Sunday, October 11, 2009

Raya EDiSi 2009

siyess aar. selagi tak update blog ni selagi tu la aku tak leh fokus ngan kije. bila tak update sendri punye dok sibuk baca blog org lain.

ooyee...cite raya ni masih valid lagi kan since org mesia ni pose sebulan jadik raya pon sebulan la. hehhe...

tahun ni raya kali ke 2 bersama si kucil Dania Ziyad.

kalu tahun lepas tak mencabar sgt sebab masa tu dia masih baby n tak reti apa2.

tahun ni? erk...

dipendekkan cite kitorang balik kelate ikut tanah rata cameron highland dan terus tembus ke Gua Musang. sepanjang perjalanan bibir aku tak abes2 mengucap sebab rasa takjub sangat dengan pemandangan tanah rata CH. ni fes time tau aku jalan ikut situ. best sgt ngan udara yang sangat nyaman sampaikan dania tdo sepanjang perjalanan. masuk je ke Gua Musang, cuaca terus bertukar panas dan makin panas hati sebab jalan sesak. jadi kami pon belok ke arah Dabong/Jeli. sepanjang jalan Dabong ni Dania dah start meragam. agaknya dia dah bosan asek duk dalam keta jek. pastu plak ngan cuaca panas lagi wat dia tak selesa. jalan Dabong/Jeli ni banyak orang tak suka sebab jalan nya penuh ngan lubang dan taik lembu. tapi itu je la pilihan yang ada daripada tersengguk2 kepala tahan ngantuk mengadap jalan yang sesak. sebab hubby pon tak berapa familiar ngan jalan tuh jadi bawak pon slow motion jek. last2 sampai Pasir Mas kul 3 petang. syukur!

Kitorang sampai je, sume makanan untuk sok banyak dah siap. Ni untungnya balik lambat. hhehehe...tapi dah 2 tahun raya aku tak dapat feel nak tolong mak aku masak. ye la kalu tak tolong bila lagi nak belajar kan.

Ok. hari raya pertama.

Dania bangun lambat. agaknya penat sangat main bunga api malam tadi. kelam kabut siapkan Dania sebab aku dah plan nak solat raya tahun ni. tapi apakan daya, si kucil ni tak pasal2 wat hal. blom sempat aku pakaikan pampers Dania terkencing atas alas getah. agaknya sejuk sangat kot sampai Dania tak boleh tahan. bila dah jadi cenggitu terus tak sempat nak bersiap.

Seperti besa, selepas bersalaman kitorang satu keluarga akan amik family photo. So ere some of the piccas...


Testing Testing -Nurul, Me n Dania, Alif

Keluarga Tn Haji Zainul Abidin

Keluarga Tok Yusof dan Mek Kiah

Sebenarnya gambar atas ni tak berapa lengkap. ada lagi keluarga pak dan mak sedara yang tak sampai2. tapi yang ini pon dah penuh rumah dah. huhuhu....

hari raya ke-4.

kitorang bertolak ke KL ari rabu. sebab kitorang dah gerak lambat jadi jalan kuala krai dah mula sesak. hubby pon ajak ikut ganu. dah alang2 ikut sana kitorang bermalam di rumah anjang (pak sedara hubby) kat Paka.

Gambar ni masa berhenti sekejap kat Masjid Terapung.

Dania yang agak pelik bila pasir melekat kat tangan

esoknya kitorang sambung perjalanan ke KL dan cam besa la, tak sah kalu tak borong kepok lekor dan sata. yum yum yum. siyes rasa heaven jek bila sata tu masuk perut. hikhikhik...


dania ziyad 16 bulan

4 comments:

azya said...

mien,
mana gambar raya dania ngan kitorang?? huhuhuhu.

ummi mien said...

nanti ye. akan diupload dan distorymory kan. hehe...

-inay- said...

dania dah dewasa la...mien dah kurus

R-B-I said...

cantikk la baju raya ko mien...i like!