Saturday, January 2, 2010

Us


Hohoho...udah lama Ummi tak ber'blog' pasal Dania Ziyad. Sehingga ke tarikh hari ini, umor Dania dah setahun 7 bulan. Semasa menyambut besday Dania yang ke-19 bulan arituh, Ummi nye yang hampeh pegi bawak Dania cucuk bontot(amek vaksin), dan hasilnya Dania demam. hihihi...ok pe. Ummi pon bole cuti rehat jaga Dania.

Dania skang memang seorang yang aktif. ke sana sini sinun berlari tak berhenti. Paling best Dania dah pandai mandi sendri. Masa mandi adalah masa paling seronok. Abes satu bilik air banjir dengan air semburan Dania. memang chill and happening aar.

Momen yang paling memenatkan masa nak dress up Dania. start dari keringkan badan dengan tuala sampai le nak pakaikan baju. oowhh...sangat stress. setiap kali nak buat sume keja2 tuh, Dania akan wat muka nakal dia dan larikan diri. bab2 melawa ni dah terror dah. tak nak bagi orang lain pakaikan baju sebab dia sendri nak pakai.

Sampai hari ni Dania maseh tak improve vocab dia. Susah betol Dania nak ikut apa yang kitorang sebut. tapi Dania faham apa kitorang cakap. Dania tau kalu orang marah dia. kalu kena marah sket, mula la cembeng. hehehe...Dania dah start kenal binatang. kalu kita sebut ayam, Dania akan wat bunyi ayam dia yang tersendri. obvious sangat bunyi ayam Dania lain daripada yang lain.

Dan kalu kita tanya apa2 Dania wat reaksi angguk n geleng. haih...

Pastu Dania dah pandai mengenal orang. Kalu tanya mana atuk? kalu atuk dia ada depan mata, Dania tunjuk dengan tepat sekali. kalu atuk dia tak de, Dania wat tangan tunjuk tak de. pandai pandai. hahahah...

Satu habit Dania yang suka gigit orang. Abes muka, badan dan tangan Ummi dia geget. Mentang2 lah gigi Dania dah nak penuh. Gigi depan atas bawah ada 8 batang. Gigi geraham atas bawah ada 4 batang. Jumlah gigi Dania dah 14 batang!

Alhamdulillah Dania nampak hepi duk bawah jagaan pengasuh baru, Ibu Nor.

Untuk Dania, jangan nakal2 ye. Ibu asek cite kat Ummi yang Dania selalu buli Abg Irfan. Tak padan ngan kecik, kat umah pengasuh jadi pembuli anak orang.

Itu je kot cite pasal Dania. Lenkali kita sambung lagi ye.




1 comment:

not a serious blogger said...

dania br lps nangis ke? ada air mata kat mata dia