Monday, December 10, 2012

BBW

wah...2012 dah nak sampai penghujung. terasa masa sangat pantas berlalu.

kebelakangan ni desktop pc memang sangat membosankan. sume yang saya google adalah yang berkaitan kerja. manakala blogging jatuh tercorot sekali.adoi. nampak sangat pengurusan masa saya adalah gagal. ye la kalau dah semuanya kerja kerja kerja. bila pulak masa untuk diri sendiri. huhuhu...

papepon situasi masih terkawal. buktinya? jeng jeng jeng....

saya cuti jumaat lepas (7/12/2012) semata-mata untuk hadir ke Big Bad Wolf Sale! kali ni saya, atikah dan dania menyelesaikan misi memborong buku!di samping itu juga, dapat berjumpa dengan kawan lama, muniza. memang dah janji sebulan lepas nak jumpa kat BBW. 2 in 1 la katakan.

kali ini memang berpuas hati sebab dapat beli buku yang besanya cepat laris. sebab tahun lepas banyak buku yang  tak sempat nak grab jadi tahun ni memang tahun untuk membalas balik.muhahaha...
lagipon beli buku ni kan bole guna untuk pengecualian tax.

jadi pada sape2 yang belum berkesempatan esp yang kena bayar tax tuh, elok la kita berbelanja di BBW.

Wednesday, October 24, 2012

diy on tv antenna

adoiii...byk nya perkara yang penting tak tertulis kat blog ni.

tak pe la.kita kayuh pelan2 bab update blog ni. yeah recently too many workload here and there spikan
dh jadi huru hara kehidupan saya.

btw, tadi baru je google pasal antenna tv. ingatkan nak google yg dh siap punye. rupanya hey ada DIY!
macam menarik dan tak sabar nak share ngan hubby. harap2 dia setuju untuk sama2 buat projek ini.

yeah...saya memang tak berminat untuk meneruskan khidmat dengan ASTRO ye. saya cukup tak berkenan bila mana ASTRO menaikkan bil sesuka hati. memang hati dah ban terus ASTRO.

sebab tu bila pindah rumah sendri saya memikirkan alternatif lain. buat masa skang saya hanya pasang media player untuk TV di ruang tamu. next projek adalah untuk cuba pasang antenna tv.

TV di ruang atas saya memikirkan untuk menunngu incik unifi sahaja. tapi tak pe saya sanggup bersabar.hehehe...btw...ada option lain iaitu open box which is more cheaper than ASTRO. setahun bayar 300-400 dan boleh dapat semua siaran.

apa pun terpulang pada poket semua orang la kan. lagipon saya ni memang bukan hantu TV sangat pon. jadi bab2 ni saya agak bajet.

jadi minta maaf awal2 kepada bakal tetamu saya sekiranya kalu datang rumah saya siaran ASTRO tidak kedapatan di rumah saya.hehehhehe....

Friday, September 14, 2012

mengamuk lagi

adeh...baca tajuk pon macam drama je kan. memang sangat drama pon.
semenjak dania pindah taska tiap2 hari dia akan merengek tak nak pegi taska dan asek2 nak ngikut Ummi nye pegi keja.
bila dah hari2 memang bole naik meroyan melayan karenah dania ni.pastu badan akan rasa kepenatan yang amat sebab nak melayan kehendak dia.
kawan-kawan di luar sana boleh beri tips macam mana nak menghadapi situasi ni?
bila check ngan cikgu dia, sume ok. nak query or syak lebih2 pon rasa apa yang cikgu tu laporkan boleh diterima. sebab bila waktu balik muka ceria je. kalau betul2 taska tak seronok mesti la budak pon akan moody sampai ke petang kan.
situasi ni akan jadi melarat-larat bila saya bercuti lama.contohnya cuti raya yang lepas.
bila masuk je hari isnin, pukul 5 pagi lebey dania dah bangun nangis beria2 tak nak ke taska. rasanya satu taman boleh dengar suara dia. dan sampai la ke minggu ini pon tak abes2 lagi.

itu la kadang2 rasa terfikir juga. betul ke pilihan kita untuk makan gaji. bila dah menghadapi keadaan sebegini rasa macam tak seronok nak pegi keja.

dan bila dah rasa cenggini, macam rasa nak pulun keja buat side job pastu agak2 duit dah banyak dan hutang langsai(kecuali hutang rumah la kan) kendian resign. hahahaha...yeah berangan je la.

dan juga tetiba rasa cam nak masuk sume peraduan yang ada pulangan duit seperti teka bunyi radio ERA tuh. agak2 dapat beriban2 boleh la selesai kan apa yang patut.

hahahaha...apa2 je la kan. tahniah dania, kamu telah berjaya buat Ummi merepek dan berangan sahaja.


Thursday, August 30, 2012

just to update



Just to update that I have just finished my reading on Doktor Umum. Yeay!
And for me I feel like urrmm I want it more Tun. 

Dan yang sebenarnya saya sangat rindu dengan Tun. Mungkin sebab saya membesar di bawah pemerintahan Tun jadi saya amat terkesan bila mana apa yang ditinggalkan oleh Tun tidak diteruskan oleh penggantinya.

Untuk masa yang singkat ini(kita tak pasti berapa lama kita hidup kan) jadi sepatutnya pemerintahan sekarang ini menghargai pandangan/pendapat yang diberikan. 

Setelah membaca buku ini, barulah saya faham kesemua dasar-dasar sedia ada kenapa dan mengapa perlu dikekalkan. Memang jelas dasar itu tidak silap tapi yang salah adalah pelaksananya. 


Friday, August 17, 2012

Salam Eid

Syukur ke hadrat Allah kita dah sampai ke penghujung Ramadhan. Bila dah hujung ni mood nak bersahur dan berbuka dah hilang diganti dengan kepenatan untuk bersiap2 pulang ke kampung.

Siyes semalam saya dan hubby dah tak tau nak makan apa. Last2 hubby minta beli ayam KFC untuk berbuka. Daging salai masak lomak dan murtabak tu memang dah tolak ketepi.

Memandangkan raya pon dah hampir, saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua, i.e rakan-rakan, keluarga. Mohon maaf sekiranya ada tersilap bahasa dan tersalah cakap serta perbuatan.

Semoga perjalanan ikhlas kita untuk kembali ke kampung diberkati oleh Allah S.W.T. Yeah...rasa tak sabar nak balik kampung. Walaupun kepulangan kita agak singkat tetapi kehadiran kita amat dinantikan. Jadi nikmati lah momen2 itu.

xoxo
mien

Monday, August 6, 2012

demam

alahai...semalam adalah hari yang tak berapa best. mula2 seronok je sebab dapat beli baju raya sepasang untuk anak2. bila dah masuk petang dua2 kecundang-demam. jadi malam tadi penat marathon berjaga dua beradik. biasanya Syamil je yang demam. kali ni kakaknye, Dania pon join juga.

pagi2 dah gigih menghantar derang walaupon dalam benak hati rasa tak konfiden. tambah2 lagi Dania merengek tak nak dihantar ke taska. Syamil pon sama2 menambah. sedeynya. terpaksa pujuk Dania nanti raya Ummi cuti panjang. ye la nak. cuti Ummi dah tinggal tak banyak. M.C pon rasanya banyak dah amek. pasni mana la Ummi nak korek cuti kalu semua dah digunakan. cuti pon nak kena berjimat. dalam bulan depan, Ummi langsung tak bole cuti. sebab kena patuh pada peraturan. itu pon kalu bos luluskan ada la rezeki untuk anak2.

tadi rasa lega sket bila cikgu derang bagitau dua2 dah sihat semula. masing2 sibuk main. alhamdulillah. sekurang2nya keadaan bertambah baik. dan harap2 berpanjangan ke malam.

Thursday, August 2, 2012

semalam di taska baru

oooppsss...sepatutnya entry ni ditulis semalam tapi tak tertulis2.

yeah finally hasrat menukar anak2 ke taska lain terlaksana juga. halangan paling besar masa nak buat keputusan tukar ni sebab lokasi taska  yang jalan keluar masuk agak sesak.tambah2 lagi bila bulan Ramadhan. ye la bila bulan umat Islam berpuasa, yang kakitangan kerajaan dari WP3 tukar ke WP1/2, yang swasta plak pakat2 potong waktu lunch hour supaya boleh balik awal. 

alhamdulillah so far dua hari ni saya masih gagah lagi mengharung trafik di Kajang Silk. nasib baik la akak kat opis ni ada tunjuk jalan singkat jadi lega la sket. rasa lapang dada bila antar anak2 berdekatan dengan rumah. sebab sebelum ni taska anak2 di Putrajaya. penah beberapa kali bila badan dah penat, mata kekadang terlelap semasa drive. memang seriau gak bila mengenangkan balik. penah gak kadang2 berkejar ke stesen pam semata2 nak menyusukan Syamil dulu. semuanya macam amazing race. 

keputusan untuk tukar taska anak ni gak sebab Syamil tahun ni saja dah 3 kali masuk wad. dan selsema adalah peneman dia sepanjang masa. rasa kesian sangat. nasib baik la Syamil ni baby yang baik. masih boleh tido nyenyak waktu malam walaupon tak sihat. melihatkan bil. baby yang semakin bertambah saya jadi kesian dan tak sampai hati. sebab tak de perubahan pada kesihatan Syamil. memang la bila dah ramai2 tu anak kita secara tak langsung senang dapat jangkitan, cuma yang tak berapa paham dengan sesetengah ibu bapa yang anak dah sakit tapi masih hantar ke taska. dalam kes saya yang masuk wad 3 kali ni, bukannya ketua saya tak bising. saya seperti biasa buat muka dan telinga tebal sebab tu saje yang mampu. selebihnya biar dia la paham2 sendiri.muahhha...nasib baik la direct boss agak memahami.jadi saya tak pasti apa alasan ibu bapa berkenaan yang tak dapat nak menjaga anak sendri ketika diperlukan.

pada Dania, hari nak dekat tukar taska tu saya sentiasa ingatkan yang dia akan berpindah. seperti yang dijangka Dania agak monyok. Syamil agak stabil sebab dia tak paham lagi. mula la Dania bilang semua kawan2 yang dia rasa tak rela untuk berpisah.tapi bila amek semalam tengok bukan main seronok lagi. siap ada sorang budak laki ni bye bye dia. cuma Dania mengadu dia kena pukul ngan kawan. alahai budak kecik nih.

btw, kelebihan taska yang baru ni yuran taska sangat murah berbanding yang dulu. yuran bulanan dan bayaran lebih masa. semuanya kadar yang munasabah. jadi dari segi kos, saya rasa memang lega. tak rasa terbeban. tambahan lagi tahun depan Dania dah ke tadika. kebetulan taska ni ada rangkaian tadika gak. kereta pick up pon ada jadi senang cite tak perlu pening dh.hehehhe...ok la harap2 sume dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Amin

Tuesday, June 12, 2012

saya dah tak tahan....

salam sume...

skang ni mood saya tak berapa stabil. sebenarnya tak berapa suka sgt bercerita hal keja di dlm blog tp sebagai manusia biasa kekadang kita perlukan ruang untuk melepaskan apa yang terbuku di dalam minda. semalam buat kali kedua saya ditegur oleh ketua di tempat saya. bulan lepas saya dah ditegur sebab selamba kodok tak update laporan(yeah memang salah saya sebab masa tu saya memang tak sempat nak buat). kali ni plak saya ditegur kerana saya kerap kali keluar dari mesyuarat. wth??? bila mana saya ditegur sebegitu, memang harus saya menjawab balik. jawapan saya mudah: saya tak  tahan tuan, saya memang asik rasa nak ke tandas. insiden ni agak meragukan saya sebab setiap kali bos sorang tu hadir mesti saya kena aim. ia seperti satu signal/pakatan untuk menjatuhkan saya. bila dianalisis semula saya dah nampak semua tuh. saya malas nak beremosi sangat hal2 ni dan malas nak pk adakah dengan dua insiden akan menjejaskan recommendation untuk kenaikan. saya tak kuasa. sebab buat masa ini saya perlu kembali ke niat asal saya semasa saya diterima bekerja. biarlah dan hanya DIA sahaja yang lebih mengetahui. 

semalam adalah sejarah. hari ini adalah kehidupan. esok adalah masa hadapan.

yeah let's get back to work.

