Monday, June 8, 2009

sangat letih dan tidak hepi

yes. saya maseh maseh dalam mud untuk menyesuaikan diri dengan rutin yang baru ini. seawal kul 5.30 pagi kena bangun dan kul 6.45 pagi adalah waktu cutoff kuar dari umah sewa kami. kendian drive ke umah mama dan gerai donut kentang yang enak. Cutoff gerak dari umah mama adalah kul 7am. Kul 7.30 am adalah waktu cutoff masuk putrajaya kalu nak port parking yang spesel.

Hasilnya...

Selepas seminggu berutin macam di atas tuh, perut aku dilanda gastrik dan skang abes badan aku lenguh, sengal, sakit sume ada la. Serius terasa kelesuan yang amat.

Aku hanya mampu berdoa permohonan kuarters dapat disegerakan. Minggu lepas dah submit online dan pagi tadi pon aku dah submit dengan segala sijil dan surat yang diperlukan. Plan aku minggu depan aku nak call tiap2 hari follow up permohonan. Kata abah kuarters berlambak. Tak tau la kenapa birokrasi yang amat bila part disbursement. Ikut kata member aku pon JKR baru je handover beribu2 unit. haih...

Masa nak submit borang tadi aku tengok ramai gak umat yang menunggu. Tanya2 derang rupa2nya menunggu kunci kuarters. Seperti besa mulut aku becok tanya berapa lama nak dapat rumah? Minah yang hati gumbira dapat kuarters tu jawab 2 bulan dan kena selalu follow up. Adoii!

Ini lah rega yang aku terpaksa bayar demi nak kejar permanent post. Itu baru saket badan. Blom kira lagi poket aku yang saket. huuhuu...

No comments: