Thursday, January 23, 2014

Impian

Seronok kalau bercerita tentang impian atau kekadang orang lebih gemar kata angan atau mimpi.

Sebab bila kita duk memikir impian tu mesti akan rasa berkobar-kobar je dan terus rasa positif yang suatu hari nanti kita akan peroleh impian tersebut.

Apa impian saya?

Satu nak jadi isteri dan ibu yang contoh kepada anak-anak. Doa saya selepas solat harap dipanjangkan umur untuk dapat membesarkan mereka.

Dua saya nak berusaha untuk membina kerjaya sebagai jurutera elektrik. Yang ni memang sedang gigih diusahakan. Saya sangat sayang dengan kerjaya yang satu ni. Sebab saya bangga ok menjadi jurutera walaupun orang kata memang tak berapa nak kaya la jadi jurutera.hahaha sebab fee sikit.

Tiga eh banyak plak. kata pun impian kan. hehhee...mesti la nak kaya. tadi kata jadi jurutera tak berapa kaya ni bole plak buat penyataan nak kaya. niat nak kaya tu mesti la kena betul. Yang ni tak de kaitan dengan yang no. 2 tapi sedang cuba untuk bisnes melalui online. Nak jadi kaya bukan untuk diri sendiri tetapi untuk bantu orang susah sebab kita kena percaya pada prinsip rezeki yang diterima hendaklah dibahagi-bahagikan. Insya-Allah.

Jom kita praktis untuk sentiasa pegang pada impian yang kita dah set ni. Percaya apa yang Allah dah janjikan pada umatnya yang sentiasa dan tidak berhenti berusaha. Bila kita ditimpa musibah atau gagal jangan pula kita berhenti berusaha. Insya-Allah ganjaran yang hebat menanti pada kita yang kita pun tidak tahu. Cuma apa yang kita tahu hanyalah berusaha dan teruskan berusaha.

Jumpa lagi.

No comments: