Friday, December 31, 2010

Looking Out For The Year 2011

Quick updates on year 2011...

1) Jan-suda plan satu holiday ke Cameron Highlands! yabeda bedu. hopefully everything goes well sebab ni fes time saya nak ke sana. dolu2 penah buat cubaan nak pegi tapi asek tak jadik je. jadi kali ni harap2 jadik la ye. insya-Allah. oowhh trip ni adalah idea kengkawan opis. kira outing ramai2 la nih.

2) Mei-holiday lagi. kali ni plak kitorang maseh pilih Pulau Langkawi sebagai destinasi percutian. baru saya pasan kitorang ni asek ke pulau jek. rasanya trip untuk 2012 pon nak cari pulau gak. haahha...keluarga yang gila ngan pulau.

3) Ogos-expecting our lil baby. orang lain sibuk counting days nak pose tapi saya nanti sibuk counting days nak beranak. muahahahah...

4) Feb-Julai-mencari masa yang seswai utk balik Kelantan. tahun 2010 langsung tak berkesempatan nak balik. rindunya nak balik kampung. macam2 berlaku tu yang buat plan asek tak jadi. jadi tahun 2011 kitorang musti balik. cuti beku ke hapa ke. tak de maknanya dah. saya tetap nak balik gak bos!

5)of course tahun depan adalah tahun target untuk confirmation. insya-Allah.

k la. papepon Dania dah memang buat remarks utk sambut tahun baru. sambut dengan segala ubat, tuala tuam dan air panas-yeah, dia demam. to Izz Dhani, sori auntie tak dapat nak meriahkan besday party awak.semoga awak tak nakal sok ye masa nak potong kek. sian kat mama awak.

k kengkawan. selamat melangkah ke tahun 2011. semoga semua impian dan rancangan menjadi kenyataan.




Monday, December 27, 2010

nota ari pertama

Bestnya ari ni. Mana tak nya minggu ni aku akan bercuti semingguuuu!

hahaha...pagi tadi rileks je bangun lambat. ngan hubby skali lambat bangun g keja. ye la semalam kitorang gerak lewat dari rasah. tunggu hubby berurut ngan tukang urut cina. leka punye leka jam dah kul 12 tgh mlm baru terhegeh2 nak gerak balik.

rancangan asal pagi ni nak g daftar check up kat klinik kesihatan presint 9 nih, tapi dah bangun lambat terus tak jadi. pastu konon nak g petang, tetiba rasa malas berganda2 lagi sebab memikirkan takut nurse tu tak bagi daftar waktu petang.

sambil nak tunggu ke petang, layan je la dulu cite kartun pagi.kebetulan ada cite naruto shippuden layan je la sambil2 makan sarapan. dah lama sangat tak tengok naruto ni. dulu aku follow setiap episod. gara2 hubby and muniza la aku terpengaruh tengok cite nih. sejak bersalin kan Dania, cite anime yang berepisod2 ni aku dah tak follow langsung. cite sket pasal kisah naruto tadi, kali ni naruto cuba selamatkan cikgu kakashi daripada menjadi korban wasiat api. mula2 tu kengkawan dia sume bantah tindakan dia. tapi sebab naruto ni memang seorang yang tidak berputus asa dan pegang kata2 cikgu dia, memang dia buat dek je apa kengkawan dia buat. Last2 baru la kengkawan dia paham kenapa dia bertindak macam tu. Ending dia mesti la naruto dan kengkawan dia menang.

ok apa yang aku nak cite kan, kalu tengok dari perspektif lain, naruto tu mewakili bangsa Jepun yang terkenal dengan sikap tak penah berputus asa dan pegangan kuat. kengkawan naruto tu plak adalah bangsa2 lain. bila Jepun yang dahulunya pernah musnah akibat perang dunia dan seterusnya bangkit menjadi kuasa ekonomi, semua bangsa mula mempercayai bahawa kemusnahan yang terjadi tu mampu membangkitkan semangat untuk menjadi yang terbaik. sebab tu la Dr. M menyarankan kita supaya menghidupkan semula Dasar Pandang Ke Timur. untuk menjadi bangsa yang terbilang kita kena lah bersikap seperti bangsa Jepun, iaitu tidak pernah mengenal putus asa. ini telah dibuktikan oleh beberapa pengasas jenama terkenal daripada negara matahari terbit itu sendri.

