Wednesday, January 20, 2010

Satu Hari Di Taman Burung Kuala Lumpur

Hooraay!

Finally we made a trip to KL Bird Park.

ngeh ngeh ngeh ;)

sblom ni asek cancel je trip nih.

sepatutnya manyak piccas. tapi tak sempat le nak upload.

enjoice!


yg ni bukan tangan dania, dan bukan juga tangan aku. of course la kan. suda terang lagi jelas itu tangan budak sek rendah. hehe...niat di hati nak suh dania yang bagi makan, sekali cancel. dania punye jerit takut tengok burung tuh. hampess...


gambar yang tak berapa menarik sangat. tapi ok le kot. janji ada trademark sangkar burung tu.


gambar Dania selepas Baba edit

Tuesday, January 5, 2010

Owh...bahagia nye idup bila dapat berblog

Ekceli, tak tau nak tulih pe.

Tapi sebab hati gumbira sangat bole blog, jadi suka hati je upload piccas yang ada dlm pc.

Gambar kat bawah ni sume masa p out station ke Kedah, Penang dan Perlis.

Seronot sebenarnya g out station nih.lebey2 lagi ke belah Utara.

Heaven dengan makanan dan pemandangan.

Orang kata vacation with gomen money.

Sebab tu la i tak perlu spend duit nak melancong sebab every month pegi out station dah membantu release tension di opis.

Tu blom lagi p jauh2. hehe...

Kalu keja kat swasta dulu, jgn harap le dapat peluang cenggini.

Pic tak de la menarik sangat saje2 je letak.

Luv:Scenery


Kawasan bendang yang hijau. Kalu bernasib baik bole jumpa bangau.

Luv:Teammates


My klik yang sama2 jaga projek. Tapi skang dah berpecah. Sgt tak syiok bila jln2 cari pasal sensorang.

Luv:Meet up my old fren

Ni kawan saya, Nurhidayah@Zuhila. Sejak abes skolah langsung tak de peluang jumpa dia.
Tau2 jumpa kat Kedah. hehe...


A part of her achievement. Dapat beli keta!


Uhh...sebenarnya tak suka sendri pic sendri amek. tapi dah tak de orang laen dah. layan je la.

Luv:The Foods




Sumenya seafood yang fresh. Tempat makan yang wajib: Tanjung Dawai.

Saturday, January 2, 2010

Us


Hohoho...udah lama Ummi tak ber'blog' pasal Dania Ziyad. Sehingga ke tarikh hari ini, umor Dania dah setahun 7 bulan. Semasa menyambut besday Dania yang ke-19 bulan arituh, Ummi nye yang hampeh pegi bawak Dania cucuk bontot(amek vaksin), dan hasilnya Dania demam. hihihi...ok pe. Ummi pon bole cuti rehat jaga Dania.

Dania skang memang seorang yang aktif. ke sana sini sinun berlari tak berhenti. Paling best Dania dah pandai mandi sendri. Masa mandi adalah masa paling seronok. Abes satu bilik air banjir dengan air semburan Dania. memang chill and happening aar.

Momen yang paling memenatkan masa nak dress up Dania. start dari keringkan badan dengan tuala sampai le nak pakaikan baju. oowhh...sangat stress. setiap kali nak buat sume keja2 tuh, Dania akan wat muka nakal dia dan larikan diri. bab2 melawa ni dah terror dah. tak nak bagi orang lain pakaikan baju sebab dia sendri nak pakai.

Sampai hari ni Dania maseh tak improve vocab dia. Susah betol Dania nak ikut apa yang kitorang sebut. tapi Dania faham apa kitorang cakap. Dania tau kalu orang marah dia. kalu kena marah sket, mula la cembeng. hehehe...Dania dah start kenal binatang. kalu kita sebut ayam, Dania akan wat bunyi ayam dia yang tersendri. obvious sangat bunyi ayam Dania lain daripada yang lain.

Dan kalu kita tanya apa2 Dania wat reaksi angguk n geleng. haih...

Pastu Dania dah pandai mengenal orang. Kalu tanya mana atuk? kalu atuk dia ada depan mata, Dania tunjuk dengan tepat sekali. kalu atuk dia tak de, Dania wat tangan tunjuk tak de. pandai pandai. hahahah...

