Monday, January 13, 2014

hi there!

New Year sudah,

Maulud Nabi pun esok,

Selang tiga hari Thaipusam plak,

saya baru nak kemaskini blog nih. hehehee...

alkisahnya tak berblog setahun yang lepas sebab akses yang lembap di tempat kerja. jadi mood berblog merudum.

tetiba arini kawan sebelah kata blog dah boleh akses apalagi...jeng jeng.

pantas jari ini menaip.

azam tahun ini;

1. memperbaiki kualiti kesihatan, sebab umur pon dah masuk 3 series, jadi kena la ada kesedaran.
2. Insya-Allah nak menambah ahli keluarga.berdebar2 nih maklum le dah rehat 2 tahun lebih.

rasanya cukup le tuh. untuk karier plak alahai malas nak letak sasaran. mungkin dulu masa bekerja swasta saya sangat berkobar-kobar malah gaji tinggi adalah sasaran yang paling top. tapi bila dah masuk sektor awam ni, perasaan nak naik pangkat tu agak kureng disebabkan politik kerja tu lagi hebat. Jadi untuk tahun ini saya letakkan sasaran tu ditempat lain plak. jeng jeng lagi. Yeah saya memang sedang sibuk mencari peluang lain untuk menambah pendapatan. Sudah sampai masanya saya tidak perlu bergantung pada karier yang satu ini. sememangnya tiada kepuasan bila kerjaya makan gaji ini membelengu diri. Tengok rakan2 lain dah kejauh depan jadi saya tak nak le ketinggalan. Moh kita berbisnes.

Tahun lepas adalah tahun yang tidak begitu baik buat diri saya. Nampaknya kena usaha gigih lagi dan sentiasa rapat disisiNya agar murah rezeki dan sentiasa dibawah lindungan-Nya.Amin.

P/s:sedang mengusahakan blog baru,tunggu yea.

No comments: