beberapa pengasas jenama terkenal daripada negara matahari terbit itu sendri.

jadi itu la yang aku nampak daripada pembinaan watak dalam kartun anime Jepun. setiap produk sesebuah negara dah tentu mewakili sifat bangsa tu sendri.

apapun arini aku dah berjaya gak setelkan saman speeding. harap2 tak de masalah lagi bila nak renew road tax bulan 2 nanti.

btw, aku rasa tahun 2010 ni banyak peraturan yang aku langgar. mana tak nye aritu bole sangkut renew road tax aku selamba kodok je drive keta tuh. siap pegi merata2(area Selangor je la). ada la sebulan gak amik masa nak renew. sebab aku last min minta tolong member dapatkan disc saman aku yang dah kena black list.

pastu bole plak 2 minggu lepas aku baru pasan lesen keta aku dah mati. adooii... dah tau tu aku tangguh gak renew. aku tunggu bila cuti baru aku renew. huhuhu...

teruk nye aku sepanjang 2010. dulu tak penah serileks ni. dan sume duit blanja tu guna duit sagu hati yang baru dapat. tapi tak pe 2 saman yang aku bayar tadi tu aku nak claim balik kat hubby. tunggu bonus dia masuk siap la kuar bajet claim aku.muahahahah....

apa aktiviti esok plak? kiiitaaa pegi Wet World Shah Alam!!!! sebab dah janji ngann lil D dan Alif.

ok la nak g mengemas2 baju dan perkakas. maklum la malam ni dan malam sok nak tdo umah parents kat KJ. daaaaaaaaaaa.....

1 comment:

Piza said...

Salam Mien...do take care pf urself and baby yea...bestnye coti 90 hari nanti!