jadi itu la yang aku nampak daripada pembinaan watak dalam kartun anime Jepun. setiap produk sesebuah negara dah tentu mewakili sifat bangsa tu sendri.

apapun arini aku dah berjaya gak setelkan saman speeding. harap2 tak de masalah lagi bila nak renew road tax bulan 2 nanti.

btw, aku rasa tahun 2010 ni banyak peraturan yang aku langgar. mana tak nye aritu bole sangkut renew road tax aku selamba kodok je drive keta tuh. siap pegi merata2(area Selangor je la). ada la sebulan gak amik masa nak renew. sebab aku last min minta tolong member dapatkan disc saman aku yang dah kena black list.

pastu bole plak 2 minggu lepas aku baru pasan lesen keta aku dah mati. adooii... dah tau tu aku tangguh gak renew. aku tunggu bila cuti baru aku renew. huhuhu...

teruk nye aku sepanjang 2010. dulu tak penah serileks ni. dan sume duit blanja tu guna duit sagu hati yang baru dapat. tapi tak pe 2 saman yang aku bayar tadi tu aku nak claim balik kat hubby. tunggu bonus dia masuk siap la kuar bajet claim aku.muahahahah....

apa aktiviti esok plak? kiiitaaa pegi Wet World Shah Alam!!!! sebab dah janji ngann lil D dan Alif.

ok la nak g mengemas2 baju dan perkakas. maklum la malam ni dan malam sok nak tdo umah parents kat KJ. daaaaaaaaaaa.....

Friday, December 24, 2010

Sata v.s Masterchef

Semalam dapat call dari Abah. suh datang umah makan hasil tangkapan dia dari Kemaman.

Kalu dah Kemaman tu confirm la kan sata dan kepok lekor. Aku plak bole terlupa nak pesan kat hubby minta singgah terus dari opis, jadi nak tak nak kena la tunggu dia balik pastu baru gerak ke Kelana Jaya.

Mula2 tu berbelah bahagi gak sebab kalu kitorang gerak awal terlepas nak tengok Masterchef. Rumah Abah tak da channel 711. Urm...pk punye pk. tak pe la. dah tau pon sape menang. ari ni pon kan ada ulangan nyea. heehhe...

Dalam kul 9 lebey gak sampai umah Kelana Jaya. Abes satu beg plastik sata aku pulun. Komen aku lupa nak pesan kat mama jangan beli sata restoran femes tuh. sebab masa kitorang singgah kali ke2 dulu dapat detect rasa nya dah tak sama. tapi nak wat cane. mama beli kat tempat tu jugak.

apapun dapat la 4 pek kepok lekor cap Intan. kepok keping cap yang sama dah abes. ye la musim tengkujuh mana la nak dapat stok. jadi mama beli la cap matahari. ok la daripada tak de langsung.

jadi petang nanti ada la kudapan untuk kitorang makan. hehehe....seronok nye!
Kesimpulannya penangan sata lagi hebat daripada Masterchef itew.muahahahaa

Thursday, December 23, 2010

Beza Yang Pertama dan Yang Kedua

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah 7 minggu kot aku mengandung. bole plak kot2 kan. mengandung kali ni aku tak sempat nak tepek benda alah yang counting days tu.

Betol orang kata setiap anak yang kita kandung tu ada pengalaman yang berbeza2. Kali ni memang sangat ketara. Mual tu kekadang je. Tak macam yang dulu, ari2 mual, muntah sampai lembik. Kali ni datang selang ari2. Mungkin percubaan aku untuk stabilkan hormon berjaya kot mengawal rasa mual tuh.

