Friday, October 31, 2008

feelgood on Friday ~~

Hoho..It's Friday!

Today I am so happy because I had a delicious lunch plus with happy buying of dr. feelgood and last but not least meet with my unimates, Meow Chi.

After having lunch at Dome, KLCC we quickly make our way to Parkson. Whooaa! A lot of improvement has been made up at their shop area. Mind you the last time I went to Parkson, KLCC is 3 years ago OK. But I feel not really impressed by their improvement because it looks like very exclusive for those yang poket lebat sahaja.huhu..let it be la.

Sometimes a little bit of terasa jugak especially masa nak bayar kat cashier. Those who buy expensive items their salesgirl will accompany you to their cashier counter and siap tolong serahkan resit dan makesure you will receive their exclusive paper bag.

Forget about it.

My intention is to seach dr. feelgood from benefit. Because it is my first time being there after their renovation, take me about 10 minutes to figure out the location. Ooohh their booth sebelah Stila. Actually I am not in the mood of buying but because of I am always being trapped of this feeling. Ye la kita dah beria tanya soklan (siap demo tuh) tapi last2 tak beli rasanya memang tak elok jugakkan. End up by buying and receive rm20 voucher. Tapi hampes.
rm10 expire on 7 Nov and another rm10 on 23 Nov. Looks like asking me to buy benetint jek.hehe..My opismate pun dah dreaming2 nak beli gak benetint. Sebab 2 in 1. You can apply on your cheek as blusher and on your lips as lipstick. Very fabulous!!

On the way back to office... I make a drama scene at Ampang Park Station. Punye la seronok sebab terserempak dengan kawan lama, Kang Meow Chi. Siap hugging each other tuh. Looking at her she reminded me on our university life.

Oopss..did I mention we hug each other? Back to year 2001, we became a close fren because we share same feeling when we were fighting to be a manager. Not only that until now we also share same reason why we don't want to continue our Elken business but only consume their products. I am not saying Elken business is bad. Later when I have time I'll share with you on my MLM experience.

Oohh...feel blessed to meet her. Dua2 ketawa bila teringat masa nak fight jadi manager. Sanggup tuh pegi jual biskut merata2 kat area HQ Elken. Bila dah tak dapat jual, bawak balik stok dengan motor. Tangan penuh kiri kanan dengan tin biskut. Last2 tak dapat jual makan masuk dalam perut sendri. hihihi..Sebab tu la bila lalu HQ mesti ingat Meow Chi. Tau tak sebab apa kitorang jual biskut? Sebab teruja sangat dengan upline kitorang dapat jadi manager dengan hanya menjual biskut. Impressive kan? At the end Meow Chi qualified jadi manager for that month and me for the following month(sebab tak cukup point). When she received the good news of being appointed as manager, she cried in front of me. Because I was the only person yang paham perasaan dia. Bila teringat kisah ni, rasa lain sangat. Our friendship bond tu unik. Walaupun kami jarang berjumpa tapi sekali terserempak rasa teruja sangat sampai peluk sakan. Yang kagumnya berlainan bangsa tuh. Ala..macam iklan kat TV tuh. I bet that was enough to describe our friendship.

Tak tau la bila lagi bole jumpa dia. Pasni dia dah tak keja kat Ampang Park lagi. Let me guess. May be bila terjumpa lagi ntah2 dia dah kawin ada sorang anak pastu saya pulak dah beranak pinak.muahahha...

p/s: forgive me on my bad writing in English.

Tuesday, October 28, 2008

OT

Duh! Kena OT lagi. Macam mana nak terangkan kat Mama pasal OT nih. Erk..sape plak nak jaga Dania kalau betol2 kena OT dis weekend. Serabutnyaaa!! Last week Mama dah agak bising.
Mama ingat aku saja2 nak wat OT. Siap cite kisah kengkawan dia dulu yang rajin wat OT. Siap bole beli keta dengan duit OT.huhu..
Mama tak paham. Itu gomen. Ini swasta. Bukan suka2 nak wat OT semata2 nak bagi lepas bayar hutang. Ni memang kena buat. Nak wat cane ada satu PC je yang ada software tuh. Pastu bos plak nak drawing tu urgent. Kena plak share PC tu ngan another staff. Dan lagi kami berdua baru nak bermesra2 dengan software 3D tuh.Tensi betol.

