Wednesday, September 9, 2009

apa menu ari ni ek?

Alhamdulillah berkat keja gomen nih aku mampu masak untuk berbuka pose. seingat aku 2 kali je kitorang beli juadah buka. sekali sbb kes umah masuk pencuri dan kali ke2 tu sebab dania buat perangai terus aku tepon sang penyelamat domino's pizza. hikhikhik...

taaapii bila dah hari2 masak pening gak nak pk menu apa. minggu ke3 berpose ni siyes wat aku blur nak masak apa dah. semalam dah bertungkus lumus masak sotong goreng ngan sayur tom yam. sotong goreng aku sangat rangup dan rasa lega yang amat sebab kali ni ia menjadi. hasilnya abes dapur aku berminyak sebab terpercik dek penangan air sotong yang tak berapa kering.
(ikut petua kena rebus spi kering air sotong tuh tapi sbb smlm masa dah tak cukup jadi belasah je la) hahahaha...

btw, aku ada daging rusa dalam peti sejuk. hasil pemberian pak lang kitorang yang duk sebelah blok je. secara jujur aku memang fail bab2 masak daging nih(nak menyiang dan potong pon dah fail). hubby request wat daging goreng atau masak kari. dua2 a big NO NO. hahhahaa...

utk menu sehari dua lagi aku dah plan. siap order awal2 lagi ikan sembilang salai 3 ekor. tapi ari ni apa nak masak? huhuhu...



1 comment:

lydzar said...

mien, aku kan kalo masak daging, aku suka goreng dulu daging tu, sbb malas nk tunggu dia lama2 kt dapur nk tunggu dia empuk.

kalo menu daging, boleh la wat sup ke, kari ke, black pepper ke..try la..kot ye malas nk potong, ko campak je seketul daging tu dalam periuk mawhahahahahahaha..
cadangan ku yg itu jgn diikut..