Monday, October 20, 2008

Obsesi

Arghh!! Lambat lagi. Dua tiga hari ni asyik lambat je. Naik tren kul 7.30am memang jawabnya akan sampai laaammbaat.

Tips untuk pengguna LRT: Sila naik tren sebelum pukul 7.30 am untuk mengelak dari sampai lewat ke opis. Diingatkan tips ini berguna bagi sape yang masuk opis pukul 8/8.30 am OK.

Bila dah lambat ni memang terpaksa bersesak dalam tren. Saya mencari2 muka2 yang besa nampak dalam tren. Ouch! Saya terperasan sorang minah ni. Aii..besa dia dapat seat dalam tren.
Hari ni nampaknya dia kena berdiri. Seronoknya bila tengok minah ni tak dapat duduk.heehe (keji tak saya?)

Bila sampai je kat Masjid Jamek, sorang uncle ni bangun dari tempat duduk. Uiishh..minah ni bukan main lagi. Dia cuba berasak2 nak dapatkan tempat duduk. Dengan tak disangka2 sorang amoi datang menyelinap di tepi minah ni lalu dengan muka seposen dia duduk. Hahhaah..best best.

Elok sampai Dang Wangi, amoi tadi pon bangun. Minah ni plak dengan muka konfiden nya "kali ni mesti aku dapat duduk" menapak setapak untuk duduk tapi telah dihalang oleh sorang makcik. Sekali lagi best best. Minah ni tak dapat duduk sehingga lah dia turun di KLCC.

Owwhh..seronoknya perjalanan tren untuk hari itu sebab dapat tengok sorang yang obses ngan tempat duduk dalam tren tak dapat duduk sampai ke sudah.muahhaahha...

P/S: entry ni sangat keji kan?hahahahah..

2 comments:

Anonymous said...

haha. agak keji gakla. tp tkpe i suke ;)

sbb dlm my route nye tren, sape2 yg dr stesen hujung (sri petaling, bukit jalil) mmg akan dapat duduk and stesen yg seterus2nya (bdr tun razak, cheras etc) mmg nganga jela. me mmg dh duduk dr awal sbb naik dr bukit jalil. kdg2terpkir gak nk bg org duduk tp nnti nmpk mcm noble sgt la plak.

my ultimate dilemma is when:
seeing a big-size lady berdiri. tk sure die pregnant ke atau die mmg big size. kalau offer karang, and die sbenanya tk pregnant, kan ke dh satu hal. kalo tk offer, nnti jd mcm kes aritu. nyesal tk sudah sbb tk perasan yg org tu pregnant. ada idea tk?

hehe. tren-o-rama sungguh.

ummi mien said...

HOhoho..me too. memang konpius ngan big size n preggy woman.tambah plak ngan fesyen baju skang yang kembang kat bawah. depends on how u start ur conversation. instead of cakap "cik nak duduk?" may be tukar jadi "saya nampak awak penat, nak amik tempat duduk saya?" hehehe..
minah yang dalam entry ni seorang yang ssaaannggatt le kurus keding.may be sebab kurus sangat kot jadi takut tumbang kalu berdiri.tu yang dia nak sangat duduk.wakakkakaka...