Tuesday, August 16, 2011

Ngeh Ngeh

Seronok! Seronok!

Suka! Suka!

Apa yang seronoknyaaaaa? hihihihi...

Saya sangat seronok sebab berjaya tempah tiket Firefly yang rega kosong hinggit untuk ke Kota Kinabalu, Sabah!!!

Saya yang memang sangat kepingin nak ke sana memang rasa nak lompat bintang bila dapat rembat tiket untuk 9 orang.

Dan yang best nye dapat tarikh yang memang saya selalu guna untuk bercuti. muaahahaha!

Tengok la side bar tuh, siap dah cari link pasal penginapan dan transport. Musti la nak kena survey dari skang kan.

Aiihh...tak sabarnyaaaa!


Thursday, August 11, 2011

Persediaan Raya Tahun Ini

Gulp...Persiapan kali ni memang kelam kabut.

Hanya baju raya Dania sahaja yang dah siap. Tapi untuk Ummi, Baba dan Syamil tak de langsung. huhu...

Mana tak nye bajet bersalin dekat2 EDD, sekali amek ko. Awal 3 minggu! Jadi plan asal memang tak nak buat persiapan apa2 pun.

Bila dah cenggini rasa nyesal plak. Adooii...bila masa plak aku nak shopping nih? huhuhu...

Gamaknye shop thru online je la. Baju Syamil ok je nak shop online tapi baju aku dan hubby rasa tak seswai kot. Jaadii guna pakai je la baju yang ada dulu. Kita melaram lepas2 raya la. Lagipon tahun ni hubby tak amek cuti. Maknanya raya besa2 je la tahun ni ye. Kita reserve untuk tahun depan.

Tahniah Untuk Abah

Rasanya maseh blom terlambat untuk ucap tahniah kepada Abah saya.

Bermula Khamis, 4hb Ogos 2011 Abah telah dinaikkan pangkat. Alhamdulillah murah rezki keluarga kami. Abah memang berhak mendapat kenaikan berkenaan. Kata2 ini bukan lah disebabkan dia Abah saya jadi saya sokong melambung2. Tidak. Melihatkan segala ranjau dan dengki orang terhadap Abah, memang tidak disangka Abah diterima. Biasalah orang kita tak penah nak terima kelebihan orang lain. Jadi berbaloi Abah menunggu sehingga ke pencen untuk berkhidmat dengan Kerajaan. Semoga Abah akan terus tabah dan diharap kenaikan ini membuka mata orang yang pernah menganiaya Abah. All da best to my Abah!

Tuesday, August 9, 2011

Syukran

Menurut tajuk berita utama suratkhabar hari ini, penjawat awam akan diberikan bonus setengah bulan dan pesara kerajaan akan menerima imbuhan khas sebanyak RM500. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi dengan rezeki ini. Seingat aku dah lama penjawat awam tidak diberikan bonus dan untuk tahun2 sebelum ni Kerajaan hanya memberikan imbuhan khas sebanyak RM500. Jadi dengan bonus sebanyak ini diharapkan komitmen penjawat awam akan lebih meningkat. Kepada kengkawan yang sekapal dengan aku, berbelanjalah dengan penuh berhemah.

Bonus raya kakitangan awam**


Najib Tun Razak mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara di pejabatnya di Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut hadir Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri Kabinet serta para pegawai kanan kerajaan. – BERNAMA


* Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.27 juta penjawat awam Persekutuan bulan ini.

* Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada 590,000 pesara kerajaan.

* Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

**Petikan daripada Utusan Online


Thursday, August 4, 2011

Tentang...

Tentang Syamil Ziyad...

Maaf ye tak tepek gambar ahli keluarga baru kami. Sume foto tak de simpan dalam laptop ni.