Satu habit Dania yang suka gigit orang. Abes muka, badan dan tangan Ummi dia geget. Mentang2 lah gigi Dania dah nak penuh. Gigi depan atas bawah ada 8 batang. Gigi geraham atas bawah ada 4 batang. Jumlah gigi Dania dah 14 batang!

Alhamdulillah Dania nampak hepi duk bawah jagaan pengasuh baru, Ibu Nor.

Untuk Dania, jangan nakal2 ye. Ibu asek cite kat Ummi yang Dania selalu buli Abg Irfan. Tak padan ngan kecik, kat umah pengasuh jadi pembuli anak orang.

Itu je kot cite pasal Dania. Lenkali kita sambung lagi ye.




Hi 2010!

Salam sume...

dan Salam Tahun Baruuuuu!

Tahun 2010 bagi aku sangat mencabar. Kelembapan ekonomi makin hari amat terasa. Lebih2 lagi aku yang skang keja kat gomen. Apapun aku amat berharap suasana politik akan reda dan mereka yang dilantik lebey serius untuk membaiki keadaan ekonomi Malaysia.

Apapun jom kita selak semula kalendar hidup 2009.

Jan
Tahun baru di opis *-cep. Seingat aku masa ni seronok sbb dapat merasa bonus company walaupon baru bekerja beberapa bulan. hehe...

Feb-Mac
Beberapa bulan ni tak de apa yang menarik sangat pon. Hidup cam besa. Pergi keja balik keja komitmen dengan keluarga. Owh...lupa plak. Masa ni la aku dapat letter offer dari gomen. Mula-mula agak keberatan sbb aku dah seronok keja kat *-cep. Ye la gomen offer aku kontrak je. Ingat lagi setiap kali balik dari keja je mama confirm ceramah kat aku pasal kelebihan keja gomen. Mama btol2 risau kalu aku tolak offer tuh. Sebab dia tengok aku tak berapa hepi dapat offer tuh. Lepas tanya Gjol dan beberapa member yang lain, baru la aku firm dengan keputusan aku.

April
01.04.09 tarikh aku lapor diri ke JKR. Pada masa yg sama, Abah pon dapat naik pangkat. Masuk dept yang kebetulan ada unimates aku, Lin. Dan sume incik2 technician yang sangat suka makan dan bercakap tak berenti2. Owh...nak cite gak. Bulan pertama kat situ, asek2 disuruh mengemas dan mencantekkan file. Siyes macam zmn skolah dulu. Sebab bos aku tu sangat poyos nk menang 5S dan ISO. Duk situ memang terasa komitmen keja sampingan lebey dari keja utama.

Mei
Bulan ke-2 dah terasa penat ulang alik dari MidValley ke umah. Naik public transport memang meletihkan. Nasib baik opis tu kat MidValley. Kalu tak, memang hari2 rasa tak teruja langsung nak bekerja. Bulan ni menyaksikan ada 2 pegawai baru masuk, En. *afiz dan Cik *yida.

Bulan Mei ada 2 perkara gembira yang berlaku.

Satu: Aku dapat letter offer lagi dari gomen. Aku dapat permanent di KKM. Seronok sangat sebab tak sangka rezeki aku untuk dapat permanent dalam masa yang singkat. Dan seperti besa aku kena ngadap bos untuk minta pelepasan jawatan. Bos aku mula2 terkejut sebab dia tak tau pon aku kontrak. Dia mintak aku merayu dengan gomen supaya stay kat JKR. Berita aku dapat offer ni sampai ke pejabat timb pengarah. Kat situ segala gosip dan seangkatan dengannya memang cepat btol merebak. Ingat lagi. Blom aku bukak mulut nak cite pasal resignation aku kat pegawai tuh, dia awal2 lagi dah agak kedatangan aku. Tapi ok gak. memudahkan keja aku. tak yah cite banyak2.

Dua: Our lil Dania dah setahun. Sedeynya kami tak berkesempatan nak buat besday celeb besar-besaran. Sori ye Dania. Tapi kami ganti dengan kek besar dan makan besar kat restoran seafood. walaupon dah setahun, masa ni dania blom bole berjalan lagi.

