Friday, January 13, 2012

On many things about Us


Snap @ Al-Rawsha, KL


Yeah...Syamil Ziyad dah nak masuk 6 bulan. Dari exclusive breastfeed dah jadi fully. Apapun Syamil membesar dengan sihat. Berkat ketabahan omak nye memerah susu tahap tak hengat tu yang badan macam kena pam2. hihihi...lasak nye adeh...penat nak mengutip. Meniarap pastu golek-golek ala sin chan merata-rata. Dah pandai main dan sangat suka bila Dania mengagah dia.

Berkenaan penyusuan Syamil, bila dah masuk 5 bulan setengah, saya perkenalkan dengan bubur kosong. Sebab nya satu saya dah tak sabar nak menyuap Syamil, dua sebab susu saya dah merudum sedikit. Tak tau la apa punca nya. Skang ni tengah gigih mencari apa milk booster saya. Ye la lain orang lain caranya. Sangat jeles ngan orang yang makan apa2 pun breast sekejap je dah penuh.huhuh...saya akui stok susu memang kais pagi makan pagi. buat masa skang memang tengah cuak memandangkan keja saya skang ni kena kuar pejabat ke Kedah dan Penang. jadi saya kena tingkatkan stok susu saya selagi boleh kalu tak terpaksa pk alternatif lain.

Bila dah berdepan situasi cenggini mula la rasa nyesal tak wat stok banyak2. Memang diakui bila menyusu badan ni kita kena sentiasa mengekalkan semangat tu ke tahap tertinggi. Tak bole bermalas2an. Lebey2 lagi ngan keadaan saya yang macam ni.

Alternatif lain kemungkinan saya terpaksa mengangkut anak2 ke mana saje saya pegi.muahahha...tak dapat nak bayangkan keadaan tu. mana nak chair meeting ngan mana nak jaga anak. adooiii...

Dania with my scarf

Ni plak pic anak dara saya. Sangat la suka mencantekkan diri dia. Suka sangat main mekap walau pon dengan pensel krayon pon Dania bole layan. Kalu kitorang jalan2 kat Alamanda, siap sedia la dia ngan request minta dimekapkan kat kaunter Parkson. Tu la omak nye tak de la mekap bagai. Ni anak plak lebey2. Dania mula suka mekap sejak dia tengok Mak Yang (my adik ipar) aritu bermekap masa hari nikah. jadi sejak tu le air liur dia akan meleleh je bila tengok pengantin bermekap. Nak plak baba dia jadi photographer jadi ada masa bila kitorang ngikut Dania la paling sibuk skali.

Bukan setakat tu je, ada masa Dania suka pakai baju jalan dia. Ok dalam wardrobe dia saya dah asingkan mana baju untuk jenjalan dan harian. Setiap kali saya balik keja, Dania akan tukar baju ngan harapan minta saya bawa dia kuar. macam2 hal bila dah jadi budak besar.


Itu la cerita kitorang yang tak seberapa. Sat gi kalu sempat nak upload piccas bercuti-cuti di Penang dan makan2.

1 comment:

alifah@along said...

kak long oh kaklong..nak jadi model islamiah ke besar nanti?hehhee.besar dah angah ek..apsal ada gores kat hidung tu?hehhee...