Kalau tak OT nanti dipersoalkan plak masa appraisal.huhu..
Kalau OT, Mama bising. Dan lagi confirm dengan Dania skali kena g opis.muhahaha..
Bos plak dah siap bagi memo suruh datang training on weekend a.k.a OT gak la.
Cane plak tuh..Boleh je nak bawak Dania tapi rasa tak selesa plak. Nanti tetiba *amada datang opis tengok ada baby.

Well..ini lah realiti hidup. Dulu masa bujang tak dapat peluang untuk OT.
Bila dah kawin ter'dapat' peluang plak.

Ke aku yang lembap sangat wat drawing tuh? Rasa2nya sepanjang wat drawing langsung aku tak curi2 bukak internet. huhuuh...apa2 je la.

Oh!Tuhan. Tolong lah aku melepasi tahap getir 3 bulan ni. Harap2 la performance aku ok dan dapat increment.*wink* Insya-Allah




Wednesday, October 22, 2008

Hobi Baru Dania

erm..walaupon keja berlambak tapi nak jugak tulis.hehe..

alhamdulillah sepanjang besarkan Dania selama 5 bulan ni kami rasa sangat menyenangkan. ye la kadang2 tu bila datang ragam dia memang tensi gak. especially masa tengah pantang dulu. banyak kali gak nangis sebab Dania tak nak tdo dan kami plak dah ngantuk tertonggeng. huhu..
Sebab my mom yang jaga Dania jadi Dania jarang sakit. mana tak nye maaaannnjaaa sangat ngan nenek dia. jeles tau..nak tdo pon kena ada cara. nanti la kalu dpt snap pic masa Dania tgh manja2 kami akan upload nanti.

Dania Ziyad updates on her baby development...

(^_^) Pusing badan skit2
Skang dia dah pandai angkat dada dan gerakkan badan mengikut kepala. Maksudnya bole pusing2 la.

(^_^) Pegang benda
Oowhh dia sangat suka buat nih. Lepas dapat je pegang terus masuk mulut. yum..yumm..

(^_^) Bergurau
Dania dah pandai gelak bila kita agah2 dia. Kadang2 tu gelak kuat macam orang tua.

(^_^) Meniarap
Dania masih meniarap statik cam dulu. Dia belum bole gerak ke depan dan ke belakang. Tapi tengok bontot dah naik sedikit.hheheeh...

(^_^) Golek-golek
Ni pon favourite dia gak. Asal letak je atas bantal besar tuh, terus dia golek2kan badan. Sesuka hati dia jek.kihkihkih...

(^_^) Kenal Mengenal
Gosh! Baru umor tak sampai 4 bulan dah kenal orang. Uhh! Very surprise. sebab besa baby start kenal orang masa umor 6/7 bulan. tapi Dania ni..bila orang lain selain yang dia besa nampak nak dukung dia, mesti cembeng. tak tau le bila dah besar skit nanti. penat le Ummi dan Baba dia nak dukung kalau tak nak ngan orang lain.

(^_^) Meramas
Ni hobi baru dia. Meramas Ummi nye breast masa breastfeeding. Saaakkiitt tau Dania. Tak tau le cane nanti bila dah tumbuh gigi. huhu..

Pic? Later la. Still dalam kamera gabak baba Dania. Ntah bila nak transfer since kitorang dah tak de pc. huhu..

Tuesday, October 21, 2008

Dania Ziyad turn to 5 months old

Hepi Besday 5 months to Dania Ziyad!

