Tuesday, April 5, 2011

Kematian

Ni berita memang fresh lagi. Salam takziah kepada arwah sepupu mak aku.

Tak sangka dia akan pegi secepat ini. Baru je mama n abah pegi melawat arwah. Dan pagi tadi arwah dah selamat hembuskan nafas yang terakhir.

Selama ni arwah memang sangat kuat. Perjalanan hidup arwah penuh ngan liku hasad dengki orang sekeliling. Sudah menjadi kebiasaan di kalangan orang kita kalu dengki je pegi bomoh2kan orang. Arwah memang dah lali ngan macam2 rupa dan bentuk mainan syaitan. Tapi tak sangka kali ni arwah tewas. Sebab yang kali ni memang dahsyat. Aku pegi melawat dia aritu masa pertengahan bulan 2 nampak susut benar badan dia. Tinggal tulang sahaja. Hilang sudah badan nya yang pernah berisi dulu.

Salam takziah kepada keluarga arwah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Tiadanya arwah di dunia ni memang amat terasa.


1 comment:

Unknown said...

ketawa gembira la orang yg buat arwah sakit menderita ni..tp dia tak tau ke yg dia akan menjerit kesakitan dgn balasan allah nnt.. astaghfirullah

takziah jugak utk keluar arwah..semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman