yeah finally hasrat menukar anak2 ke taska lain terlaksana juga. halangan paling besar masa nak buat keputusan tukar ni sebab lokasi taska yang jalan keluar masuk agak sesak.tambah2 lagi bila bulan Ramadhan. ye la bila bulan umat Islam berpuasa, yang kakitangan kerajaan dari WP3 tukar ke WP1/2, yang swasta plak pakat2 potong waktu lunch hour supaya boleh balik awal.
alhamdulillah so far dua hari ni saya masih gagah lagi mengharung trafik di Kajang Silk. nasib baik la akak kat opis ni ada tunjuk jalan singkat jadi lega la sket. rasa lapang dada bila antar anak2 berdekatan dengan rumah. sebab sebelum ni taska anak2 di Putrajaya. penah beberapa kali bila badan dah penat, mata kekadang terlelap semasa drive. memang seriau gak bila mengenangkan balik. penah gak kadang2 berkejar ke stesen pam semata2 nak menyusukan Syamil dulu. semuanya macam amazing race.
keputusan untuk tukar taska anak ni gak sebab Syamil tahun ni saja dah 3 kali masuk wad. dan selsema adalah peneman dia sepanjang masa. rasa kesian sangat. nasib baik la Syamil ni baby yang baik. masih boleh tido nyenyak waktu malam walaupon tak sihat. melihatkan bil. baby yang semakin bertambah saya jadi kesian dan tak sampai hati. sebab tak de perubahan pada kesihatan Syamil. memang la bila dah ramai2 tu anak kita secara tak langsung senang dapat jangkitan, cuma yang tak berapa paham dengan sesetengah ibu bapa yang anak dah sakit tapi masih hantar ke taska. dalam kes saya yang masuk wad 3 kali ni, bukannya ketua saya tak bising. saya seperti biasa buat muka dan telinga tebal sebab tu saje yang mampu. selebihnya biar dia la paham2 sendiri.muahhha...nasib baik la direct boss agak memahami.jadi saya tak pasti apa alasan ibu bapa berkenaan yang tak dapat nak menjaga anak sendri ketika diperlukan.
pada Dania, hari nak dekat tukar taska tu saya sentiasa ingatkan yang dia akan berpindah. seperti yang dijangka Dania agak monyok. Syamil agak stabil sebab dia tak paham lagi. mula la Dania bilang semua kawan2 yang dia rasa tak rela untuk berpisah.tapi bila amek semalam tengok bukan main seronok lagi. siap ada sorang budak laki ni bye bye dia. cuma Dania mengadu dia kena pukul ngan kawan. alahai budak kecik nih.
btw, kelebihan taska yang baru ni yuran taska sangat murah berbanding yang dulu. yuran bulanan dan bayaran lebih masa. semuanya kadar yang munasabah. jadi dari segi kos, saya rasa memang lega. tak rasa terbeban. tambahan lagi tahun depan Dania dah ke tadika. kebetulan taska ni ada rangkaian tadika gak. kereta pick up pon ada jadi senang cite tak perlu pening dh.hehehhe...ok la harap2 sume dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Amin
2 comments:
lama x dengar cite ko Mien? Syamil masih fully breastfeed? nanti kalau dh tibe mase nak bagi fm boleh la usha2 Susu Ilham ye. boleh calling2 aku :-)
dh x bf. susu ilham produk daripd mana?
Post a Comment