Thursday, September 25, 2008

kenapa sume orang kejam?

huhu...hari ni saya lambat bangun tdo. bayangkan pukul 6.27pagi baru tersedar dari lena. ini sume gara2 Dania yang tido tak berapa lena malam tadi. ntah nape Dania asyik duk bersilat je. nampak macam tak selesa. bila cite kat mama tadi, mama cakap mungkin sebab semalam Dania tak berak.Semalam dah cuba urut perut Dania. Harap2 hari ni Dania dapat membuang seperti biasa.Ok bukan ini sebenarnya yang saya nak cerita.

Tadi masa sibuk2 nak naik LRT terserempak dengan kawan lama saya, Syifaak.Mungkin ini kot hikmahnya sebab lambat bangun tido.hehe..jadi sepanjang perjalanan kami berborak dan update pasal rakan2 kami. untuk ingatan diri saya:

(",) penco sudah selamat bersalin bulan 8 yang lepas. lupa plak nak tanya baby gal ke boy?
(",) e-in pon dah bersalin. awal sikit dari penco. bulan 7 yang lepas.pon sama lupa nak tanya baby b/g?
(",) erin sekarang menetap di Batang Kali.sesekali je erin balik cheras untuk teman mak dia.sebab tu susah kami nak berjumpa dia skang ni.
(",) mimi dan ido akan balik ke mesia untuk sambut raya
(",) a'a yang sekarang gembira dengan pekerjaan dia berbanding tempat lama,S*ny
(",) liza yang sudah mengandung anak kedua (5minggu)

nampak sume orang sudah ada kehidupan masing2 kan? alhamdulillah.

sekali lagi cite di atas bukan cite yang sebenar untuk diceritakan.hehehe..(panjangnya iklan)

ni yang sebetulnya..

Selama 3 minggu saya menaiki tren LRT, saya dapat lihat rakyat Malaysia sudah kurang prihatin dengan keadaan sekitar. Ya, saya tahu kita semua penat dan letih kerana bekerja. Tapi dalam keadaan penat pun perlu ada timbang rasa. Kerana kita hidup bermasyarakat. Saya dapat lihat 'mereka' terlalu mementingkan diri. Berebut tempat duduk dalam LRT memang tidak mencerminkan langsung gaya eksekutif 'mereka' itu.'Mereka' sudah tidak menghiraukan kaum wanita yang mengandung, orang tua, OKU dan kanak2 kecil.Sepatutnya apabila nampak golongan ini ketika beratur, 'mereka' perlu memberi laluan kepada golongan ini untuk berada di hadapan supaya golongan ini tidak perlu bersesak dengan orang ramai untuk menaiki tren.

Saya dapat lihat kaum lelaki yang terlebih2 hendak kan tempat duduk dalam tren. Sepatutnya 'mereka' perlu bersikap gentleman dengan memberi tempat tersebut kepada kaum perempuan.

Nak tahu kenapa lelaki Malaysia ni penat sangat?
Sebab 'mereka' sibuk melayan TV tengok bola.
Ini kita dapat lihat apabila golongan 'mereka' yang banyak memenuhi kedai mamak 24jam!

dan kepada kaum perempuan pulak. sepatutnya anda lebih memahami kerana kita sesama kaum. tapi kebanyakan 'mereka' hanya buat tuli sahaja. pejam mata pasang headphone dan terus on ipod/handphone!

kita perlu tanamkan dalam diri yang kita kena selalu beringat tentang orang lain. Jika anda mendapat peluang keemasan untuk duduk dalam tren, tak salah kalau terjaga dari lelap dan lihat persekitaran. Jenguk2 lah pada orang yang lebih memerlukan. Yang lebih penting lagi selalu fikirkan bila diri kita berada di tempat mereka.

quote: pagi di LRT KJ, kebiasaannya ada polis yang menjaga kawasan tren. polis ni la yang selalu arahkan ibu mengandung, orang tua dan OKU untuk berbaris di hadapan. dan pagi itu ada seorang ibu mengandung disuruh ke hadapan barisan. dia mengikut sahaja arahan polis tersebut. tapi yang geramnya orang yang dihadapan tu tidak memberi ruang langsung pada ibu tersebut. malah tidak menoleh muka padanya. sebab tu saya kata 'mereka' semakin kejam.

* 'mereka' - manusia yang poyo berebut tempat duduk dalam LRT


1 comment:

Anonymous said...

mien, my article yg was out in EH! magz tu cite exactly psl benda ni. i gram nape guys tk boleh bg org pompuan duduk. i bukanla nk duduk sgt, just untuk kakak2 n makcik2 yg nmpk mcm penat sgt berdiri tu.

how to educate these ppl ya?

btw, syifaak tk updet psl i ke? nmpk sgt tkde benda yg nk diapdet. muahaha