Friday, August 17, 2012

Salam Eid

Syukur ke hadrat Allah kita dah sampai ke penghujung Ramadhan. Bila dah hujung ni mood nak bersahur dan berbuka dah hilang diganti dengan kepenatan untuk bersiap2 pulang ke kampung.

Siyes semalam saya dan hubby dah tak tau nak makan apa. Last2 hubby minta beli ayam KFC untuk berbuka. Daging salai masak lomak dan murtabak tu memang dah tolak ketepi.

Memandangkan raya pon dah hampir, saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua, i.e rakan-rakan, keluarga. Mohon maaf sekiranya ada tersilap bahasa dan tersalah cakap serta perbuatan.

Semoga perjalanan ikhlas kita untuk kembali ke kampung diberkati oleh Allah S.W.T. Yeah...rasa tak sabar nak balik kampung. Walaupun kepulangan kita agak singkat tetapi kehadiran kita amat dinantikan. Jadi nikmati lah momen2 itu.

xoxo
mien

No comments: