Saturday, July 30, 2011

Episod Baru Keluarga Kami

Buat kengkawan yang maseh blom tau lagi...

Ini lah pengumuman saya
.
..
...
Saya dah selamat bersalin anak lelaki pada Ahad, 17hb Julai 2011 pukul 12.55 pm

Kepada Zue, sila cuak. heheehe...(sebab kami berdua berkongsi EDD)

Kalu diimbas kembali detik kelahiran anak kedua ni memang berlaku sangat pantas. Saya dan hubby sangat la tidak bersedia.

Hari Sabtu kami di Seremban menghadiri pengebumian arwah Tok Andak yang meninggal dunia pada jam 6.00 pagi kalu tak silap. Bila dah dapat berita terus gegas kemas baju dan sebelum balik Seremban pegi amik album kawen klien hubby.

Sampai je di Makam, arwah dah selamat dikebumikan dan kami sampai pon di tengah2 bacaan talkin. Jadi kami tunggu sampai bacaan talkin kedua. Pukul 4 ptg baru selesai dan gegas ke umah mak mentua. Sebab memikirkan situasi aku dalam keadaan bersedia untuk bersalin(ye la dah masuk 36 minggu) jadi kami tak de la tido di Seremban.

Cuma malam tu kami balik lewat sket sebab kebetulan malam Nisfu Sya'aban jadi ramai2 baca surah Yaasin 3 kali untuk buka buku baru. Terasa dah lama tak buat amalan ni. Masa baca Yaasin ni dah terasa baby menendang sangat aktif.

Abes je baca Yaasin kami lepak tengok Majalah 3 sambil makan burger yang femes kat Taman Paroi Jaya. Alasan hubby kali ni ada cerita pasal ikan tengas di Kuala Kurau. Dia memang minat nak merasa lauk ikan tengas ni sebab opismate dia yang kaki pancing cite ikan ni memang sedap. Nak2 plak Majalah 3 tu tunjuk ikan tengas ni sedap dibuat pekasam. Adoii meleleh je air liur kami. memang rasa dan2 nak g Kuala Kurau.

Selesai aje Majalah 3 kami pon gegas balik Putrajaya. Sepanjang perjalanan tu aku tak tdo pon. Layan borak ngan hubby. Masa dalam keta ni baby aktif menendang. Agaknya rasa terhimpit kot sebab Dania tdo atas riba. Sampai umah dah nak dekat kul 12, Dania dah hanyut dalam mimpi, kemas barang skit pastu sume masuk tdo.

Dalam kul 3 pagi tu tetiba aku rasa contraction. Terus aku kejut hubby. Sian plak tengok dia yang kepenatan. Masa ni memang kuat betol contraction sebab berlaku setiap 5 min. Aku dah cuak. Hati dah rasa berat je. Ye la rasa tak bersedia pon nak bersalin. Lagipon baru nak masuk 37 minggu!

Tapi kali ni pelik sket. Mana tak nye masuk jam 5.00 pagi contraction tu jadi slow and mild. Aku dah mula konpius. Nak bersalin ke tak nih? huhuhu...hubby cakap kita pegi je hospital check apa yang patut. Jadi tak nak buang masa aku mintak hubby masak air untuk aku mandi. Siap je solat Subuh kejut hubby bangun. Sambil tunggu hubby siap mandi aku kemas baju Dania dan baju busuk untuk dibasuh. Siap sume tepon Mimi, sepupu hubby mintak ikut sekali. Nasib baik le Mimi ni duk sebelah blok je. hehehe...

Sampai je kat hospital MA tu terus tolak aku ke Labour Room untuk buat CTG. Hasilnya contraction memang ada cuma tak kuat. Nurse tu seluk dan yeah, dah bukak 5cm. Uwaa...aku tak ready. Terus aku terbayang cane la ngan keja kat opis yang masih bertindih2 tak selesai. Nurse tu siap tanya nape tak datang masa contraction kuat? Ok oww...tak de maknanya aku nak bangun terus pegi hospital kalu contraction duk kuat. tak bole nak bergerak langsung kalu dah terkena. Jadi dari kul 7.30 pagi sampai le kul 11 lebey contraction masih sama dan bukaan pon masih 5cm. Nurse tu cakap tunggu Dr. Rasliza untuk buat tindakan selanjutnya. Kemungkinan aku akan diberikan ubat untuk cepatkan proses kelahiran atau pecah air ketuban.