Jun
01.06.09 tarikh lapor diri ke KKM. Masuk je opis baru, rupa-rupanya workstation untuk kami yang baru ni blom ada. Jadi pandai2 kami la nak merempat mana. Mula2 memang rasa tak happy langsung sebab lain benar masa kat JKR. Kat JKR, aku ada bilik sendri(wpun kongsi), telefon, kabinet file. Tapi itu sume tak de kat KKM. Memang boleh jatuh semangat aku bila tengok keadaan opis cenggitu. haha...mengada2.saja cari point utk malas nk wat keja.

Julai
Bulan pertama aku berjauhan dengan Dania. Fes time tinggalkan dia utk g out station. Sebak je rasa masa nak tdo. besa sblom tido aku cium banyak kali pipi Dania. tak pon aku main2 ngan dia. bila dah out station memang rasa rindu sangat. Nak wat cane. Tugas aku kat KKM ni memang menuntut aku out station tiap2 bulan sebab aku jaga projek klinik desa.

Ogos
Akhir bulan Ogos aku dapat offer untuk tinggal di kuarters kerajaan. Plan asal minggu tu nak g Johor untuk attend konvo Nurul dan cuti2 ke Singapore. Tapi sebab pindah ni lagi penting, jadi terpaksa cancel plan bercuti tuh. Lagipon minggu selepas tu kan dah start pose. Berpindah la kami sekeluarga buat kali ke-4 sepanjang jadi laki bini. Nomad sungguh kitorang ni kan. hihi...Kali ni memang betol2 mencabar. dengan tak cukup masa nak packing barang pastu ngan barang yang makin bertambah. barang sape lagi kalu bukan barang Dania.

September
Tahun pertama menyambut pose di Putrajaya. Siyes jalan jam teruk dari dalam kawasan opis sampai la ke rumah. Memang teruk aar. Baru la aku tahu bila masuk je bulan pose, sume yang WP2 dan WP3 tukar ke WP1. Patut la jam bangat.

Dan ia bulan pertama Dania duk rumah pengasuh.

Oktober
Bulan keriangan sebab penuh ngan open house dan kenduri kendara.

November
Bulan sedey sebab mak aji (nenek sebelah abah) telah kembali ke rahmatullah. Allah lebey menyayangi mak aji. Kami redha dengan pemergian dia. Sehingga ke saat ini, aku maseh blom berkesempatan lagi nak menjenguk kubor dia. Kata abah, mak aji ditanam kat tempat lain. tak satu tempat dengan kubor tok chik(suami mak aji).

Disember
Bulan yang aku sibuk paling luar biasa sekali. Baru la aku tau bulan penutup ni paling havoc bila bekerja kat gomen. Lebey2 lagi aku yang handle projek nih. Macam2 mende nak cepat.Cthnya claim kontraktor dan konsultan. Derang ni keja lemau tapi bab claim nk cepat jek. pastu suka hati submit claim lambat. Dan seperti besa, KSU mula turun padang tengok projek yang lewat. hehe...projek aku pon tak terkecuali. Tapi bagus gak. Bila lagi nak tengok KSU sendri kan. dan macam2 report nak kena buat.

Apapun bulan ni banyak betol orang mengawan. kat cni, aku nak ambil kesempatan untuk ucapkan tahniah dan mohon maaf sebab tak dapat nak menghadiri kenduri korang semua.
Tahniah kepada Rina dan Ramadhan, Syikin dan Rudhie, Azila dan Azmir, Zulazmi dan pasangan, Ani Fauzia dan Aysrul Naim, Fara dan pasangan, Helmi dan pasangan, Kamal dan Marlina, Zihan dan pasangan, Farhana Jamil dan pasangan, dan sape2 lagi yang ada menjemput kami sekeluarga. kot2 ada yang aku lupa nak sebut. hepi newlyweds to u all and wish u all da best k!

Dan tahun baru ni, aku nak ucap gud luck kepada mak-mak buyong Zulida, Farhanah, Roza, Irsyida dan sape2 lagi, selamat berjuang utk bersalin nanti. hehehe...