Thursday, June 26, 2014

hunting for wood and steel furniture

haa...

selepas lunch di Jibby & Co, terus jatuh chenta dengan perabot kayu cium besi nih. heh

siyes...sangat suka sebab nampak ringkas dan klasik dan tradisional dan aaargghh... cuma tang kayu tu nak kena jaga.

mata I ni dah blink2 dan teruja nak menukar perabot. cadangan asal nak guna kayu pallette je.

tapi rasa ragu2 dengan keutuhan kayu pallette ni. ceh dah macam structure eng plak. plus I ni suka simbah air masa mop lantai, jadi rasanya kayu pallette ni tak berapa sesuai dengan hobi I yang satu itu. adoi la. confirm kembang punye kan.

jadi bila tengok perabot di Jibby & co tu memang terus tangkap cintan lah. siap tanpa segan silu tanya owner kat mana dia beli perabot tu.hahaha... dengan tenang Pn Marina tu jawab, semuanya saya design sendiri. syiiookknya

ok. tak mo cite banyak. tunggu je la ye entry yang impian ini menjadi realiti.

future reference:

Jibby & Co, Empire, Subang
Wood & Steel, The Strand, Kota Damansara


Monday, June 9, 2014

Perumahan SS7

Hi sume,

Arini nak berkongsi kerisauan saya dengan perumahan mak ayah di SS7. dah macam2 cerita hal yang tak best terjadi. Saya sebagai anak naik risau mengenangkan mak ayah kita duduk dalam persekitaran begitu.

Terbaru kereta menantu jiran kami kena pecah. Siap bonet terbuka bagai.

Bulan lepas, kereta kawan adik saya kena curi.

Dua bulan lepas, perempuan bujang yang menyewa kat lorong sebelah kena ragut semasa nak keluar bekerja pukul 7 pagi.

Disebabkan perumahan lama jadi tak de la macam perumahan sekarang yang bergate dan ada pengawal.

Bila dilihat perumahan lama lain yang cuba nak bergate dan berguard dibuat, tak de la menjadi sangat. Lagi sakit hati ada lah. huhu...mana tak nye tak de siapa pun yang berjaga.

Ikutkan sayang untuk berpindah ke tempat lain. Nak pulak ayah saya akan pencen tahun depan jadi tak kan le nak bebankan beli rumah lain.

Cadangan saya pada mereka keluarkan modal sikit seorang dan pasang cctv pada setiap jalan. Tak pe la keluar sedikit duit asalkan mereka yang buat onar ni dapat ditangkap dan segera insaf.

Adik saya beritahu yang kesemua kejadian curi dan pecah kereta dibuat sewaktu pukul 2 pagi. Memang semua masih lena kecuali adik saya yang suka balik lewat sebab lepak di kedai mamak.

Nak harap ada orang berjaga macam RELA tu rasanya tak mungkin sebab semua dah kategori umur 55 ke atas. Anak2 pula semua dah berkeluarga dan hidup sendiri.

Macam korang semua ada tak yang berhadapan dengan situasi di atas. Mana tau boleh kita kongsi dan cari jalan penyelesaian.

Wednesday, May 21, 2014

here i am

erk the clock shows 7 pm and i'm still in the office.

adoi...could not take it anymore. what else should i do?

huhuhu... a bundle or bulk of WORKS, whatever term it is really make me feel tired.

praying hard to God and keep saying I can SURVIVE! this is small thingy.

ok i should go back now to pick my child. 


Tuesday, January 28, 2014

Pemergian Pn Rohani Bt Wahab

Selesai sudah bacaan Yasin saya untuk Pn. Rohani Bt Wahab.

Rasa sebak sebab pemergian beliau yang amat singkat. Pn Rohani adalah isteri kepada ayah saudara sebelah suami. Panggilan mesra adalah Mak Ngah. Sememangnya perkenalan saya dengan arwah memang dah berada dalam keadaan berkerusi roda. Difahamkan beliau menghidapi sakit buah pinggang sejak bersalinkan anak bongsu. tak silap tahun 1987 beliau didiagnos dan masih berkhidmat dalam kerajaan sehingga menghadapi serangan strok baru la beliau mengambil opsyen pencel awal.

Jadi selama 27tahun Mak Ngah perlu menjalani dialisis darah dan hari ini Mak Ngah pergi buat selama-lamanya.

Baru semalam suami saya beritahu yang Mak Ngah dah sedar dan tekanan darah kembali normal. Tak sangka Mak Ngah sedar untuk masa yang singkat dan Allah lebih menyayangi Mak Ngah.

Apapun Mak Ngah memang seorang yang kuat dan rasa syukur sebab suami dan anak-anak setia menunggu Mak Ngah sehingga akhir hayat. Semoga urusan pengemubian dipermudahkan dan Al-fatihah buat arwah.







Thursday, January 23, 2014

Impian

Seronok kalau bercerita tentang impian atau kekadang orang lebih gemar kata angan atau mimpi.

Sebab bila kita duk memikir impian tu mesti akan rasa berkobar-kobar je dan terus rasa positif yang suatu hari nanti kita akan peroleh impian tersebut.

Apa impian saya?

Satu nak jadi isteri dan ibu yang contoh kepada anak-anak. Doa saya selepas solat harap dipanjangkan umur untuk dapat membesarkan mereka.

Dua saya nak berusaha untuk membina kerjaya sebagai jurutera elektrik. Yang ni memang sedang gigih diusahakan. Saya sangat sayang dengan kerjaya yang satu ni. Sebab saya bangga ok menjadi jurutera walaupun orang kata memang tak berapa nak kaya la jadi jurutera.hahaha sebab fee sikit.

Tiga eh banyak plak. kata pun impian kan. hehhee...mesti la nak kaya. tadi kata jadi jurutera tak berapa kaya ni bole plak buat penyataan nak kaya. niat nak kaya tu mesti la kena betul. Yang ni tak de kaitan dengan yang no. 2 tapi sedang cuba untuk bisnes melalui online. Nak jadi kaya bukan untuk diri sendiri tetapi untuk bantu orang susah sebab kita kena percaya pada prinsip rezeki yang diterima hendaklah dibahagi-bahagikan. Insya-Allah.

Jom kita praktis untuk sentiasa pegang pada impian yang kita dah set ni. Percaya apa yang Allah dah janjikan pada umatnya yang sentiasa dan tidak berhenti berusaha. Bila kita ditimpa musibah atau gagal jangan pula kita berhenti berusaha. Insya-Allah ganjaran yang hebat menanti pada kita yang kita pun tidak tahu. Cuma apa yang kita tahu hanyalah berusaha dan teruskan berusaha.

Jumpa lagi.

Monday, January 13, 2014

hi there!

New Year sudah,

Maulud Nabi pun esok,

Selang tiga hari Thaipusam plak,

saya baru nak kemaskini blog nih. hehehee...

alkisahnya tak berblog setahun yang lepas sebab akses yang lembap di tempat kerja. jadi mood berblog merudum.

tetiba arini kawan sebelah kata blog dah boleh akses apalagi...jeng jeng.

pantas jari ini menaip.

azam tahun ini;

1. memperbaiki kualiti kesihatan, sebab umur pon dah masuk 3 series, jadi kena la ada kesedaran.
2. Insya-Allah nak menambah ahli keluarga.berdebar2 nih maklum le dah rehat 2 tahun lebih.

rasanya cukup le tuh. untuk karier plak alahai malas nak letak sasaran. mungkin dulu masa bekerja swasta saya sangat berkobar-kobar malah gaji tinggi adalah sasaran yang paling top. tapi bila dah masuk sektor awam ni, perasaan nak naik pangkat tu agak kureng disebabkan politik kerja tu lagi hebat. Jadi untuk tahun ini saya letakkan sasaran tu ditempat lain plak. jeng jeng lagi. Yeah saya memang sedang sibuk mencari peluang lain untuk menambah pendapatan. Sudah sampai masanya saya tidak perlu bergantung pada karier yang satu ini. sememangnya tiada kepuasan bila kerjaya makan gaji ini membelengu diri. Tengok rakan2 lain dah kejauh depan jadi saya tak nak le ketinggalan. Moh kita berbisnes.

Tahun lepas adalah tahun yang tidak begitu baik buat diri saya. Nampaknya kena usaha gigih lagi dan sentiasa rapat disisiNya agar murah rezeki dan sentiasa dibawah lindungan-Nya.Amin.

P/s:sedang mengusahakan blog baru,tunggu yea.