Monday, May 11, 2009

Cerita Jumaat Lepas

Ceritanya begini.

Kul 10 am aku kena attend satu meeting kat Jln Sultan Salahuddin. Sepatutnya bukan aku yang kena g. Disebabkan dulu projek ni bawah aku, jadi aku kena ganti eng kanan. Ok fine.

Nak dijadikan cerita aku dan *inky suda plan nak g Semua Hse untuk survey barang kawen dia. Jadi dia pon pikir kalu aku dah g blok B cane plan kami nih. Dia pon buat keputusan untuk join aku g meeting yang sama. Masa dah nak kuar bilik tuh tetiba datang la konsultan nak jumpa dia untuk diskus projek yang nak tender khamis nih. Dia dah jadi serba salah. Issh...shopping punye pasal mana bole postpone. Jadi dia ignore konsultan tu. Kami pon jadi pegi meeting tu dan suda tentu plan shopping kami on. Hooray!

Masa tengah khusyuk meeting tuh, tetiba bos kami sms dia. "*in, kamu pegi meeting apa?"
Jawapan dia "*LKBN dengan min"
Jawapan bos "Meeting tu kan saya suruh min pegi. Abes *udit *el ni sape nak handle?"
Jawapan dia "min mintak tolong saya untuk meeting ni"
Jawapan bos "Projek kamu nak tender 14hb ni. Cane nak tender kalu drawing hancur. blablabla Min plak cakap macam pandai sangat. Kata dah lama keja ngan kontraktor. Takkan tak bole berdiri dengan kaki sendri?"

Okk ooww. Terus mati mud kami berdua. Dia dah gelabah. Aku rileks je. Macam le tak besa kena marah. Tapi aku saket hati la ngan ayat bos aku tuh. Ada ke patut dia taruk aku cenggitu skali. Sucknye dapat bos pompuan. Apa slhnya bagi ayat "Saya nak awak balik opis skang". Abes cite. Tak perlu nak bebel dalam sms.

Nasib baik la aku dapat offer SPA tuh. Walaupon aku tak pasti apa jobscope kat sana tapi aku tak kisah. Sebab kat sini aku tak bole duk bawah bos pompuan. Dah banyak eng laki cabut dari bos aku nih. Terlalu banyak dan panjang kisahnya.

Walau apa pon terjadi kami tetap shopping. Nama pon pompuan. hikhikhik...
Sepanjang nak balik tu aku share ngan dia pengalaman aku yang banyak kali tukar keja dan mengadap 4 bos. Aku bagi rate kat bos aku skang 1 dari 10. Keji kan? Siap buat rate tuh. Dah le salah sendri.

Bila cite kat hubby, senang je konklusi dia. Yang pegi bangang tulun cover orang tu apasal? kuang kuang kuang

4 comments:

auni said...

hahaha lawak lah min jawapan husband ko!
tapi bos pompuan memang leceh kan? aku pun bos pompuan dan aku tak suka.seb baik keje kontrak je kat sini

cneo osman said...

wohoo...atas aku ada 3 level boss pompuan..yag aku selalu refer...so far ok ja dgn aku..leh ajak borak..bincang and very very supportive..kesimpulannya ..depends kot...anyway thanks mien share benda nieh..at least aku tahulah..camne perasaan anak buah..

Anonymous said...

hi....u dok kelana jaya ke??
u pnh x buat baju kat kastan kelana jaya??ok x??
reply eh.. mizzypotato@yahoo.com

ummi mien said...

hi...yup duk kt kelana jaya. aunty anne tu ke? selalu gak. jahitan ok tp potongan la kadang2 ok kadang2 tak ok.