Friday, November 26, 2010

BTN

Ni plak aku nak share pasal kursus BTN. bila sebut je tiga huruf tu mesti orang terpk kursus yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal tahap gaban. sebenarnya BTN ni ada modul tertentu. macam yang aku pegi ni modul kenegaraan.

Modul ni memang wajib diikuti oleh semua penjawat awam. nak tau nape? pada pendapat aku, kalu kita nak berkhidmat untuk negara kita, kita kena kenal la negara kita sendiri kan?

Alhamdulillah bila dah pegi kursus ni banyak persoalan isu-isu hangat yang berdegar2 di negara kita telah terjawab.

Sepanjang kursus kitorang diperkenalkan dengan Perlembagaan. Kalu kita imbas atau selak2 surat khabar Perlembagaan ni macam besa dengar je kan. tapi berapa ramai yang tau isi kandungannya? malah melihatnya di mana2?

Kursus Kenegaraan ni yang mengupas sejarah wujud nya Perlembagaan dan bagaimana ia dihasilkan.

Jadi pada sape2 yang rasa hak-hak istimewa orang melayu dan hak-hak kaum lain boleh dipinda, kita boleh rujuk pada Perlembagaan. di situ ada diterangkan perkara tersebut di bawah kuasa siapa dan kenapa ia tidak boleh dipinda.

pada aku, memang aku tak berpihak pada sape2. tapi apapun macam fasi aku cakap, kita mesti tahu fakta baru boleh bercakap.

sebagai penjawat awam adalah menjadi tugas kita untuk tahu fakta dan menyampaikan kepada orang awam. malah usaha untuk menidakkan btn adalah salah satu usaha mereka yang tidak mahu sesuatu fakta itu dihebahkan.

dan bila dah belajar kenegaraan ni, kita akan mula rasa sayang dengan nilai kemerdekaan yang kita kecapi, usaha2 untuk menimbulkan sensitiviti kaum, menaikkan kemarahan sesebuah kaum adalah salah satu usaha kecil untuk meruntuhkan kemerdekaan yang kita ada hari ini.

ingat lah sesebuah bangsa yang tidak kenal sejarah dalam sekelip mata sahaja bangsa itu lenyap di muka bumi. itu lah berlaku di Iraq. dan Iraq skang ni hanya tinggal kenangan. jadi kita kena ingat nilai merdeka dan kedaulatan itu sangat sangat sangat mahal harganya. jangan la disebabkan kita tamak, semuanya tergadai.

jadi sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan kemerdekaan negara ini, saya menyeru anda semua menyertai kursus ini. syarikat2 swasta digalakkan untuk mendidik pekerja mereka dalam aspek kenegaraan ini. kesimpulannya, aku n kengkawan bole cakap pegi btn berkali2 ganda best daripada pegi induksi sebab kat btn ni betol2 diberi penghayatan betapa pengtingnya kita menghargai apa yang ada di hadapan mata kita sekarang ini.

have a nice weekend u ols!

No comments: