Thursday, July 30, 2009

Sepetang Sabtu dan Ahad

Aiseh...lama nya dah tak update blog nih. Dan juga dah lama tak update cite Dania. Dania dah 14 bulan dan dah bole jalan! hooraayy! cuma tang bercakap je blom lagik. tak pe slow2 ok. Ummi dan Baba memang tak sbr nak dgr Dania bercakap. Buat masa skang Dania faham apa yang kitorang cakap itu pon dah cukup kan.

Sabtu yang lepas memang sangat sibuk. Pagi dah kena g short course kat TTDI. then balik terus nak bersiap2 ke 2 majlis. Mula2 plan nak g kenduri kawin member skolah, Nabil. Tapi terpaksa cancel sebab masa tak mengizinkan. Si kucil Dania ni p mendokan diri dia. Jadi tak sampai hati lak nak kejut dia. Bila dah cancel plan tu, ada la sket masa lapang nak siapkan diri. Next function is besday party Maryam Jannah. Sebab mama maryam bagi last min notice, hadiah bagai langsung aku tak sempat nak sediakan. Kitorang decide pegi Subang Parade dulu untuk cari hadiah Maryam. Dania memang suka g shopping complex. Cuba tengok gambar bawah ni. Sangat lasak dan nakal sampai tak leh nak kawal dah.



depan Toys 'R' Us

Sori ye pic besday tak de sebab besday gal tdo. Keciwa nye tak dapat nak tengok Dania main ngan Maryam.

Hari Ahad memang tak de program pape pon. Seperti besa menyudahkan kerja2 gosok baju. Siap sume keja, aku mintak ngan hubby nak g tasik KJ. Tetiba timbul kesedaran betapa aku dah lama tak kuar peluh. bahaya kan. ye la walaupon body maintain tapi nak la sihat kan.


Mie, cepat la siapkan Dania. Dania dah siap berbedak nih.


Cool kan si kucil ini? Main PS2 tuh.


Ummi jgn le kaco Dania. Dania dah nak menang nih!!!

Lepas je Dania abes main PS2, kitorang bersiap2 nak ke taman.

Dania memang enjoy bila g taman permainan. maklum la dah dapat kaki. ke sana sini sibuk berjalan. atok2 dan nenek2 kat c2 sume menegur Dania. Paling Dania suka tengok kolam pancut. Kalu bole memang Dania nak terjun dalam kolam tuh. Sian dia. Mungkin Dania ingat kolam tu sama ngan kolam yang Dania bole berenang kot. hahahaha...




Upah Ummi untuk Dania: makan aiskrim


Aksi cam orang dah besar minum air dalam botol

Monday, July 20, 2009

setelah 3 tahun...



Esok dan lusa...

Aku kena ke Penang dan Kedah.

Setelah 3 tahun bekerja baru la nak merasa out-station.

Dan juga selepas 3 tahun membuat perkara yang pernah ditinggalkan dulu.

Risau dan sedih.

Sian kat Dania. Nyenyak ke nanti tdo tanpa Ummi? Aku nanti?

Haaiihh...hati.Jangan sedey2 ye.

Wednesday, July 15, 2009

Car Tailing







Korang yang memandu keta nih, korang penah nampak tak satu jenis manusia yang suka mencucuk keta yang berada di hadapan keta dia?

Well...setiiiiaapp hari aku berhadapan dengan spesies manusia nih. Pastu siap naikkan lampu lagi. Kononnya dia sorang je la nak cepat. Taaaappiii yang aku cukup geram, lepas duk mencucuk orang tu, dalam 500m cenggitu elok je dia ke kiri nak belok ke selekoh lain. busuk punye orang. memang bikin aku panas hati jek ngan spesies manusia nih. rasa nak lempar je telur tembelang kat keta dia. dah alang2 hati ko busuk biar keta ko busuk sekali. oowhh...rasa bahagia yang amat kalu dapat wat cenggitu. hahahaahha...

Tuesday, July 14, 2009

mana satu nih? erk...

Sejak akhir2 ni kan, aku dah jarang masak dinner kat rumah. Tak tau la nape. Dulu bukan main semangat lagi nak memasak tapi bila dah start keja gomen ni aku dah jadi pemalas. Ouww...apa dah jadi nih? Jadi mulai dari ari ni, aku dah set dalam kepala bila kitorang pindah putrajaya nanti ari2 aku nak masak. hehe...kat kelana jaya ni banyak sangat godaan tempat makan yang best. ye la dah duduk tengah bandar asal ada duit je jalan. Kalu dah duduk terperuk kat Putrajaya tu lain la kan. Eh...Bangi kan ada! ook owww.

