Tuesday, January 28, 2014

Pemergian Pn Rohani Bt Wahab

Selesai sudah bacaan Yasin saya untuk Pn. Rohani Bt Wahab.

Rasa sebak sebab pemergian beliau yang amat singkat. Pn Rohani adalah isteri kepada ayah saudara sebelah suami. Panggilan mesra adalah Mak Ngah. Sememangnya perkenalan saya dengan arwah memang dah berada dalam keadaan berkerusi roda. Difahamkan beliau menghidapi sakit buah pinggang sejak bersalinkan anak bongsu. tak silap tahun 1987 beliau didiagnos dan masih berkhidmat dalam kerajaan sehingga menghadapi serangan strok baru la beliau mengambil opsyen pencel awal.

Jadi selama 27tahun Mak Ngah perlu menjalani dialisis darah dan hari ini Mak Ngah pergi buat selama-lamanya.

Baru semalam suami saya beritahu yang Mak Ngah dah sedar dan tekanan darah kembali normal. Tak sangka Mak Ngah sedar untuk masa yang singkat dan Allah lebih menyayangi Mak Ngah.

Apapun Mak Ngah memang seorang yang kuat dan rasa syukur sebab suami dan anak-anak setia menunggu Mak Ngah sehingga akhir hayat. Semoga urusan pengemubian dipermudahkan dan Al-fatihah buat arwah.







Thursday, January 23, 2014

Impian

Seronok kalau bercerita tentang impian atau kekadang orang lebih gemar kata angan atau mimpi.

Sebab bila kita duk memikir impian tu mesti akan rasa berkobar-kobar je dan terus rasa positif yang suatu hari nanti kita akan peroleh impian tersebut.

Apa impian saya?

Satu nak jadi isteri dan ibu yang contoh kepada anak-anak. Doa saya selepas solat harap dipanjangkan umur untuk dapat membesarkan mereka.

Dua saya nak berusaha untuk membina kerjaya sebagai jurutera elektrik. Yang ni memang sedang gigih diusahakan. Saya sangat sayang dengan kerjaya yang satu ni. Sebab saya bangga ok menjadi jurutera walaupun orang kata memang tak berapa nak kaya la jadi jurutera.hahaha sebab fee sikit.

Tiga eh banyak plak. kata pun impian kan. hehhee...mesti la nak kaya. tadi kata jadi jurutera tak berapa kaya ni bole plak buat penyataan nak kaya. niat nak kaya tu mesti la kena betul. Yang ni tak de kaitan dengan yang no. 2 tapi sedang cuba untuk bisnes melalui online. Nak jadi kaya bukan untuk diri sendiri tetapi untuk bantu orang susah sebab kita kena percaya pada prinsip rezeki yang diterima hendaklah dibahagi-bahagikan. Insya-Allah.

Jom kita praktis untuk sentiasa pegang pada impian yang kita dah set ni. Percaya apa yang Allah dah janjikan pada umatnya yang sentiasa dan tidak berhenti berusaha. Bila kita ditimpa musibah atau gagal jangan pula kita berhenti berusaha. Insya-Allah ganjaran yang hebat menanti pada kita yang kita pun tidak tahu. Cuma apa yang kita tahu hanyalah berusaha dan teruskan berusaha.

Jumpa lagi.

Monday, January 13, 2014

hi there!

New Year sudah,

Maulud Nabi pun esok,

Selang tiga hari Thaipusam plak,

saya baru nak kemaskini blog nih. hehehee...

alkisahnya tak berblog setahun yang lepas sebab akses yang lembap di tempat kerja. jadi mood berblog merudum.

tetiba arini kawan sebelah kata blog dah boleh akses apalagi...jeng jeng.

pantas jari ini menaip.

azam tahun ini;

1. memperbaiki kualiti kesihatan, sebab umur pon dah masuk 3 series, jadi kena la ada kesedaran.
2. Insya-Allah nak menambah ahli keluarga.berdebar2 nih maklum le dah rehat 2 tahun lebih.

rasanya cukup le tuh. untuk karier plak alahai malas nak letak sasaran. mungkin dulu masa bekerja swasta saya sangat berkobar-kobar malah gaji tinggi adalah sasaran yang paling top. tapi bila dah masuk sektor awam ni, perasaan nak naik pangkat tu agak kureng disebabkan politik kerja tu lagi hebat. Jadi untuk tahun ini saya letakkan sasaran tu ditempat lain plak. jeng jeng lagi. Yeah saya memang sedang sibuk mencari peluang lain untuk menambah pendapatan. Sudah sampai masanya saya tidak perlu bergantung pada karier yang satu ini. sememangnya tiada kepuasan bila kerjaya makan gaji ini membelengu diri. Tengok rakan2 lain dah kejauh depan jadi saya tak nak le ketinggalan. Moh kita berbisnes.

Tahun lepas adalah tahun yang tidak begitu baik buat diri saya. Nampaknya kena usaha gigih lagi dan sentiasa rapat disisiNya agar murah rezeki dan sentiasa dibawah lindungan-Nya.Amin.

P/s:sedang mengusahakan blog baru,tunggu yea.