Hi sume,
Arini nak berkongsi kerisauan saya dengan perumahan mak ayah di SS7. dah macam2 cerita hal yang tak best terjadi. Saya sebagai anak naik risau mengenangkan mak ayah kita duduk dalam persekitaran begitu.
Terbaru kereta menantu jiran kami kena pecah. Siap bonet terbuka bagai.
Bulan lepas, kereta kawan adik saya kena curi.
Dua bulan lepas, perempuan bujang yang menyewa kat lorong sebelah kena ragut semasa nak keluar bekerja pukul 7 pagi.
Disebabkan perumahan lama jadi tak de la macam perumahan sekarang yang bergate dan ada pengawal.
Bila dilihat perumahan lama lain yang cuba nak bergate dan berguard dibuat, tak de la menjadi sangat. Lagi sakit hati ada lah. huhu...mana tak nye tak de siapa pun yang berjaga.
Ikutkan sayang untuk berpindah ke tempat lain. Nak pulak ayah saya akan pencen tahun depan jadi tak kan le nak bebankan beli rumah lain.
Cadangan saya pada mereka keluarkan modal sikit seorang dan pasang cctv pada setiap jalan. Tak pe la keluar sedikit duit asalkan mereka yang buat onar ni dapat ditangkap dan segera insaf.
Adik saya beritahu yang kesemua kejadian curi dan pecah kereta dibuat sewaktu pukul 2 pagi. Memang semua masih lena kecuali adik saya yang suka balik lewat sebab lepak di kedai mamak.
Nak harap ada orang berjaga macam RELA tu rasanya tak mungkin sebab semua dah kategori umur 55 ke atas. Anak2 pula semua dah berkeluarga dan hidup sendiri.
Macam korang semua ada tak yang berhadapan dengan situasi di atas. Mana tau boleh kita kongsi dan cari jalan penyelesaian.
No comments:
Post a Comment