Tuesday, August 9, 2011

Syukran

Menurut tajuk berita utama suratkhabar hari ini, penjawat awam akan diberikan bonus setengah bulan dan pesara kerajaan akan menerima imbuhan khas sebanyak RM500. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi dengan rezeki ini. Seingat aku dah lama penjawat awam tidak diberikan bonus dan untuk tahun2 sebelum ni Kerajaan hanya memberikan imbuhan khas sebanyak RM500. Jadi dengan bonus sebanyak ini diharapkan komitmen penjawat awam akan lebih meningkat. Kepada kengkawan yang sekapal dengan aku, berbelanjalah dengan penuh berhemah.

Bonus raya kakitangan awam**


Najib Tun Razak mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara di pejabatnya di Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut hadir Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri Kabinet serta para pegawai kanan kerajaan. – BERNAMA


* Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.27 juta penjawat awam Persekutuan bulan ini.

* Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada 590,000 pesara kerajaan.

* Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

**Petikan daripada Utusan Online


1 comment:

.: Ain aka Ibu Qaisara.. :. said...

aku jeles, ok!org keje swasta ni xde pun merasa bonus nak raya neh..adehh..sabau je lah..kene pakat2 ni nnt, g beraya umah org keje kerajaan je, boleh kutip duit raya banyak2..hehehe..

weh, mana gamba baby? nak tgkkk.. :)