Monday, March 14, 2011

Cerita Semalam

Wiken yang lepas adalah sangat memenatkan. Di Malaysia, bila cuti sekolah je kenduri kawen adalah sangat wajib. Tahun ni adalah tahun kenduri buat keluarga aku dan hubby. Yang baru selesai kenduri adik pompuan dia. Fuh, sangat memenatkan. 3 ari woo kitorang kerja keras.

Jumaat acara bernikah. Sabtu acara kenduri belah pompuan. Ahad acara kenduri belah lelaki.

Kali ni rasanya tak berapa well organized. Agaknya sedara mara pon dah penat. Mana tak nye in-law aku ni asek dapat menantu iaitu dengan kadar 2 kali setahun. hehehehe...

Yang aku nak cite ni pasal rombongan kitorang ke belah pengantin lelaki. Ada kisah yang memang tak bole blah. hahaha...(blom cite suda gelak)

Owh...sblom tu kena cite gak latar belakang tempat kenduri ni. Biras aku ni anak felda. Jadi paham2 je la ye. Stail kenduri kat felda, derang merewang sampai 3 ari 3 mlm. Memang meriah. Siap ada pertandingan karaoke. Hamper besar2 ngalahkan dinner opis aku.

Jadi sampai je rombongan kami, yang menyambutnya DJ. Memang nak tergelak tengok stail DJ ni. penuh semangat dia berceloteh. Yang tak tahannya bab adik ipar aku nganjin psl DJ ni. Ye la bayangkan kami ni tetamu, dok melayan lauk sedap rewang tu bole suara dia terpekik2 kat blakang kitorang. memang potong mood la. Pastu skema plak tuh. Tak pandai nak ikut situasi. Nak ikut sgt ngan aturcara derang.

DJ tu simpan misai tau. Taapii bak kata adik ipar aku "orang lain simpan misai lentik ke atas, DJ ni simpan misai lentik ke bawah"

Pastu pasang lagu sume oldies, like S. Jibeng, Ahmad Jais n etc...(teringat ayah chura yg sgt suka lagu2 ni). Ceh nyanyi bukan kemain macam2 syle, macam le org tak tau DJ tu yang nyanyi. hahahaha...tensi jek. Mana tak nye dia sorang konker microphone tuh.

Masa nak announce kedatangan rombongan kitorang, DJ tu cakap memang laju. Adik ipar aku cakap DJ ni bercakap macam orang nak terkencing. Satu hapa tak dapat nak tangkap.

Elok je kitorang nak lepak kat pelamin amek gambar kan, bole plak DJ tu sibuk nak buat acara penyampaian hadiah karaoke. Terpaksa la kitorang yang tetamu ni tggu je. Tengah panas2 tu pengantin kena sampai kan hadiah.

Aku rasa DJ tu memang agak lupa diri bila dia dapat pegang microphone tuh. Sgt teruja gamak nye. hahaha...sampaikan tak sensitip langsung dengan situasi.

Jadi nasihat aku sape2 yang nak upah DJ tu bawak2 le pesan ye. Tak kisah pon kalu tuan rumah dah ada aturcara, protokolnye perlu pentingkan orang yang dirai. Bila sesuatu event tu ada DJ, sesetengah penganjur ni jadi terikat ngan DJ. ikut je apa DJ tu buat. Kekadang DJ tu lebey sudu daripada kuahnya.

Apapun hakikatnya bak kata pepatah "Lain padang Lain Belalang Lain Tempat Lain Ragamnye"

Yeah...satu kenduri suda selesai. Another two is coming. Kenduri adik laki aku bln 9 ni dan kenduri sepupu hubby bln 11 nanti. adeh...

P/s: Lupa nak tulih kat cni. Bila dah balik daripada kenduri tu kan, tengah kitorang duk sok sek psl DJ tu, hubby mencelah. Dia bgtau la anak DJ tu penah menang RM50k dari Jangan Lupa Lirik. So apa kena mengenanya?Yg menang anaknye. Ke nak proof kan "Like father Like Son?" hahahaha...

Bila dah hubby cakap cenggitu. Aku dah start cuba pk2 agaknya ada tak anak dia yang menang Jangan Lupa Lirik tu kat kenduri smlm. Sebab aku pasan ada 2 minah yang mekap tebal cam artis kat sebelah DJ tu. ahhahaha...sungguh keji kitorang ni kan.muahahahha...

Oopps...terpanjang p/s note aku nih.


No comments: