Monday, January 31, 2011

Persiapan Berpantang

Tajuk entry tak agak2 kan. hehehe...padahal baru je mengandung 3 bln ++. Macam aku dah cite kat entry lepas, aku dah sah2 akan berpantang masa bulan puasa. Semalam mak aku dah khabarkan berita yang tak berapa best. Mak aku cite dia ada bertembung ngan nenek ni (nenek-tukang urut). Nenek tu bagitau yang dia mungkin tak berapa kuat nak mengurut orang berpantang masa bulan puasa. Bukan apa, bila mengurut waktu malam, dia takut tak larat. ye la dah puasa siang hari, malam nye dia akan rasa ngantuk. Mak aku bila dengar macam tu memang seriau aaar. Terus dia teringat cerita yang penah sekali ada kes tukang urut yang mengantuk tu bole terlepas batu tungku spi terhempas kena perut orang yang diurut. huhuhu...

jaaadiii...skang ni aku mula kena cari tukang urut lain. Mak aku tak abes2 suh amek tukang urut Indonesia. haih...aku tak berkenan ngan derang ni sebab tak pandai bab tungku. Ye la bertungku ni kan amalan orang kita je. Derang mana le nak ada tungku2 ni. Yang derang handal bab tepek2 segala mak nenek jamu. Awal2 dulu pantang aku dah terkena dah. Sebab mak aku dah beria2 sgt, jadi aku layan kan je la. memang tak puas cara derang urut. Tu yang aku amek nenek tadi tu. Lagipon nenek tu orang Kelate.

bila dah kena masalah cenggini, dah terbayang2 dah situasi yang tak berapa best. satu memang dah sah2 bajet mengurut lari. ngan nenek tadi dapat rega murah je. kalu cari orang lain ni confirm la mahal. nak wat cane sape suh p timing bersalin masa bulan pose kan. hahahaa...

tak pe la. sekurang2nya masalah ni dah tau dari awal2 lagi. jadi aku nak mulakan pencarian tukang urut dari sekarang. rasa2nya perlu ada sesi audition tak? hihihihi...

Monday, January 10, 2011

At Rabbit Fun Land~~


Hi guys!

Tarikh : 8hb Januari 2011
Masa: 11.00 pagi
Lokasi: P.T. 133 & 134, Batu 26, Jalan Balan, Mukim Beranang, Selangor (nak senang kenal tempat ni btol2 kat port parking nak naik Bukit Broga)
Kos: Perjalanan dari Putrajaya dlm. 30min, per entry Rm5(entitle 1 palet makanan), sebunjut makanan binatang(ada lobak, epal dan palet makanan) Rm10~~btw, ada juga derang offer pakej Rm50 entitle sume di atas tu termasuk ngan lunch.

Ini lah aktiviti kami untuk wiken yang lepas. Yang paling teruja sekali of course le my hubby & lil D. Hubby teruja nak amik foto guna dslr baru dia dan lil D plak teruja nak main2 ngan arnab. Aku? hahaha...aku ni penakut sket ngan binatang. tak kira kecik ke besar ke aku memang penakut banyak. muahahaa....mula2 lil D pon agak takut2 gak sebab arnab ni mmg jinak. sume pakat2 kerumun dan cium2 kasut n seluar kitorang. rasa geli geleman jek. aku siap jerit2 lagi.nasib baik le kitorang je yang konker tempat tu jadi tak de la segan sgt. hihihi...lama2 sket baru la dah selesa. dah mula berani kasi arnab makan. lagipon arnab tu sume nmpk cam dah kenyang jek. sebenarnya ada jek binatang2 lain kat fun land nih. ada monyet, kuda, rusa, kambing, lembu dan biri2. apapun main attraction kat cni adalah arnab ye.
Kasi spesel pose sket.
Lil D bz like a bee wif her new pets.

Ni pic yang aku paling suka bangat! lil D sgt khusyuk dengan arnab2. siap bercakap2 lagi dengan arnab. hahaha....kelakar. nyesal plak tak wat video. cute kan?

Tangan tembam lil D suap epal kat arnab



Time to say goodbye to rabbit.

Next, we move to horse station. huhu...binatang yang aku paling kureng gemar. ada sepasang dalam kandang tuh. yang sekor kat bawah ni asek merengus2 je. seram je kalu kuda ni naik amuk. jadi tugas feeding tu aku pass kat hubby je la. muahahha...


Pic atas dan bawah ni sesi mengajuk kuda makan. hihihi...



Shaun The Sheep for Real.

End-lil D dah ngamuk nak balik. tak moh posing2 dh. dan perut pon dah menyanyi lagu keroncong.

Trip ni sangat best. sebab murah dan puas hati-mana taknye kitorang je 3 beranak dalam ladang tuh. Btw, kat ladang ni memang ada disediakan restoran yang menghidangkan sate arnab dan juga makanan2 lain. tapi sebab kitorang dah plan nak makan tempat lain jadi tak dapat le nak food review untuk korang. siap ada jual nangka organik reganya Rm12 sepeket. sepasang arnab baka baik punye dijual pada rega Rm380(agak mahal gak kan tapi org tu bgtau arnab derang ni confirm beranak pinak dalam 6-8 ekor). tuan punye ladang tu ada wat pesanan penaja untuk korang sume-hari raya cina ke3 ladang ini dibuka untuk korang serbu. hehehe...

Thursday, January 6, 2011

rimas

setiap ari aku rasa rimas dengan diri sendri.

sebabnya rimas tak de selera nak makan. perut lapar tapi bila hadap makanan tu je aku dah rasa muak dan loya.

pastu plak teringin nak makan kat The Loaf, tapi rasa tak baloi kalu pegi dalam keadaan skang. bayar mahal last2 ke tong sampah makanan tu nanti.

tu blom lagi waktu nak makan tengahari. muak dah ngan makanan kat cafe bawah. dah tak tau nak makan apa. sudahnya paksa kan diri gak makan. kalu tak petang nanti tangan menggigil kelaparan. jadi nak tak nak memang perut ni kena isi ngan nasi.

untuk makan malam memang tak bole terima nasi. jadi makan je la roti ke apa2 yang ringan janji perut terisi. dah banyak kali cubaan untuk makan last2 seciput je aku makan. tu pon lepas makan aku akan muak dan melepek kat sofa.huhuhu...


aduhai rimas btol. bila la perasaan ni akan berakhir. tanya kengkawan lain ada la sorang tu cakap dia pon morning sickness lebey kurang sama ngan aku. ada la 4 bulan berkeadaan cenggini. uwaaaa...aku?huhu...tak tau la brape lama. ni tgh duk menghitung hari. rasa cam makin ari lagi teruk ada la.

tak pe la. doa aku harap2 dapat bertahan dengan keadaan cenggini. chaiyook!