Tuesday, March 22, 2011

Previous Check Up

Check up minggu lepas memang rasa best sangat. Sebab tak sampai 2 jam je sume dah selesai! hihihi...mana taknya minggu lepas kan cuti skolah. jadi tak perlu beratur dengan check up kanak2 ribena. Cam tu la suasana bila cuti skolah di Malaysia. Kebanyakan ibu bapa memang akan ambil kesempatan untuk bercuti. Jadi memang mana2 pejabat pon akan merasai suasana lengang sama seperti sekolah ok.

Pregnant kali ni memang sangat berbeza btol la. Mana taknya bila test hb, bacaan rendah. Dah le last month pon atas pagar. Kali ni bawah pagar terus. aiseh!

Bila borak2 ngan nurse tu, baru la tau kenapa bole mengalami hb rendahnya. rupa2 nya mak ni tak makan sayur dan minum susu. huhuuhu...

Siyes memang mak buyung kali ni memang tak dapat nak telan kedua2 makanan. Tapi skang tengah berusaha untuk cuba gak telan. Sebab bila interview sume orang memang ada pon yang mengalami hb rendah gak. siap lepas bersalin pon kena g check hb tiap2 minggu. pengsan!

Apapon akan cuba diusahakan jugak. chaiyyookk! nurse ada cakap hb rendah ditakuti akan berlaku pre mature, kekurangan oksigen, anemia dan etc...

Ok baby. Ummi skang memang sedang mencuba untuk kembali minum susu. Esok memang Ummi akan mengusung susu enfamama tu ke opis untuk dipaksa minum. sama cam Ummi mengandungkan kakak kamu. Insya-Allah.

3 comments:

lydzar said...

aku pon tak lalu langsung minum susu masa peknenkan hilda..option aku, makan pil kalsium jer la..amek at least 2 bijik sehari

ummi mien said...

oo ye ke che' li? tu aar. aku ingat aku sorang je cam ni. hehe...pil kalsium tu nurse bg ke kena beli sendri?ko amik brand mana?

lydzar said...

aku beli sendiri..skg ni aku consume suplement brand shaklee