Fakta Si Kucil

  • Hari ke-7 diserang demam kuning dengan bacaan darah 12.8. Sah2 kena masuk wad untuk dirawat bawah lampu. Ummi pon tdo di hospital sebab exclusive breastfeeding.
  • Hari ke-14 tanda-tanda demam kuning tu nampak jelas, nasib baik kali ni bacaan 10.8. Jadi tak perlu la kami tdo di wad. Cuma doc minta pantau gak dan datang balik check 2 minggu lagi.
  • Orang kata baby boy memang kuat demam kuning berbanding ngan baby gal.
  • Nak maintain bacaan darah bawah 12, nurse mintak breastfeed setiap 2 jam.
  • Kulit Syamil agak gelap kalu nak dibandingkan dengan Dania.
  • Pastu berat lambat naik. Seminggu lepas lahir naik 0.2kg jek.
  • Badan Syamil sangat la kucil taaappii kuat menendang dan suaranya mak aaaii sangat kuat tak padan ngan badan.
  • Siang asek tdo je tapi bila orang nak tukar pampers atau mandi mula la siren dia berbunyi. Kalu jiran dengar confirm derang ingat kitorang dera dia. muaahahaha...
  • Diajar tdo meniarap. Kebaikan agar bayi tidak lemas bila muntah susu dan melatih bayi untuk exercise leher serta melegakan perut bayi dari kembung. Hasilnya leher Syamil dah kuat dan tak lembik.
  • Tali pusat luruh pada hari ke-7.
Tentang Pantang...

Hari ni adalah hari ke-17 saya berpantang. Bermula ari ke-4 hingga 8 saya melalui rutin bertangas, berurut dan bertungku. Kali ni saya masih menggunakan khidmat bidan yang sama. Sebab dah rasa serasi dengan cara nenek ni dan lagi bayaran masih murah.hehehe...saya sangat suka bila buat rutin di atas. masa ni la baru sedar yang badan kita nih dah abis kudrat. huhu...

Memandangkan cuaca skang ding dong ding dong. Ye la kejap panas bahang pastu hujan, jadi saya tak de la berkepit sangat dengan bekung. Paham aje la bila suhu tak menentu abes kulit naik gatal di kawasan perut. Adeh...memang leceh. Kena plak bekung tu dah tak berapa kejap jadi terus saya pakai korset aje. Amek ko. Kemas dan kejap sume lemak di perut.hihihihi...

Stokin di kaki? Mula2 saya amalkan tapi skang stokin pon ntah ke mana. Rasa rimas nak pakai bila kaki dah mula berlengas. Pastu leceh bila nak ke tandas. Maklum le tandas umah mak saya ni tandas cangkung, jadi kalu nak melepaskan hajat tu memang leceh. Saya akan pakai stokin tu bila kena ke hospital sahaja atau bila kaki dah sejuk bangat.

Saya tak sabar nak tunggu hari ke-20 untuk berurut lagi dan hari ke-39 untuk lulur dan mandi limau. hehehe...

Tentang Penyusuan

Alhamdulillah saya masih mampu menyusukan Syamil dengan susu badan sehingga ke hari ini. Betol kata orang. Setiap anak dilahirkan didatangkan dengan pengalaman yang sangat berbeza. Hisapan Syamil tak sekuat Dania. Kalu Dania, dua2 belah abes dihisapnya. Tapi Syamil sebelah isap je dah lentok. Pastu tak sampai sejam nangis lapar. Adooii...Kalu malam plak, Syamil akan menetek berjam2. Tak cukup tdo dan pening sebab tdo terganggu dah jadi kebiasaan. Tak pe la. Nama pon cuti kan. Jadi saya sangat enjoy dengan rutin di atas. Cuma risau gak sebab susu macam tak sebanyak berbanding anak yang pertama. Sehingga ke hari ini, stok EBM masih blom dapat disediakan sebab production masih rendah. Jadi skang saya bekerja keras untuk membanyakkan sesi direct feeding.Pada kengkawan seangkatan kalu ada tips atau pengalaman bole la kita berkongsi ye.Buat masa ni saya memang ada mengambil vitamin Shaklee sebagai ganti jamu memandangkan Syamil masih dilanda demam kuning.

Apapun menyusu badan ni memang perlukn kekuatan mental dan fizikal. Bak kata nurse kat KPJ Kajang tu, kita kena selalu berfikiran yang susu tu sentiasa ada untuk anak kita.