Sunday, May 10, 2009

Langkawi Trip Part 1


Hi Sume!

Ni baru nak update pasal trip to Langkawi. Setelah hampir setengah tahun aku booked tiket, masanya pon dah tiba. Tengok la wajah riang kami semasa menunggu untuk terbang. Seperti besa kalu kapal terbang tak delay bukan air asia nama nye ye. Flight kami telah delay selama 2 jam. Dah le sampai awal so tak tau buat apa lepak di Old Town White Coffee. Spend dalam RM15.10 untuk 1 cawan kopi Gao, air yoghurt oren dan french toast.



Masa kapal nak terbang cuak gak. Takut gak kot2 Dania tak tahan dengan tekanan udara. Alhamdulillah Dania sangat le sopan santun. Dia telah mendokan dirinya. Kami pon join lelap ngan Dania.

Elok je turun dari kapal Dania pon bangun. Sampai je kami cari kaunter untuk sewa kereta. Pilihan kami ialah Myvi! Nampak taf dan jimat minyak. Spend Rm140 for 3 days rental and Rm50 for deposit. Agak murah memandangkan date kami sewa bukan masa peak. Orang kaunter tu bgtau untuk sewa ari Khamis dan Jumaat serta seterusnya suda kira rega lain. Bole mencecah Rm 200++. Sebelum tu kena top up minyak. Memandangkan hari dah nak petang sebab tak nak rugi kami top up Rm15 dulu.Tanpa membuang masa kami terus drive ke Sri Lagenda Resort. Agak confuse gak masa nak cari resort nih. Jalan punye jalan jumpa gak la. Dah tau lokasi kami pegi makan dulu. Lapar sangat2. Spend Rm8.40 for lunch dan Rm1 untuk air mineral. Check in resort dan erk! Keciwanya. Tak cantek langsung. Kolam plak air hijau. Bangunan pon buruk. Dalam internet bukan kemain lagi cantek nya. Since resort ni kami booked under tempat keja hubby so pasrah je la. Ok la Rm100 for 3 days. Next time jangan harap le kami nak duduk lagi. Free pon tak moh. hahahha...


Lepas mandi dan solat, kami drive ke kedai runcit. Beli sabun mandi sebuku, air 100 plus dan air mineral. Spend dalam Rm 6.90. Plan asal nak dine kat Bukit Malut. Ntah cane hubby bole terlajak ke depan tak pasal2 ikut jalan jauh. Kami lalu Pantai Chenang dulu baru jumpa Bukit Malut. Pantai Chenang sangat happening. Ingatkan sempat la nak menikmati sunset, Dania plak tdo. Penat sangat dan cuaca pon agak panas. Itu yang wat si kecik ni keletihan. Pantai Chenang ni sume ada. Dari spa, kedai baju, kedai pelampung, restoran dan macam2 lagi la. Kalu stay cni memang senang sebab sume dah ada depan mata.

Akhirnya kami tiba ke destinasi. Pic atas tu le tempat kami dinner. Style pondok tuh. Nampak eksklusif gak la. Sebenarnya kami main masuk je restoran ni. Ingat nak call my fren, Diyana sebab through her story la yang wat kami decide nak cari seafood. nak confirmkan restoran. sekali hp abes bateri plak.

Kami order chili crab sekor, udang masak asam saiz medium, sup, nasi 2 pinggan dan sejag air tembikai. Tempat ni memang agak mencabar bagi seorang kucil seperti Dania. Serangga macam2 jenis ada. Nyamuk tak de sebab dah pasang ubat nyamuk. Overall makanan nye sedap. Spend Rm 78. Murah kan? Selepas bayar baru le kami pasan rupa2nya tempat ni femes. Tun Dr. M dan Jackie Chan pon makan seafood kat cni gak. hikhikhik...


***Tbc

1 comment:

not a serious blogger said...

mana langkawi trip part 2??