Showing posts with label Gossip LRT. Show all posts
Showing posts with label Gossip LRT. Show all posts

Wednesday, February 25, 2009

Tren Security

Arini maseh maseh datang lambat lagi. isk...isk...saya memang memaki hamun manusia yang suka bz body di atas jalan raya. Pagi yang hujan tadi dengan kekalutan paip rumah saya yang pecah ditambah pulak dengan eksiden keta terbakar memang buat timing saya lari sebanyak 30minit. Tensi btol la.

Itu baru intro jek. hehhe...

Cite sebenarnya masa naik tren LRT tadi, kalu tak silap pintu tren kami terbuka sedikit selepas stesen Asia Jaya. Mat salleh yang jadi pembikin drama ni bole buat bodo je. Si pelakon cuak amoi 2 orang ni plak tak abes2 geleng kepala sebab seram takut pintu tren terbukak luas. dan saya serta yang lain2 pelakon tambahan buat muka coooll ala2 sivaji the boss. Rileks je la sebab nanti next station pintu tu akan tutup gak(ada la dalam 4 stesen baru pintu tu tutup balik)

Apa yang nak dicitekan sebalik kejadian tu, sememangnya keselamatan tren LRT tak dijamin. Ini dari input yang saya kutip la. Kita mula dari door system. Pintu LRT tu memang bole sesuka hati dibuka dan ditutup ketika tren bergerak. Eksperimen ini saya lihat sendri masa praktikal dulu. Staff LRT sendri buat demo tuh. Kiranya system alarm tren tersebut tak boleh nak stop kan tren kalu pintu tu dibuka dengan sengaja. Jadi kita dah bole agak sejauh mana kredibiliti scensor dan system tuh bole beroperasi. Memang tak bole dijamin!

Kedua, cermin tingkap tren. Boleh dikatakan setiap kali sambutan merdeka/tahun baru, pihak tren menanggung kerugian sebab kena ganti cermin tingkap. Pada sape2 yang penah cuba celeb dua2 event ni derang bole imagine macam mana keadaan tersebut. Maknanya cermin tingkap tu tak bole menahan asakan manusia serta apa jua bentuk vandalisme ke atasnya. paling kurang pon orang ketuk ngan tangan/ botol spray kan? gosh...juz imagine tren tu terbalik dari landasan, dengan momentum dan daya graviti yang tinggi bolehkah cermin tu menahan mangsa? jawapannya sudah tentu tidak. saya berharap sangat la pihak tren LRT dapat meningkatkan kualiti bahan tren. harap2 nya gerabak baru tidaklah sebegini kualiti nya.

Friday, January 30, 2009

Peristiwa Semalam

6.00 pm

ting...stesen Ampang Park.

dush dush dush...OK dapat selit masuk

6.05 pm

Okk oowww...saya telah berada di tengah2 mat2 indon.

uhuk...uhuk...bau parfume mereka amat memeningkan kepala saya. whatever.huhu...

6.15 pm

ting...stesen dang wangi

dush dush dush...manusia berpusu2 keluar dan menyelit2 masuk

tetiba ada sorang mat indon dengan muka tak malu nye menyempit kat tempat duduk budak kecik itu

budak kecik itu dengan muka tak puas hati "fine! saya duk kat tempat mak saya"

dan mat indon tu plak wat muka tak bersalah

tapi saya, hehe...seperti besa tidak pernah berubah, sentiasa slumberland memaki hamun orang. mine u. it's public area!!! kurang hajar!!! amik ko.

mat indon tu memang muka sepeet sampai le dia turun kat Pasar Seni. last shoot from saya- berambus ko!!

muaahhaha....

padan muka. ingat negara ni macam negara ko? suka2 ati nak lompat tren or himpit2 orang? sedar lah skit kamu tu pendatang.



Monday, October 20, 2008

Obsesi

Arghh!! Lambat lagi. Dua tiga hari ni asyik lambat je. Naik tren kul 7.30am memang jawabnya akan sampai laaammbaat.

Tips untuk pengguna LRT: Sila naik tren sebelum pukul 7.30 am untuk mengelak dari sampai lewat ke opis. Diingatkan tips ini berguna bagi sape yang masuk opis pukul 8/8.30 am OK.

Bila dah lambat ni memang terpaksa bersesak dalam tren. Saya mencari2 muka2 yang besa nampak dalam tren. Ouch! Saya terperasan sorang minah ni. Aii..besa dia dapat seat dalam tren.
Hari ni nampaknya dia kena berdiri. Seronoknya bila tengok minah ni tak dapat duduk.heehe (keji tak saya?)

Bila sampai je kat Masjid Jamek, sorang uncle ni bangun dari tempat duduk. Uiishh..minah ni bukan main lagi. Dia cuba berasak2 nak dapatkan tempat duduk. Dengan tak disangka2 sorang amoi datang menyelinap di tepi minah ni lalu dengan muka seposen dia duduk. Hahhaah..best best.

Elok sampai Dang Wangi, amoi tadi pon bangun. Minah ni plak dengan muka konfiden nya "kali ni mesti aku dapat duduk" menapak setapak untuk duduk tapi telah dihalang oleh sorang makcik. Sekali lagi best best. Minah ni tak dapat duduk sehingga lah dia turun di KLCC.

Owwhh..seronoknya perjalanan tren untuk hari itu sebab dapat tengok sorang yang obses ngan tempat duduk dalam tren tak dapat duduk sampai ke sudah.muahhaahha...

P/S: entry ni sangat keji kan?hahahahah..