Monday, January 31, 2011

Persiapan Berpantang

Tajuk entry tak agak2 kan. hehehe...padahal baru je mengandung 3 bln ++. Macam aku dah cite kat entry lepas, aku dah sah2 akan berpantang masa bulan puasa. Semalam mak aku dah khabarkan berita yang tak berapa best. Mak aku cite dia ada bertembung ngan nenek ni (nenek-tukang urut). Nenek tu bagitau yang dia mungkin tak berapa kuat nak mengurut orang berpantang masa bulan puasa. Bukan apa, bila mengurut waktu malam, dia takut tak larat. ye la dah puasa siang hari, malam nye dia akan rasa ngantuk. Mak aku bila dengar macam tu memang seriau aaar. Terus dia teringat cerita yang penah sekali ada kes tukang urut yang mengantuk tu bole terlepas batu tungku spi terhempas kena perut orang yang diurut. huhuhu...

jaaadiii...skang ni aku mula kena cari tukang urut lain. Mak aku tak abes2 suh amek tukang urut Indonesia. haih...aku tak berkenan ngan derang ni sebab tak pandai bab tungku. Ye la bertungku ni kan amalan orang kita je. Derang mana le nak ada tungku2 ni. Yang derang handal bab tepek2 segala mak nenek jamu. Awal2 dulu pantang aku dah terkena dah. Sebab mak aku dah beria2 sgt, jadi aku layan kan je la. memang tak puas cara derang urut. Tu yang aku amek nenek tadi tu. Lagipon nenek tu orang Kelate.

bila dah kena masalah cenggini, dah terbayang2 dah situasi yang tak berapa best. satu memang dah sah2 bajet mengurut lari. ngan nenek tadi dapat rega murah je. kalu cari orang lain ni confirm la mahal. nak wat cane sape suh p timing bersalin masa bulan pose kan. hahahaa...

tak pe la. sekurang2nya masalah ni dah tau dari awal2 lagi. jadi aku nak mulakan pencarian tukang urut dari sekarang. rasa2nya perlu ada sesi audition tak? hihihihi...

1 comment:

dbalkis said...

Wei dah pgnt ko eh.. Congrats moiem.. Jaga diri dan bb ya..