Wednesday, January 2, 2013

Hola 2013 ;)

Syukur ke hadrat Allah kerna diri ini masih berpeluang untuk melangkah ke tahun seterusnya.

Itu sahaja sudah mampu buat saya tersenyum. Jadi azam tahun ini adalah untuk sentiasa senyum dengan apa jua cabaran yang mendatang.

Yeah...untuk tahun 2013 saya telah merencanakan perpindahan. Perasaan tidak sabar untuk melangkah ke tempat lain. Cukup rasanya tiga (3) tahun menjadi warga di sini. Baiklah saya berhijrah untuk melihat dunia luar. Sebab itu lah saya berasakan syukur yang amat dan mengharapkan sinar di tempat yang baru.

Tentang anak-anak, erm mereka belum lagi memahami apa erti azam. jadi emak nya la yang tolong azamkan derang. Azam untuk anak2 ialah memperbanyakkan sesi solat berjemaah. Insya-Allah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan bacaan Yasin 2 kali sebulan. Kita letak yang rendah dulu agar bila dah capai boleh la dipertingkatkan. Harap azam ini dipermudahkan dan masa untuk keluarga seimbang dengan tuntutan kerjaya dan keluarga.

Tiba masa untuk balik. Rasa penat melihat kerja yang masih bertimbun. Harap2 semua telah menanam azam. Walaupun rambut sama hitam sudah tentu azam kita berlainan bukan?hehehe...