Aku sebenarnya baru dapat kesedaran bila hubby komplen. Asik masak menu sama jek. haaihh...nak wat cane. aku bab2 masak ni memang tak kreatif. bertahun gak la nak improve skill memasak nih. lagi satu kan bukan time hari besa je aku malas nak masak, kekadang tuh weekend pon jadi malas. aku jadik heran cane la mak aku bole uruskan masa. sebab aku rasa cam susah je nak selit masa untuk masak. maksud aku masak complete-pagi, tengah hari, minum petang dan malam. tapi aku dah dapat satu alasan besar nape tak cukup masa-sebab aku ada hubby yang susah nak bagi kerjasama bangun awal tolong aku. alasan yang sangat keji dan jujur dari seorang isteri.

apapun aku cuba wat yang terbaik. dia sibuk suruh aku masak menu yang berkuah such as kari ayam/ikan. wth? mana la aku cukup masa nak wat. mana nak perah santan. tak main la santan segera. hehe...(wpun tak terror masak tapi cukup cerewet ngan kualiti)

bila dah ada permintaan cenggini...lagi sekali aku dah terbelengu bila masa plak aku nak main ngan Dania?! iiieee...tensinya. sume serba tak kena la.

Friday, July 10, 2009

Hari Yang Bahagia

Ari ni aku sangat hepi.

1. Bole berFB dan berblog sesuka hati
2. Lunchie with my old fren, Cikun (member masa matriks kat KC)

Bila dah lama tak jumpa tu memang banyak cite. Last jumpa dia masa gath kat KLCC dolu2. Ada la 8 tahun tak jumpa.

Skang kami satu majikan; yes satu ministry. wat a small world.

So lepas ni ada la gang aku nak kuar lunch jumaat. Cikun ni memang kuat berjalan. eventho dah sarat barat pon dia suka berjalan. owh! lupa nak cite. Cikun tengah preggy 2nd child. still tak berubah perangai. aku cukup suka jumpa kawan lama yang maseh mengekalkan perangai ngok ngek nye seperti zaman budak hingusan dulu2. hikhikhik...tak main la control2 ayu nih. hahaaha...

by da way, dia sempat share experience tinggalkan anak sulung dia kat taska kerajaan. thru her experience, memang tak boleh blah aar taska kerajaan nih. dia cakap teruk. macam2 cite la sampai aku tak sanggup nak dengar. erkk...ni yang wat aku risau nak antar dania. aku simpan dulu cite ni utk story mory with my hubby. k frens, have a nice weekend. aku? esok yang bosan kena berkursus. huhu...

Sunday, July 5, 2009

Cerita Lama-Fes Time Berenang dan Celeb Bestday Dania Ziyad

Uiishh...lama nya aku tak update blog nih. sebenarnya banyak cite nape tak berupdate. lepas berkursus seminggu kat KL, masuk opis je derang suruh pindah workstation. Maka berpindah randah le aku ke kubikel baru. Kali ni memang kat tengah2 floor yang senang utk aku trace bos2. hahahaha...bila dah pindah banyak wiring blom siap termasuk le skali ngan internet connection. Dapat bertenet ngan internet arini pon sebab pinjam broadband abah. hehe...

Sepanjang 4 bulan ni memang langsung tak de entry psl Dania. Jadi kali ni nak cite banyak banyak banyak pasal Dania. hikhikhik...

Tengok pic bawah ni. Best kan? Ni la saat kali pertama Dania mandi kat kolam renang. Tempat nya kat kondo desa putra (umah sepupu hubby).



Yeah! Seronotnya dapat main air

Petang tu Dania memang enjoy sakan. Suka benor dia bila dapat main air. Ye la selama ni main air dalam baldi je. hikhikhik...


Kocak lagi air tuh. Jom kita buat ombak!


dah penat main air, kita minum plak air tuh. lalala~

Next cerita plak pasal besday Dania. Mula2 plan nak wat besday party. Tapi bila mama cakap setakat umor setahun Dania tak paham lagi. Bila dah tak de party aku pon start le mencari2 baker cake untuk order kek yang spesel sket. Survey2 kat kedai bakery, sume aku tak berkenan. Mahal tu satu hal dan lagi sume tu owner nye bukan Melayu. Sebab aku ni semangat Melayu kuat aku pon order kek Dania kat satu fotopages ni.Tadaaa...tengok la piccas kat bawah ni. Kitorang sambut besday Dania kat restoran seafood tepi tasik Shah Alam. Sori ye for kualiti gambar yang tak berapa memuaskan. Ntah nape malam tu kamera hubby aku lari setting.




Dania with Atok Jenal. hahaha...


Amboi...manjanya Dania ngan nenek


With her Cik Na


Ngan Cik Jah yang comot


Besday Cake Dania Ziyad


Excited nyeaaa tengok kek sendri


Sesi Potong kek, sibuk je si alif tuh


Ummi, sedapnya makan spongebob!


Suda kenyang jom kita terbang!!!

Spesel tq to my abah for sponsor all the foods. Aku sponsor cake je. hikhikhik...Besa la atok yang komited wajib sponsor sume. muahaaha...

Apapun minggu harijadi Dania macam2 hal berlaku. Mula2 ingatkan dah tak jadi plan nak makan2 ni sebab father in law masuk hospital. Agak kalut jugak la nak uruskan masa. Nasib baik la tak jadi organize party. Kira betol gak nasihat mama tuh. hehe...K Dania, Ummi and Baba luv u so much. be a gud gal k and alwiz pray to Allah for the best. mmmmuuaahhh