Thursday, August 4, 2011

Tentang...

Tentang Syamil Ziyad...

Maaf ye tak tepek gambar ahli keluarga baru kami. Sume foto tak de simpan dalam laptop ni.

Fakta Si Kucil

  • Hari ke-7 diserang demam kuning dengan bacaan darah 12.8. Sah2 kena masuk wad untuk dirawat bawah lampu. Ummi pon tdo di hospital sebab exclusive breastfeeding.
  • Hari ke-14 tanda-tanda demam kuning tu nampak jelas, nasib baik kali ni bacaan 10.8. Jadi tak perlu la kami tdo di wad. Cuma doc minta pantau gak dan datang balik check 2 minggu lagi.
  • Orang kata baby boy memang kuat demam kuning berbanding ngan baby gal.
  • Nak maintain bacaan darah bawah 12, nurse mintak breastfeed setiap 2 jam.
  • Kulit Syamil agak gelap kalu nak dibandingkan dengan Dania.
  • Pastu berat lambat naik. Seminggu lepas lahir naik 0.2kg jek.
  • Badan Syamil sangat la kucil taaappii kuat menendang dan suaranya mak aaaii sangat kuat tak padan ngan badan.
  • Siang asek tdo je tapi bila orang nak tukar pampers atau mandi mula la siren dia berbunyi. Kalu jiran dengar confirm derang ingat kitorang dera dia. muaahahaha...
  • Diajar tdo meniarap. Kebaikan agar bayi tidak lemas bila muntah susu dan melatih bayi untuk exercise leher serta melegakan perut bayi dari kembung. Hasilnya leher Syamil dah kuat dan tak lembik.
  • Tali pusat luruh pada hari ke-7.
Tentang Pantang...

Hari ni adalah hari ke-17 saya berpantang. Bermula ari ke-4 hingga 8 saya melalui rutin bertangas, berurut dan bertungku. Kali ni saya masih menggunakan khidmat bidan yang sama. Sebab dah rasa serasi dengan cara nenek ni dan lagi bayaran masih murah.hehehe...saya sangat suka bila buat rutin di atas. masa ni la baru sedar yang badan kita nih dah abis kudrat. huhu...

Memandangkan cuaca skang ding dong ding dong. Ye la kejap panas bahang pastu hujan, jadi saya tak de la berkepit sangat dengan bekung. Paham aje la bila suhu tak menentu abes kulit naik gatal di kawasan perut. Adeh...memang leceh. Kena plak bekung tu dah tak berapa kejap jadi terus saya pakai korset aje. Amek ko. Kemas dan kejap sume lemak di perut.hihihihi...

Stokin di kaki? Mula2 saya amalkan tapi skang stokin pon ntah ke mana. Rasa rimas nak pakai bila kaki dah mula berlengas. Pastu leceh bila nak ke tandas. Maklum le tandas umah mak saya ni tandas cangkung, jadi kalu nak melepaskan hajat tu memang leceh. Saya akan pakai stokin tu bila kena ke hospital sahaja atau bila kaki dah sejuk bangat.

Saya tak sabar nak tunggu hari ke-20 untuk berurut lagi dan hari ke-39 untuk lulur dan mandi limau. hehehe...

Tentang Penyusuan

Alhamdulillah saya masih mampu menyusukan Syamil dengan susu badan sehingga ke hari ini. Betol kata orang. Setiap anak dilahirkan didatangkan dengan pengalaman yang sangat berbeza. Hisapan Syamil tak sekuat Dania. Kalu Dania, dua2 belah abes dihisapnya. Tapi Syamil sebelah isap je dah lentok. Pastu tak sampai sejam nangis lapar. Adooii...Kalu malam plak, Syamil akan menetek berjam2. Tak cukup tdo dan pening sebab tdo terganggu dah jadi kebiasaan. Tak pe la. Nama pon cuti kan. Jadi saya sangat enjoy dengan rutin di atas. Cuma risau gak sebab susu macam tak sebanyak berbanding anak yang pertama. Sehingga ke hari ini, stok EBM masih blom dapat disediakan sebab production masih rendah. Jadi skang saya bekerja keras untuk membanyakkan sesi direct feeding.Pada kengkawan seangkatan kalu ada tips atau pengalaman bole la kita berkongsi ye.Buat masa ni saya memang ada mengambil vitamin Shaklee sebagai ganti jamu memandangkan Syamil masih dilanda demam kuning.

Apapun menyusu badan ni memang perlukn kekuatan mental dan fizikal. Bak kata nurse kat KPJ Kajang tu, kita kena selalu berfikiran yang susu tu sentiasa ada untuk anak kita.

1 comment:

Unknown said...

yup..semangat kena kuat, tekad kena bulat, berkorban masa .semua tu penting utk kejayaan penyusuan. Insya allah ko rajin2 carik info yg dh byk bertabur over the net nih..baby blom jumpa rentak sebenar dia tu. insya allah nnt bila dh tau jadual dia, u will be happy entertaining him :D