Sabtu yang lepas kami bawa Dania ke Klinik Johari dan Anita untuk dapatkan vaksin. Alhamdulillah Dania tak nangis masa doc inject dia. Tu pon dah hampir nak cembeng. Nasib baik le saya cepat2 agah Dania. Doc tu kesabaran je tengok saya beria2 agah Dania.hahaha...

Lepas pegi klinik, kami menghala ke rumah Pak Ngah (depan klinik je). Mak Ngah seronok je tengok Dania. Tapi sayang Mak Ngah tak dapat nak dukung dan main2 dengan Dania sebab Mak Ngah sakit. Mak Ngah agah2 Dania dan seperti biasa Dania akan senyum melengeh2 sampai nampak lesung pipit dia.

Agak2 nak dekat pukul 12 kami mintak diri sebab nak ke KJMC. Kali ni saya plak nak jumpa doc. Seperti biasa klinik Dr Fatima memang le sibuk. Tambah2 lagi hari Sabtu. Pukul 1 lebih baru kami dapat masuk bilik doc. Sebelum tu kami naik ke klinik Dr Syed untuk set appointment rotavirus Dania.

Uuhh..cuaknya nak jumpa doc. Dari bulan lepas lagi saya dah terbayang macam2 sampai kena marah ngan hubby.hehe..

Ye la bila jumpa doc kat Klinik Johari dan Anita tu cara doc tu explain macam kes serius je.

Rupa2 nya tak de la teruk sangat.

Saya mengadu pada Dr Fatima selalu ada lendir keluar dari faraj. Lendir tu warna nya kekuningan. Pada saya memang agak pelik sebab sebelum bersalin tak pernah ada masalah tuh. Dr cakap tu adalah simptom discaj disebabkan ada fungus. Dr mintak baring atas katil dan buat aksi mengangkang seperti hendak bersalin. OOwwhh...sangat le tak suka aksi ini. Terus teringat waktu bersalinkan Dania.

Dr Fatima ni yang bagusnya dia akan explain apa yang dia nak buat sebelum dia praktikkan. Lepas je dia terangkan dia masukkan ubat ke infected area. Kebetulan saya belum buat pap smear, jadi dah alang2 tu buat skali. Ouuchh..sakit OK. Doc kata awak sakit sebab awak keraskan badan.hehehe...rasa macam kena rodok ngan kayu. Pastu doc pasan ada lebihan daging pada dinding faraj. Doc tanya ada sembelit ke masa lepas bersalin? saya jawab le ada. Doc terangkan lebihan daging tu terjadi disebabkan saya cuba meneran. Disebabkan kulit dalam dah sembuh dan kulit luar belum sembuh maka terhasil daging yang tidak berkenaan. Oowhh.. mula2 pasan kejadian daging tu ingatkan sebab hujung benang jahit yang tersimpul. tu yang buat bodo jek. rupa2nya sebab sembelit. (bila cite pasal sembelit terus teringat masa pantang dulu errkk..horror sangat2 sampai tak leh tdo asyik masuk toilet je dan Dania plak merengek2 nak menetek bayangkan menyusu Dania sambil menahan sembelit)

Doc pun dengan selamba nya tarik daging tuh. Oucchh..sakitnya. Meleleh kuar darah dan doc advise pakai pad. Saya dinasihatkan untuk menjauhkan aktiviti 'bersama' sekurang2 nya 2 minggu. Yeah! saya dapat 'MC' 2 minggu.hhehe...

Keputusan pap smear dalam minggu ni. Doc kata kalau normal nurse tak kan call melainkan result tu tak normal kena datang semula ke klinik.

Seperti biasa dah alang2 jumpa doc, saya mintak segala bekalan ubat yang diperlukan such as Neurogain PB 2 botol dan Norriday 3 paket. Doc tu gelak je bila saya mintak stok untuk setahun. hehe..mentang2 la bole claim.

Keluar dari KJMC kami terus ke rumah Syifaak. Sampai je dah ada ahli wajib:Yabeet dan Kyra+Ali. oohh..baru pasan kami tak snap pic pon! my hubby ada le sangat bwk kamera dia tapi as usual bila nak amik pic mesti malas. So tumpang2 la kamera baru Ali.

Solat Zuhr kat umah Syifaak pastu makan dessert wajib (Syifaak suka wat resipi ni even kalau dia pegi open hse umah orang lain pon mesti dia masak dessert nih). Sambil makan tu Kyra cite pasal expenses hnymoon Bali dia. Agak kagum la dapat ke sana dengan belanja yang murah. She did offer to us her contact person if we want to make a trip to Bali. owh..tq! tapi saya prefer Bandung! sebab nak shooppiingg!

Sang Yabeet ni plak dah sibuk2 plan nak ikut Syifaak ke China. Tapi Syifaak tak bagi couples ikut. Tak aaacii OK.

Bab2 melancong ni kalu ada duit jalan jek. Tak pe la ada rezki lebey kami ke sana. buat masa ni kewangan tak mengizinkan. kalau ada pon baik simpan untuk kegunaan yang penting. lagipon kami dah sediakan satu trip ke Langkawi untuk Dania.

Jadi biarlah si bujang2 ni sume melancong sebelum mereka diikat.hehehe..(jelesnyaaa...)

Lepas rumah Syifaak, masing2 berpecah. Yabeet ke rumah Haslia. Kyra+Ali ke rumah kakak Ali. Kami ke rumah En Sharul, bos hubby.

Uuhh..tell u what. Open hse kengkawan opis hubby le paling saya malas nak pegi. Can't mix la with bankers. huhuu..tak tau nak story pe. summore range age pon jauh. yang muda tu muda sangaaatt..yang tua plak tuaa sangaaatt sampai ada anak bujang n dara. nasib baik la ada Dania, penyelamat keadaan. heehe..buat2 le bz jaga Dania.

Lepas dua umah bos hubby kami dah tak tau nak ke mana. Hubby cakap balik rumah dulu, mandi dan solat. Lepas tu baru pk nak ke mana. Mandikan Dania dulu sebab tengok jam pon dah lewat. Ye la baby tak leh mandi lewat. Lepas tu sama2 amik turn mandi. Saya ajak hubby ke Balakong umah Along anak Pak Ngah tadi. Sebab ari ni Along tak keja. Along ni doc kat HUKM. Bila dia cuti je baru dapat jumpa derang. Husband and wife doc. memang bz la.

Sampai umah Along kul 9. Borak2 dengan Along dan anak2nya:Anis dan Nadia. Cute!

Penatnya Sabtu kami. Esoknya Dania tak berapa sihat. Mungkin sebab vaksin tuh. Jadi Ahad tak ke mana2 walaupon berderet2 list open house. Dan my hubby plak ke Times Square sebab nak tengok pameran fotografi.

*end*

Monday, October 20, 2008

Obsesi

Arghh!! Lambat lagi. Dua tiga hari ni asyik lambat je. Naik tren kul 7.30am memang jawabnya akan sampai laaammbaat.

Tips untuk pengguna LRT: Sila naik tren sebelum pukul 7.30 am untuk mengelak dari sampai lewat ke opis. Diingatkan tips ini berguna bagi sape yang masuk opis pukul 8/8.30 am OK.

Bila dah lambat ni memang terpaksa bersesak dalam tren. Saya mencari2 muka2 yang besa nampak dalam tren. Ouch! Saya terperasan sorang minah ni. Aii..besa dia dapat seat dalam tren.
Hari ni nampaknya dia kena berdiri. Seronoknya bila tengok minah ni tak dapat duduk.heehe (keji tak saya?)

Bila sampai je kat Masjid Jamek, sorang uncle ni bangun dari tempat duduk. Uiishh..minah ni bukan main lagi. Dia cuba berasak2 nak dapatkan tempat duduk. Dengan tak disangka2 sorang amoi datang menyelinap di tepi minah ni lalu dengan muka seposen dia duduk. Hahhaah..best best.

