Friday, November 26, 2010

BTN

Ni plak aku nak share pasal kursus BTN. bila sebut je tiga huruf tu mesti orang terpk kursus yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal tahap gaban. sebenarnya BTN ni ada modul tertentu. macam yang aku pegi ni modul kenegaraan.

Modul ni memang wajib diikuti oleh semua penjawat awam. nak tau nape? pada pendapat aku, kalu kita nak berkhidmat untuk negara kita, kita kena kenal la negara kita sendiri kan?

Alhamdulillah bila dah pegi kursus ni banyak persoalan isu-isu hangat yang berdegar2 di negara kita telah terjawab.

Sepanjang kursus kitorang diperkenalkan dengan Perlembagaan. Kalu kita imbas atau selak2 surat khabar Perlembagaan ni macam besa dengar je kan. tapi berapa ramai yang tau isi kandungannya? malah melihatnya di mana2?

Kursus Kenegaraan ni yang mengupas sejarah wujud nya Perlembagaan dan bagaimana ia dihasilkan.

Jadi pada sape2 yang rasa hak-hak istimewa orang melayu dan hak-hak kaum lain boleh dipinda, kita boleh rujuk pada Perlembagaan. di situ ada diterangkan perkara tersebut di bawah kuasa siapa dan kenapa ia tidak boleh dipinda.

pada aku, memang aku tak berpihak pada sape2. tapi apapun macam fasi aku cakap, kita mesti tahu fakta baru boleh bercakap.

sebagai penjawat awam adalah menjadi tugas kita untuk tahu fakta dan menyampaikan kepada orang awam. malah usaha untuk menidakkan btn adalah salah satu usaha mereka yang tidak mahu sesuatu fakta itu dihebahkan.

dan bila dah belajar kenegaraan ni, kita akan mula rasa sayang dengan nilai kemerdekaan yang kita kecapi, usaha2 untuk menimbulkan sensitiviti kaum, menaikkan kemarahan sesebuah kaum adalah salah satu usaha kecil untuk meruntuhkan kemerdekaan yang kita ada hari ini.

ingat lah sesebuah bangsa yang tidak kenal sejarah dalam sekelip mata sahaja bangsa itu lenyap di muka bumi. itu lah berlaku di Iraq. dan Iraq skang ni hanya tinggal kenangan. jadi kita kena ingat nilai merdeka dan kedaulatan itu sangat sangat sangat mahal harganya. jangan la disebabkan kita tamak, semuanya tergadai.

jadi sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan kemerdekaan negara ini, saya menyeru anda semua menyertai kursus ini. syarikat2 swasta digalakkan untuk mendidik pekerja mereka dalam aspek kenegaraan ini. kesimpulannya, aku n kengkawan bole cakap pegi btn berkali2 ganda best daripada pegi induksi sebab kat btn ni betol2 diberi penghayatan betapa pengtingnya kita menghargai apa yang ada di hadapan mata kita sekarang ini.

have a nice weekend u ols!

Fuh!

Fuh satu sebab blog ni dah bersawang.

Fuh dua sebab dah rasa lapang dada sket.

Lapang dada sebab matlamat tahun ni dalam kareer aku dah tercapai.

Rasa syukur sangat. Alhamdulillah kursus wajib dalam perkhidmatan aku dah tempuhi dengan selamat. 1 dah tau keputusan tinggal 1 lagi je. Nasib baik yang tu bole semak kat laman web.

Musti korang tertanya-tanya kursus apa? alahai kursus apa lagi kalu tak kursus induksi dan BTN.

Sape2 yang berkhidmat dalam gomen confirm lemah je kalu dengar dua2 kursus ni.

Lemah nak pegi satu hal sebab nak kena ngadap peksa. Yang lemah nya nak mendapat tempat tuh. Cni aku nak share jugak le pengalaman aku dalam mengejar untuk menghadiri kursus2 nih.

