Unimates:
Tak sangka kan kita bole jumpa orang yang kita kenal di tempat satu keja. Ye la dah nama pon gomen, confirm lah jumpa orang yang kita kenal. Pasni tak tau la plak sape nanti aku jumpa kat sana.
Yem tu budak mech. Slalu datang opis sini submit drawing. Tak pasti dia keja ngan company mana. Sebab aku bukan bahagian mech. Kalu jumpa tu mesti masa nak masuk kuar lift.
Lynn n Ismail satu course ngan aku. Dulu kitorang share dewan kuliah, kafe pak lah dll dan skang ni share bilik dan juga pegi la sume merata tempat kat Mid Valley. Itu pasal Lynn. Ismail ni kat unit lain jadi jarang jumpa. Lagipon unit dia tu slalu kena outstation.
Hilda tu junior semesta. Dah nak kawen pon dia ujung bulan 5 nih. Makin slim dan lawa. Dulu paham2 je la. Makan nasi kawah betol2 wat kitorang gemok. Lepas je kuar skolah sume makin slim. Kat opis skang ni kitorang satu floor. Kat skolah dulu pon satu floor gak sebab satu rumah sukan-Kejora.
Wan Fatimah ni dulu ada kat opis sini. Skang dia suda pindah ke Johor ikut suami.
Azira ni walaupon junior dan lain course kenal dia sebab sama2 berjuang untuk *KIUM. hahaha...
Tengok la list atas tuh. Kalu dulu aku ada lah senior di skolah dan uni tapi skang terbalik. Aku suda jadi junior kepada junior aku. Bukan setakat keja sahaja malah gaji tau. Itu lah namanya rezeki masing2 kan.
Jadi sebelum kita memikirkan kekurangan diri elok lah kita cari nilai positif dan yakin Tuhan akan selalu murahkan rezeki kita sekeluarga.
p.s sori la entry ni cam tazkirah jumaat plak. sebenarnya aku dah tak tau nak wat pe. sume keja aku dah handover. lalalallala~~~