Friday, November 26, 2010

Fuh!

Fuh satu sebab blog ni dah bersawang.

Fuh dua sebab dah rasa lapang dada sket.

Lapang dada sebab matlamat tahun ni dalam kareer aku dah tercapai.

Rasa syukur sangat. Alhamdulillah kursus wajib dalam perkhidmatan aku dah tempuhi dengan selamat. 1 dah tau keputusan tinggal 1 lagi je. Nasib baik yang tu bole semak kat laman web.

Musti korang tertanya-tanya kursus apa? alahai kursus apa lagi kalu tak kursus induksi dan BTN.

Sape2 yang berkhidmat dalam gomen confirm lemah je kalu dengar dua2 kursus ni.

Lemah nak pegi satu hal sebab nak kena ngadap peksa. Yang lemah nya nak mendapat tempat tuh. Cni aku nak share jugak le pengalaman aku dalam mengejar untuk menghadiri kursus2 nih.

Mula2 aku tak tau pon sume perkara kena buat sendri. ye la ingatkan dah hantar borang pada admin, ada la orang yang akan tolong call. sekali hampes. siap minah kerani tu bole salah antar sume borang kitorang. adeh.

bila dah cenggitu, aku mula follow up sendri sampai la surat panggilan kursus sampai ke tangan aku. puas hati aku. hehehhe...

balik daripada induksi tu, kitorang disarankan untuk hadir btn seberapa segera yg boleh. ye la dengar2 bajet tak de la. bila bajet tak de bilangan kursus pon dah kurang.

bermula la sesi pulun follow up untuk btn. masa call tu memang pegawai tu dah bagitau tak de kekosongan untuk tahun ni. jadi aku memang tak berharap sangat. ingatkan nak follow up semula bulan 12 nanti supaya nama naik untuk tahun depan. tup tup balik raya dapat le surat panggilan btn. hehehe...

untuk bulan 12 ni aku plan nak gegar pegawai yang kuar kan sijil kursus induksi. mana taknya kursus bln 4 sampai la ni tak dapat2 lagi sijil.

untuk pengetahuan korang, memang malang duk kat kementerian yang bias terhadap skim. aku malas nak sebut tapi sape keja skim tu 3 tahun keja confirm naik 44. kami ni kekadang macam peminta sedekah pon ada. sebab dah ada kes. pegawai atasan aku terpaksa follow up sendri kenapa dia tak naik2. rupa2nya kami ni dianaktirikan. depa pentingkan skim2 lain berbanding skim kami.huhuhuhu...

kitorang yang baru2 ni memang agak cuak la bila dah dengar kes sampai tahap tu. kalu tengok kan batch aku ni memang brutal gak. slumber je sound 54 minta urus cepat sijil kursus. muahahahahha...

kalu orang di luar gomen mengharapkan pembaharuan dalam penyampaian kepada rakyat, kami dalam gomen ni memang berkobar2 untuk membuat pembaharuan dan mengharapkan pembaharuan yang sama gak. tapi sume tu perlu kan masa. cam besa orang berkata bersabar aje lah ye.


No comments: