Tuesday, September 21, 2010

Random

::On our anniversary

Happy 3rd Anniversary!

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi sedar tak sedar dah 3 tahun kitorang kawen. Tak sambut apapun sebab hari ulangtahun perkahwinan kitorang ni masa bulan pose yakni 25hb Ogos 2010. Betol kata orang, tahun pertama kawen memang mencabar. gaduh tu cam besa la. tapi bila dah lama tuh, baru la ada tolak ansur dan saling memahami. hehehe...terima kasih tak terhingga kepada suami saya yang terchenta dan macam2 ter lagi lah sebab bole terima diri ini seadanya. really appreciate that.

::On my birthday

Happy Birthday To Me!

Pun masa kita duk sibuk2 berpuasa yakni 3hb Sept 2010.dis year i choose my own present OK. no more drama sorok2 hadiah ye. kelakar je bila ingat kisah tahun lepas. tahun ni fb aku memang sangat meriah. ye la fb kan memang hot skang ni. jadi banyak wish dari kengkawan sume ada kat fb. fyi, kat opis aku tu ada 2 orang yang sama besday, chwa dan burn. aritu memang gamat abes masing2 ceria bila bertembung sebab berebut nak wish besday.

::On fasting month

Congratulations!

Alhamdulillah tahun ni tak banyak hari nak kena ganti. cuma 5 ari je ponteng. dan yang bestnya memang aku berjaya marathon memasak sepanjang bulan pose. cuma 2 kali je kitorang makan kat luar. dan weekend buka pose kat umah mak, mil n mak long. baki tu memang masak aar. aci tak congrats kat diri sendri?muahahaha...sepatutnya double congrats aar sbb 2 tahun berturut2 dah ni berjaya masak sendri menu berbuka pose.

Dan ni la tahun yang pertama aku tak berkesempatan untuk berbuka dengan kengkawan. baik kawan sekolah mahupon kawan satu universiti. maaf banyak2 ye kengkawan. insya-Allah kalu ada kesempatan tahun depan aku akan merajinkan diri contact kengkawan untuk organize berbuka pose tuh. Tq to syifaak gak yang tak penah mis nak ajak aku. hopefully dia tak serik2 nak sms aku lagi. huhuhu...

Tahun ni juga keluarga aku berpuasa tanpa mak aji. kalu tengok kan hidangan buka pose tu teringat2 je apa makanan kegemaran dia. dan bila dah ingat arwah tu, memang terus rasa beruntungnya aku dapat merasa nikmat Ramadhan kali ini.

::On Raya Celebration

Semoga tak terlambat untuk aku mohon maaf kalu ada salah tak kira la dari segi perbuatan dan perkataan kepada korang sume. raya kali ni giliran rumah hubby. raya haji nanti baru balik kelate. nasib baik la kitorang ni jenis sempoi bab2 giliran raya. kisah raya tahun ni memang tak menarik sebabnya dania demam, batuk dan selsema. 3 in 1 ye. tiap2 malam kitorang kena berjaga sebab dania tak berapa selesa nak tdo. bila dah balik kampung tido plak style bersepah kat ruang tamu. paham2 je la kan. agak kepanasan tapi itu la yang meriahnya. demam kali ni memang agak teruk sebab dania hilang selera makan. fes time nih. besa selera makan dia sentiasa ada. dan nak jadikan cite. nama pon dah raya jadi banyak klinik masih tutup lagi. bukan klinik melayu je yang tutup, sume2 skali tutup. double kesian kan. apapun kitorang masih sakan beraya gak dan agak kontrol2 sket la sbb dah dania demam kan. jadi tak de la terperap je kat rumah. dengan alasan dania perlu banyak kan berjalan supaya biar dia keluar peluh.hahaha...dan disebabkan kekalutan sume di atas, kitorang sendri bersalam2an dalam keta je.

k kita sambung nanti ngan banyak gambar ye.

tbc


2 comments:

R-B-I said...

Congrates tuk semua2 especially wed anni korang...patut ko g celebrate!

Mrs. Bee said...

hepi 3rd anniversary + hepi belated burve day mien :)

..and selamat hari raya too!maaf zahir batin.. ;)