Tuesday, March 22, 2011

Previous Check Up

Check up minggu lepas memang rasa best sangat. Sebab tak sampai 2 jam je sume dah selesai! hihihi...mana taknya minggu lepas kan cuti skolah. jadi tak perlu beratur dengan check up kanak2 ribena. Cam tu la suasana bila cuti skolah di Malaysia. Kebanyakan ibu bapa memang akan ambil kesempatan untuk bercuti. Jadi memang mana2 pejabat pon akan merasai suasana lengang sama seperti sekolah ok.

Pregnant kali ni memang sangat berbeza btol la. Mana taknya bila test hb, bacaan rendah. Dah le last month pon atas pagar. Kali ni bawah pagar terus. aiseh!

Bila borak2 ngan nurse tu, baru la tau kenapa bole mengalami hb rendahnya. rupa2 nya mak ni tak makan sayur dan minum susu. huhuuhu...

Siyes memang mak buyung kali ni memang tak dapat nak telan kedua2 makanan. Tapi skang tengah berusaha untuk cuba gak telan. Sebab bila interview sume orang memang ada pon yang mengalami hb rendah gak. siap lepas bersalin pon kena g check hb tiap2 minggu. pengsan!

Apapon akan cuba diusahakan jugak. chaiyyookk! nurse ada cakap hb rendah ditakuti akan berlaku pre mature, kekurangan oksigen, anemia dan etc...

Ok baby. Ummi skang memang sedang mencuba untuk kembali minum susu. Esok memang Ummi akan mengusung susu enfamama tu ke opis untuk dipaksa minum. sama cam Ummi mengandungkan kakak kamu. Insya-Allah.

Monday, March 21, 2011

Terkena

Si kucil Dania yang dah pandai mengenakan orang. Budak kecik ni memang cepat je tangkap apa orang cakap.

1
Ummi: Dania, tak boleh makan kat atas katil nanti sepah.
Dania: Ummi boleh makan? (sambil mata tajam tengok Ummi tengah mengunyah)
Ummi: Ok la. Dania boleh makan tapi tadah tangan ye(mode mengalah). Tak mau sepah2. Dania: (terus buat aksi menadah takut makanan jatuh atas katil)

2
Ummi: Meh, sayang Ummi.
Dania: (kiss dua2 belah pipi Ummi)
Ummi: Cakap apa kat Ummi?
Dania: saaayaaang Baba (sambil sengih2 ngelat)

hahaha...hampagas sungguh. kiss Ummi bole plak sayang Baba.



Friday, March 18, 2011

*onet

Selasa baru2 ni cam besa la balik keja terus pick up Dania. Selalunya bila nak kuar dari umah pengasuh tu ada la borak2 sket. Kekadang tu pengasuh Dania yang ringan mulut bercerita.

Dan seperti besa dia bagitau kalu nak start minggu je musti Dania bad mud. Pengasuh dia ajak borak pon dia buat bolayan. Tapi ada sekali tu pengasuh ni yang memang sgt penyabar tanya Dania satu soklan "Dania, ini apa?" sambil tangan tunjuk anu *rfan (kanak2 yang sama diasuh).

Dania bole jawab "tonet!".hahahahaha! terus pengasuh dia terkujat. sebab dalam banyak2 soklan pengasuh dia tanya, hanya soklan tu je dia jawab. Siyes kitorang tak penah sebut perkataan tu depan2 dia. tak tau la ngan sape Dania ni blaja.

Balik je Baba daripada keja, aku pon melapor la. Baba pon bagi komen. "Dania lenkali tak mau sebut lagi ye". Dania pon wat muka masam cam marah kat Ummi dia bila bercerita bab tuh. tak tau la samada dia marah ke atau malu. apa2 je la.

Haii...sedar tak sedar dah banyak btol perkataan Dania dah blaja.

Daripada umur 1 setahun tak bercakap langsung, 2 tahun baru bukak mulut dan skang macam2 perkataan dah Dania bole sebut.

Ni baru tak brape kawan. Kang dah besar nanti macam2 ko blaja ye nak. adeh...

Monday, March 14, 2011

Cerita Semalam

Wiken yang lepas adalah sangat memenatkan. Di Malaysia, bila cuti sekolah je kenduri kawen adalah sangat wajib. Tahun ni adalah tahun kenduri buat keluarga aku dan hubby. Yang baru selesai kenduri adik pompuan dia. Fuh, sangat memenatkan. 3 ari woo kitorang kerja keras.

Jumaat acara bernikah. Sabtu acara kenduri belah pompuan. Ahad acara kenduri belah lelaki.

Kali ni rasanya tak berapa well organized. Agaknya sedara mara pon dah penat. Mana tak nye in-law aku ni asek dapat menantu iaitu dengan kadar 2 kali setahun. hehehehe...