Sambil duk tunggu tuh aku tepon mama untuk inform yang aku dah dalam bilik bersalin. Mama lagi best menakutkan aku. Bole plak dia cakap kalu la diberi ubat tu bukaan aku masih tak memberansangkan kemungkinan untuk dibedah tu ada. aiseh! bedah2 ni aku tak gemar. Hubby cakap kita pk positif je dan tunggu apa kata Dr.

Akhirnya Dr. Rasliza muncul gak. Rupanya dia baru abes parent class. Bila tengok Dr. ni relaks je jadi aku dah kurang cuak. Dr. buat keputusan untuk pecahkan air ketuban. Serius aku tak dengar pon bunyi plop itu Ujie! Aku siap tanya nurse nape aku tak dengar pon bunyi tuh. Nurse cakap kekadang tak de bunyi. Ceh, baru nak rasa teruja dengar bunyi pecah air ketuban.

Uiishh...terasa deruan air ketuban tu kuar. Setiap kali rasa contraction, air ketuban akan menderu2 kuar. Dan bermula la rasa sakit yang tak terkata. Nurse pesan kalu rasa sakit nak berak tu maknanya dah bole teran. Dalam kul 12.30pm tu rasa sakit yang macam nurse tu nak dah terasa. Apa lagi segala peralatan sesendal kaki dan pemegang tangan untuk sesi meneran disediakan. Kali ni alhamdulillah aku dah pandai bajet nak teran. Berbeza dengan yang pertama, kali ni lebih bersedia sebab dah ada pengalaman yang dulu.

Tepat jam 12.55 pm lahir bayi lelaki yang kami namakan Syamil Ziyad Bin Mohamad Zaid. Berat bayi 2.57kg. Badannya sangat kucil kalu nak dibandingkan dengan Dania. Syamil tak perlu ditepuk untuk pernafasan sebab kuar dari perut je terus Syamil menangis dengan kuat. Macam marah je kena kuar dari perut Ummi. hehehe.... Alhamdulillah episiotomy kali ni tak banyak. Cuma 4 jahitan dan Dr. jahit pon sangat kemas.

Maka bermula episod baru keluarga kami. Skang kami dah berempat. Ummi dan Baba dah dapat pasangan masing2. Ummi dan Dania. Baba dan Syamil. ONE HAPPY FAMILY AT HOME!


12 comments:

lydzar said...

congrates min!!! selamat berpantang dan happy breastfeeding yer

dbalkis said...

Congrats Mien..x sangka cepatnya masa berlalu..dah lahir dah Syamil..

R-B-I said...

Hohoho tahniah, welcome to d world syamil!!!hohoho ko tak dgr bunyi pop itu?takpelah cuba lagi bbrp tahun dr skrg...btw congrate!!

.: Ain aka Ibu Qaisara.. :. said...

tahniah mien!! seronok ko eh..dah dapat partner sorang satu..aku jeles neh..nak jugak!hehehe..makanya selamat berpantang, dan selamat menggantikan puasa nnt ye..hehehe

Cik Ayu said...

pantang elok2 ye Cik Min.. nanti u abis pantang i wat kan la u choc chip banana muffin tu

~ZuE~ said...

Haha hari tu ko msg mmg aku cuak.. Tp skrg dh prepare sume so ok la.. Plus, mild contraction tu false alarm je kot.. Now aku rase mmg overdue mcm azim jg kot haha..

azya said...

congrates min. :)

Rose said...

Tahniah Min.....

FARHANA JAMIL said...

congratz min...cepat giler. Aku je blom lg nih...tinggal sorang2 plak tu...haih...

ummi mien said...

Tq for all da wishes!

Lydzar: skang ni sedang berjuang utk breastfeed. tapi stok masih tak wat lagi. supply maseh blom kuat lagi.

dayang:tu le kan. masa sgt cepat berlalu. tp aku nk ms cuti 3 bulan ni tak berlalu dgn cepat bole?hehehe...

ujie:tu le. nak merasa dgr bunyi tu kena mengandung dan beranak lagi la. insya-Allah

ainie:huuhhu...penat la nak menggantikan pose. dah le sebulan.

kak ayu:harap2 saya naik keja nanti kita dpt jp.kalu x cane nak merasa kek kak ayu tuh.

zue:congrats! aku br je baca sms ko. dah selamat bersalin pon ye.

anie: pasni turn kamu plak.

wan rose: hi wan rose. bila nk tmbh stok baju? aku nk beli nih.

farhana:hehe...bawak bersabar la ye. ko pose ke?

FARHANA JAMIL said...

pose la...penat weh, perut asyik mengeras je...ko cuti 3 bln eh?

Anonymous said...

slamat ye mien,happy dania da ada adik-yabeet