Thursday, December 23, 2010

Beza Yang Pertama dan Yang Kedua

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah 7 minggu kot aku mengandung. bole plak kot2 kan. mengandung kali ni aku tak sempat nak tepek benda alah yang counting days tu.

Betol orang kata setiap anak yang kita kandung tu ada pengalaman yang berbeza2. Kali ni memang sangat ketara. Mual tu kekadang je. Tak macam yang dulu, ari2 mual, muntah sampai lembik. Kali ni datang selang ari2. Mungkin percubaan aku untuk stabilkan hormon berjaya kot mengawal rasa mual tuh.

Taaapii dulu aku larat je nak masak dinner masa ngadungkan Dania. Kali ni langsung aku tak bole nak masak sebab rasa muak dan tak bole nak merasa apa yang aku masak. Ada sekali tu gagahkan diri gak untuk masak, end up aku tak lalu makan.

Jaadii, ari2 la kami bertapau. Makan pon apa yang ada. Sian Dania. Dia la paling terkesan bab2 ni. Sebab dia suka makan apa yang aku masak (owh! tetiba memuji masakan sendri) . Doa aku harap2 la situasi ni untuk 1st trimester je.

Apapun aku suka mengangdung tahun ni. Sebab ada ramai gang. Kawan sekolah, kawan seopis sume lengkap. Cuma aku tak jumpa lagi kawan seuni aku. Adakah? hahahaa...

Yang pasti kat opis ni satu seksyen aku ni aje dah 6 orang(ni blom termasuk seksyen2 lain)! muaahahha...kami sume dah pakat nak hentam cuti 90 ari. yaaaahoooo!!!

Tu blom termasuk lagi yang baru nak naik pelamin. Silap2 join skali. (*nim, jangan mare ye!)

Yang aku paling teruja tu sbb kat opis aku ni ada sorang bos kitorang nih. Dia dah lama kawen tapi baru ni ada rezki mengandung. seronok kan? mungkin berkat dia g umrah aritu Allah perkenan kan doa dia. Aku tengok bukan main hepi lagi dia bila dia dengar kitorang seopis ni pon mengandung.

Haiih...ponat dah mengira. apapun harap dipermudahkan perjalanan kami semua. Amin.

6 comments:

Mimiamilia said...

alhamdulillah..take a good care of urself and baby yer min. moga dimudahkan perjalanan utk yg kedua ni

lydzar said...

musim mengawan la tu bak kata orang kan..peknen ramai2..pastu maternity leave ramai..bos pening kepala nk carik sape ganti buat kerja hahaha

Rose said...

Tahniah Min....Take care OK

.: Ain aka Ibu Qaisara.. :. said...

take care eh min! aku pun nak join korang ni..ermmm..taun depan! hehehe..

dbalkis said...

beb..email aku wei..aku dah takde no hp ko

ummi mien said...

kak mimi, tq for ur doa! Amin.

Lydzar, tu la pasal. kitorang expect sure nanti bos akan meroyan bila sume pakat cuti 90 ari.muahahaha

wan rose, tq!

ainie, hahaah...join jgn x join.

dayang, wah hp baru ke? guna no hp yang sama lagi kan? aku dh emel dh kat gmail ko.