Yang aku nak cite ni pasal rombongan kitorang ke belah pengantin lelaki. Ada kisah yang memang tak bole blah. hahaha...(blom cite suda gelak)

Owh...sblom tu kena cite gak latar belakang tempat kenduri ni. Biras aku ni anak felda. Jadi paham2 je la ye. Stail kenduri kat felda, derang merewang sampai 3 ari 3 mlm. Memang meriah. Siap ada pertandingan karaoke. Hamper besar2 ngalahkan dinner opis aku.

Jadi sampai je rombongan kami, yang menyambutnya DJ. Memang nak tergelak tengok stail DJ ni. penuh semangat dia berceloteh. Yang tak tahannya bab adik ipar aku nganjin psl DJ ni. Ye la bayangkan kami ni tetamu, dok melayan lauk sedap rewang tu bole suara dia terpekik2 kat blakang kitorang. memang potong mood la. Pastu skema plak tuh. Tak pandai nak ikut situasi. Nak ikut sgt ngan aturcara derang.

DJ tu simpan misai tau. Taapii bak kata adik ipar aku "orang lain simpan misai lentik ke atas, DJ ni simpan misai lentik ke bawah"

Pastu pasang lagu sume oldies, like S. Jibeng, Ahmad Jais n etc...(teringat ayah chura yg sgt suka lagu2 ni). Ceh nyanyi bukan kemain macam2 syle, macam le org tak tau DJ tu yang nyanyi. hahahaha...tensi jek. Mana tak nye dia sorang konker microphone tuh.

Masa nak announce kedatangan rombongan kitorang, DJ tu cakap memang laju. Adik ipar aku cakap DJ ni bercakap macam orang nak terkencing. Satu hapa tak dapat nak tangkap.

Elok je kitorang nak lepak kat pelamin amek gambar kan, bole plak DJ tu sibuk nak buat acara penyampaian hadiah karaoke. Terpaksa la kitorang yang tetamu ni tggu je. Tengah panas2 tu pengantin kena sampai kan hadiah.

Aku rasa DJ tu memang agak lupa diri bila dia dapat pegang microphone tuh. Sgt teruja gamak nye. hahaha...sampaikan tak sensitip langsung dengan situasi.

Jadi nasihat aku sape2 yang nak upah DJ tu bawak2 le pesan ye. Tak kisah pon kalu tuan rumah dah ada aturcara, protokolnye perlu pentingkan orang yang dirai. Bila sesuatu event tu ada DJ, sesetengah penganjur ni jadi terikat ngan DJ. ikut je apa DJ tu buat. Kekadang DJ tu lebey sudu daripada kuahnya.

Apapun hakikatnya bak kata pepatah "Lain padang Lain Belalang Lain Tempat Lain Ragamnye"

Yeah...satu kenduri suda selesai. Another two is coming. Kenduri adik laki aku bln 9 ni dan kenduri sepupu hubby bln 11 nanti. adeh...

P/s: Lupa nak tulih kat cni. Bila dah balik daripada kenduri tu kan, tengah kitorang duk sok sek psl DJ tu, hubby mencelah. Dia bgtau la anak DJ tu penah menang RM50k dari Jangan Lupa Lirik. So apa kena mengenanya?Yg menang anaknye. Ke nak proof kan "Like father Like Son?" hahahaha...

Bila dah hubby cakap cenggitu. Aku dah start cuba pk2 agaknya ada tak anak dia yang menang Jangan Lupa Lirik tu kat kenduri smlm. Sebab aku pasan ada 2 minah yang mekap tebal cam artis kat sebelah DJ tu. ahhahaha...sungguh keji kitorang ni kan.muahahahha...

Oopps...terpanjang p/s note aku nih.


Wednesday, March 9, 2011

:: Menghitung baju ::

Huhuhu...nak kata perut dah kembang tak de la sangat. Taaapiii punggung yang terlebey2 kembang.

Hari-hari dah jadi bingung nak pakai baju apa. Nak start pakai baju mak buyung rasa cam over la plak. Sebab perut tak berapa nampak lagi. Rasanya pasni dah kena start sort out baju kurung yang masih bole dipakai. mana yang dah rasa tak berapa selesa tu kena ketepikan. jadi tak de la pening di pagi hari.

Itu baru cite baju kurung yang sedia ada. Cite baju mak buyung plak. Adeh...

Kalu orang lain may be tak de la nak kena beli baju baru bila dah mengandung kali ke 2. Kes aku ni lain. Sebab separuh daripada baju yang ada tu memang tak berapa seswai utk pakai ke pejabat. Tau aje la kan opis gomen. Seluar memang tak dibenarkan. Yang bole pakai hanya SKIRT.

Nak wat cane. dulu mengandung yang pertama keja swasta memang sedap belasah pakai seluar. hehehe...tambah lagi dengan aku yang tak berapa minat pakai jubah/overall. laaagii laa.makanya terpaksa le sediakan bajet sedikit untuk bajet baju baru. hehe...apa lagi jom kita layan shopping baju baruuuuu.