Mula2 aku tak tau pon sume perkara kena buat sendri. ye la ingatkan dah hantar borang pada admin, ada la orang yang akan tolong call. sekali hampes. siap minah kerani tu bole salah antar sume borang kitorang. adeh.

bila dah cenggitu, aku mula follow up sendri sampai la surat panggilan kursus sampai ke tangan aku. puas hati aku. hehehhe...

balik daripada induksi tu, kitorang disarankan untuk hadir btn seberapa segera yg boleh. ye la dengar2 bajet tak de la. bila bajet tak de bilangan kursus pon dah kurang.

bermula la sesi pulun follow up untuk btn. masa call tu memang pegawai tu dah bagitau tak de kekosongan untuk tahun ni. jadi aku memang tak berharap sangat. ingatkan nak follow up semula bulan 12 nanti supaya nama naik untuk tahun depan. tup tup balik raya dapat le surat panggilan btn. hehehe...

untuk bulan 12 ni aku plan nak gegar pegawai yang kuar kan sijil kursus induksi. mana taknya kursus bln 4 sampai la ni tak dapat2 lagi sijil.

untuk pengetahuan korang, memang malang duk kat kementerian yang bias terhadap skim. aku malas nak sebut tapi sape keja skim tu 3 tahun keja confirm naik 44. kami ni kekadang macam peminta sedekah pon ada. sebab dah ada kes. pegawai atasan aku terpaksa follow up sendri kenapa dia tak naik2. rupa2nya kami ni dianaktirikan. depa pentingkan skim2 lain berbanding skim kami.huhuhuhu...

kitorang yang baru2 ni memang agak cuak la bila dah dengar kes sampai tahap tu. kalu tengok kan batch aku ni memang brutal gak. slumber je sound 54 minta urus cepat sijil kursus. muahahahahha...

kalu orang di luar gomen mengharapkan pembaharuan dalam penyampaian kepada rakyat, kami dalam gomen ni memang berkobar2 untuk membuat pembaharuan dan mengharapkan pembaharuan yang sama gak. tapi sume tu perlu kan masa. cam besa orang berkata bersabar aje lah ye.


Wednesday, November 10, 2010

stesyen seterusnya

semalam, erm bukan semalam jek tapi kebelakangan ni aku banyak pk hidup di alam lain.

kebetulan boleh plak aku layan halaqah channel tv9.

dan tajuk plak sama cam apa yang duk berdegang2 kat kepala aku.

topik semalam membincangkan "Stesyen Seterusnya-Alam Barzakh".

tetamu undangan adalah Datuk Abu Hasan Din Al-hafiz.

sejuk je mata nengok muka ustaz ni. bila ustaz berbicara tentang kewujudan alam, persoalan yang dibangkitkan dan perkara2 yang akan ditanya nanti oleh malaikat, fuhh seram sejuk rasanya.

dan kata ustaz tu walaupon hanya jasad tertanam di bawah, tapi jasad ukhrawi kita masih mampu mendengar apa yang berlaku di atas. sebab tu kita besa dengar kalu kita baca al-fatihah atau apa2 bacaan ke atas orang yang telah meninggal dunia, doa atau bacaan tu sampai ke jasad ukhrawi. Apa yang disoal dan disiksa tu la dibuat ke atas jasad ukhrawi.

Kalu orang pertikaikan seksaan kubur, memang kita tak kan nampak pada jasad yang ditanam. sbb yang disiksa itu adalah pada jasad ukhrawi kita.

Jadi jelas la mati itu benar, syurga itu benar, dan seksaan serta neraka itu benar.

kata ustaz tadi hanya amalan sahaja yang mampu menyambungkan antara kita yang di dunia ini dengan jasad ukhrawi. amalan yang boleh dibuat adalah seperti doa daripada seorang anak kepada ibu, bapa dan sanak sedara atau kengkawan kita yang telah meninggal dunia.

huhu...dan aku, secara jujur memang rasa masih tak bersedia untuk mati. sape2 pon macam tu juga kan.

setiap kali solat memang satu je doa aku. minta panjang umur untuk tengok anak2 membesar. bila dah ada anak ni, slalu terkenang2 nasib si anak kalu kita dijemput awal.

adeh...terngiang2 lagi kawan hubby aku nye statement "aku kan raya kali ni cukup 3 ari je aku beraya sebab mak ayah dah tak de, jadi tak de apa dah makna raya bagi aku".

huhu...rasa nak berderai je air mata aku.

apa2 pun topik semalam cukup buat aku sedar. jadi sentiasa beringat akan alam lain untuk mengelakkan daripada berbuat dosa kering.