Sunday, February 28, 2010

Dania Ziyad in Version 1.8

see da pic below?
it tells how afraid Dania with the clown!
hihihi...
not only dis badut but any maskot yang terpacak kat merata2 Genting Highland tu mmg Dania akan menjerit tak hengat. tapi dalam pada takut tu tak malu gak minta belon. haih...

Dania, me, badut and Nyot GF

auuwww...dah lama sangat tak cite pasal Dania kan. Alhamdulillah sejak bertukar pengasuh, Dania dah tak kena cirit birit n sentiasa sihat dan ceria. walaupon Dania sempat minum susu Ummi sampai 5 bulan, ketahanan badan Dania memang bagus. jadi mmg terbukti susu ibu memang bagus utk baby.

mengajar Dania bercakap memang memenatkan. satu perkataan pon Dania tak moh ikut. cuma kebelakangan ni je Dania dah ikut sket2. setakat ni bole la kalu nak cakap nak air, yeah. Ohh... yeah itu akan disebut bila kita cakap "Dania, jom g jalan!" atau "Dania, jom pegi Mydin/Alamanda/Giant/Tesco & etc". dan terus Dania akan lompat2 gumbiraaaaa. hahaha...

tengok pada badan Dania, memang tak nampak sangat tumbesaran. ye la lasak je. panjat sana sini. pastu skang dah pandai bukak peti sejuk. sket2 nak Vitagen.tak pon nak limau Gong Xi. skang asek kena pujuk minum susu. nama je minum susu Enfagrow. tapi tak grow2 gak. hahaha...susu plak dipersalahkan. bukan apa. gigi Dania maseh byk blom tumboh lagi. jadi pada pendapat kitorang, kalu Dania kurang minum susu, mana nak dapat kalsium. besanya kitorang dah buat jadual. bila hari besa pagi dan malam seblom tdo mesti minum susu. kata pengasuhnya kalu tanya nak susu je mesti Dania geleng.

sejak Dania kena selsema, kitorang dah perkenalkan Scott Emulsion perisa oren dan Vitamin C Flavettes. Ini sume untuk perlindungan dari selsema berpanjangan. setakat ni Dania memang suuukkaa sangat mengunyah2 Vitamin C. tak yah suruh. Dania sendri pegi ke dapor minta vitamin. setakat ni paling lama Dania kena selsema pon seminggu je. dan sampai le skang alhamdulillah Dania dah kurang dijangkiti. ye la kan sangat normal anak kita dijangkiti bila dah duduk bercampur dengan anak orang lain. tapi siyes aar. aku setuju sangat dengan Diyana yang akan tensi bila ada ibubapa yang tak bertanggungjawab masih antar anak di rumah pengasuh dalam keadaan sakit. pada aku bila anak kita demam, semestinya anak lebih memerlukan kita. jadi sila la korbankan cuti tahunan anda ye.
kitorang ada satu soklan fevret yang slalu kitorang guna untuk sakat Dania. Ummi atau Baba kekadang tanya dia "Dania nak adik tak?" atau "Dania nak baby macam adik Uqail?". cuba teka Dania jawab pe?
.
.
.
.

Dania geleng kepala laa. maksudnya Dania tak moh adik lagi ye.

hikhikhik...haaa...amek korang pada sape2 yang tanya bila nak tambah lagi satu. ia ditujukan khas kepada kengkawan opis yang suka tanya soklan ni. tukang jawab nye dah tolong jawab pon. hehehhe....

till we meet in da next entry. have a nice weekend. >:0



Friday, February 26, 2010

Satu Hari Di Genting Highland

Owh...at last sampai jugak kaki aku ni ke Genting. sebenarnya malu gak nk ngaku. kalu korang nak tau ini le fes time aku naik Genting Highland. hihihi...Kira Dania ni lagi advance dari Ummi dia. kecik2 dah merasa jalan merata2. trip kali ni bukan famili kitorang je, hubby ajak skali kawan dia, Nyot dan gf. sebab Nyot ni penah keja situ jadi sume port kat Genting tu dia dah hafal.
Sebenarnya aku tak prepare langsung nak g trip nih. ngan Dania main pakai sweater yang tangkap muat, pastu ngan aku plak yg langsung tak beli sweater. huhuhu...pastu bekal makanan rilek je tak bawak pape. nasib baik la seblom naik tu kitorang dh isi perut kenyang2 kat McD Genting Sepah.
Alhamdulillah Dania mmg budak kecik yang sgt baik. dia langsung tak poo poo. kalu tak harus aku kelam kabut. cuaca masa kitorang pegi ni tak de la sejuk sgt. jadi aku bertahan je ngan baju long sleeve favret aku nih.
Dan bila dah bawak budak cinonet nih, tak dapat la Ummi dia nak layan game2 yg lasak2. setakat main menan bdk kecik2 je. huhu...

Dania masa tengah lepak kat Old Town White Coffee

Baba yang Comot

Dalam tren


Pic yang aku paling suke! muka Dania yg sgt cheky.








Wednesday, February 10, 2010

Aku yang Psycho

Korang penah tak kekadang tu ada perasaan cenggini;

1. Bila memandu sorang2, handbag semestinya taruk kat seat sebelah tapi kat carpet kaki sebab takut peragut pecah cermin keta kalu kantoi beg tu cun2 taruk kat seat.

2. Bila beli hand luggage, mesti sibuk cari yang tak de poket. strictly no poket OK. tak de makna nak letak segala passpor ke hapa. sebab kan mesti aku pk takut ada sindiket dadah yang sabotaj aku p letak dadah tu dalam poket hand luggage. kalu luggage bagak yang masuk dalam kapal tu laaagiii la aku mmg tak moh poket. hahahaa...korang ada rasa tak cenggini?
aku dapat feeling ni pon sbb jadi phobia bila baca berita kes yang cam tak sedar bila masa plak dadah ni jadi hak milik.huhuhu...mintak dijauhkan.

3. Bila park keta kat shopping complex, mesti tak moh jauh dari pandangan orang. dan jauh dari tempat parking motor.takut nanti kena peras ugut ngan mat rempit.

ceh 3 je list aku. tak de la psyko sangat kan. hahahha...