Taaapii dulu aku larat je nak masak dinner masa ngadungkan Dania. Kali ni langsung aku tak bole nak masak sebab rasa muak dan tak bole nak merasa apa yang aku masak. Ada sekali tu gagahkan diri gak untuk masak, end up aku tak lalu makan.

Jaadii, ari2 la kami bertapau. Makan pon apa yang ada. Sian Dania. Dia la paling terkesan bab2 ni. Sebab dia suka makan apa yang aku masak (owh! tetiba memuji masakan sendri) . Doa aku harap2 la situasi ni untuk 1st trimester je.

Apapun aku suka mengangdung tahun ni. Sebab ada ramai gang. Kawan sekolah, kawan seopis sume lengkap. Cuma aku tak jumpa lagi kawan seuni aku. Adakah? hahahaa...

Yang pasti kat opis ni satu seksyen aku ni aje dah 6 orang(ni blom termasuk seksyen2 lain)! muaahahha...kami sume dah pakat nak hentam cuti 90 ari. yaaaahoooo!!!

Tu blom termasuk lagi yang baru nak naik pelamin. Silap2 join skali. (*nim, jangan mare ye!)

Yang aku paling teruja tu sbb kat opis aku ni ada sorang bos kitorang nih. Dia dah lama kawen tapi baru ni ada rezki mengandung. seronok kan? mungkin berkat dia g umrah aritu Allah perkenan kan doa dia. Aku tengok bukan main hepi lagi dia bila dia dengar kitorang seopis ni pon mengandung.

Haiih...ponat dah mengira. apapun harap dipermudahkan perjalanan kami semua. Amin.

Sunday, December 19, 2010

Perihal Si Biri-biri dan Maher Zain

Alkisahnya kitorang dah dapat idea dah cane nak tenangkan mood Dania bila datang angin kus kus dia. hehehe...

Skrol kat bawah ni...

.
.
.
.
.



Kartun Shaun The Sheep! kartun ni memang lawak abes aar. hubby aar yang mula2 introduce kat Dania. tak sangka plak Dania bole layan. memang selama ni sume kartun yang ada kat TV tak penah plak dia layan. tapi yang ini memang lain. dia bole layan koya2 depan pc tanpa menghiraukan Ummie dan Baba dia.

dan yang ini,




Maher Zain-Insya Allah, lagu ni memang wajib pasang dalam keta. bayangkan la sepanjang perjalanan tu duk asek kena ulang2 lagu nih. Dania memang layan sampaikan siap nyanyi ngan muka berkerut-kerut sebab nak tarik suara.

ok la setakat entry ni dapat tulih. Si kecik dah meragam.

Sunday, December 12, 2010

Berita Baik

Kalu mula2 kawen tu orang akan tanya dah berisi ke?

Pastu bila dah keluar sorang, confirm orang akan tanya dah dapat seorang bila lagi nak tambah?

hehehe...itu la persoalan yang tak kan berhenti. nanti aku nak tunggu plak soklan seterusnya bila anak aku dah bertambah2. hahaha...

*orang yang dimaksudkan itu adalah kengkawan dan sedara mara ye.

berbalik pada tajuk atas tuh. masa aku sibuk2 nak pegi kursus btn, ada la umat yang menanya, nape aku sibuk nak g awal.aku jawab ala2 merapu je. ye la wat pe nak heboh hal sebenar kan.

yang sebenarnya aku dah aim lepas je aku menghadiri kursus2 wajib tu aku memang merancang untuk mengandung lagi. dan Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami sekeluarga.

mula2 dapat kesan 2nd pregnancy ni cuak gak. rasa tak bersedia je lagi. dulu masa dapat tau mengandungkan Dania pon tak bersedia gak. tapi tak bersedia dalam keadaan teruja. hehehe...

kali ni lagi cuak. mana tak nye due date aku jatuh masa umat Islam berpuasa. hubby dah wat lawak bengong. dah anak kita lahir bulan pose, kita nama kan dia ramadhan. so klise!

dengan ini aku nak umumkan kepada Liza, Kyra, Ujie, Lynn, Mazlina dan Du'a ANAK KITA SEBAYA LAAA! hihihihi...