Elok sampai Dang Wangi, amoi tadi pon bangun. Minah ni plak dengan muka konfiden nya "kali ni mesti aku dapat duduk" menapak setapak untuk duduk tapi telah dihalang oleh sorang makcik. Sekali lagi best best. Minah ni tak dapat duduk sehingga lah dia turun di KLCC.

Owwhh..seronoknya perjalanan tren untuk hari itu sebab dapat tengok sorang yang obses ngan tempat duduk dalam tren tak dapat duduk sampai ke sudah.muahhaahha...

P/S: entry ni sangat keji kan?hahahahah..

Wednesday, October 15, 2008

Pagi Yang Meluat :(

salam sume.

ni saya nak share satu kisah yang berlaku semasa dalam perjalanan nak ke opis hari ini.TIDAK! ini bukan kisah 'mereka' yang poyo nak duduk dalam LRT.Ini adalah kisah tentang sepasang kapel c*na. apa yang menarik sangat? ehehe..saya perasan derang berdua ni suka berjanji naik tren sama2 walaupun berlainan stesen. yang L nye naik kat KJ yang P nye naik kat Tmn Bahagia.

OK. Perasan tajuk entry ni? derang la watak yang meluatkan di pagi yang terang ini.

Ini bukan kali pertama saya terserempak dengan derang. Dah banyak kali dah cuma beberapa minggu ni je dah tak terserempak.Yang L le suka wat aksi. Tau le tengah hot bercinta. Bole plak si L ni selamba k*ss P. bukan sekali tapi baaaanyyaakk banyak kali.

rasa geram je ngan derang. nak je saya tambah kat pintu LRT tuh Dilarang Ber*iuman!

yang tak bestnya derang sama2 turun kat Ampang Park. Pastu sama plak building ngan saya.addooii..why la they all keja same place with me. terpaksa la saya menonton adegan derang sampai tren berhenti.

harap2 sok derang tak naik sama tren dengan saya. :(

Friday, October 10, 2008

Hari Jumaat di Ampang Park

Yezza.. TGIF!
Hari ni kami lunchie kt cafe Bee's. Elok je lepas order makanan, my fren chura call ajak lunch. apa daa..lambat saaanggaatt buzz kat YM. sowi la chura. lenkali la yek.

Lepas makan, saya jalan2 window shopping sensorang kat Ampang Park. Ingatkan nak call Haslia (my skoolmate masa sekolah kat Raub)ajak shopping tapi tetiba rasa malas nak calling2.

aktiviti ari ini ialah jalan2 survey rega barang n pakaian kat Ampang Park.


:( pasaraya yang kat bawah tu saaangggaatt le mahal reganya. rega yang display tu sejibik rega kat 7-11/mynews/watson n etc
bayangkan pampers Drypers saiz L pon derang jual rm42.90!!!!!
langsung terus reject dan tak kan masuk pasaraya tuh.

;) ada sebuah kedai yang jual handbags dari korea. bag2 yang macam ni elok beli dari internet jek. jimat dan murah. tapi ada satu handbag tu lembut dan ringkas. tak de brand dan dapat 10% diskaun! berkenan gak tapi kalu dia nak jual ngan rega rm50 memang ingat nak beli. tapi ntah cane tadi tak tertanya plak kat salesgal tuh. tak pe la lagipon bulan ni dah out of bajet.

;p kedai sebelah plak jual pakaian baby. mula2 memang nampak menarik. rupa2nya derang jual baju sejibik sama kat Brand Outlet, Ikano. Tapi reganya dua kali ganda. Saya siap bagi info kat sorang auntie ni. Dia pon tak jadi beli baju tuh. Erk..rasa bersalah plak dengan tauke kedai tuh.tapi tak pe sape suruh jual mahal pastu baju nye nampak buruk.

:( Kat tengah2 shopping area tuh masih ada lagi kedai yang display baju kurung. taappii reganya 2 kali ganda dari masa bulan pose. sume baju dah kembali ke rega asal. ingatkan nak le cari blouse untuk mama tapi nak wat cane bajet tak cukup.