Tuesday, April 24, 2012

Yang Baru

Segala-galanya baru bermula Feb lepas.

Opis baru.

Rumah baru.

Taska baru.

Dan semestinya kehidupan yang baru.

Yeah sangat mencabar buat keluarga kecil kami.

Sbb kehidupan sebelum ni sangat la menyenangkan dan selesa.

Ohh...byk ceritera yang nak ditulis tapi masa sangat menghambat.

Apapun dis coming May is our family getaway. May is my fav month for travel.

Baru pasan every May ada je agenda jalan2 cari pasal.

Next update kita cite psl cuti2 ke KK ye.

Monday, March 5, 2012

hari pertama

hari ini dalam sejarah. memang kena post kat blog. sebab...

hari ini hari pertama anak2 saya di hantar ke taska. seblom ni saya agak skeptikal sket ngan taska. tapi kali ni saya tak bole nak elak. bila dah pindah rumah lokasi pengasuh yang dulu agak melencong dari jalan nak pegi keja. lagipun Dania dah merengek2 nak gi sekolah. sian plak tengok Dania.

Macam tadi masa antar Dania n Syamil. Dua2 sangat teruja ok. Syamil dah tak hiraukan nenen dia. Yang Dania plak mata siap bersinar2 tengok ramai kengkawan. Tadi sempat tengok budak2 ni mandi jemaah.

Doa Ummi untuk anak2, harap2 kamu sume ok ye. Duduk baik2 dan dengar cakap kakak. Harap2 Allah permudahkan urusan keluarga kita ye.Amin.

Wednesday, February 29, 2012

update sket dulu

esok genap seminggu kami sekeluarga tinggal di rumah baru.

suasananya sgt sunyi sbb tak ramai lagi yang pindah.

kitorang berani pindah pon sbb rumah belakang dah ada orang duduk.

harap2 bulan 3 ni ramai yang akan berpindah.

papepon rasa syukur sangat dapat peluang duduk rumah sendiri. memang rasa excited nya lain mcm sket. hahaha sungguh koya kn.

ok itu je la update cite baru keluarga kitorang. nanti ada masa upload gambar umah plak ye.

Tuesday, February 14, 2012

dh kemas tapi cam tak kemas

euwww...dah lama tak berblog. bila nak google blog sendri bole plak terhinggap di blog Abby Abadi. apa kes? hahaha...tak penah2 den baca blog artis tetiba arini bole plak terbaca.

adooii...sebenarnya mood nak buat keja masih tegar lagi walaupon opis dah tunggang langgang. pening kepala aku dah ni. tengok gaya bos memang dah 150% bagi signal suruh stop wat keja. taaapii next week nak amek cuti 2 ari sebab nak pindah rumah. penat wwoo...sana sini pindah.

siyes dokumen unit aku mmg banyak. kira punye kira ada la nak dekat sebulan mengemas. tapi tak abes2. muahhaha...nak wat cane beratus2 projek kena handle. macam2 sampah mak nenek kitorang jumpa.bila belek2 rasa nostalgia jugak. hehehe...ye la zaman2 kena cop jadi projek sakit. teringat2 situasi kalut. haaaiihh...pastu tengok nama kengkawan sambilan yang dah berenti. ada jugak nostalgia kat situ. adesss...

ok la back to work. mood mengemas dah sampai. see ya!

Friday, January 13, 2012

wedding izanurni

Date : 20.11.2011
Venue: Dewan di TTDI, KL


Pelamin nye


Oligo...Oligooo...


On her cakes...kalerfool nyeaaa


cantek kan?

pic yang sangat lapuk. saje je nak tepek kat cni.
bukan apa rasa bangga nih dapat attend wedding kengkawan.
betol2 gigih bagi sape2 yang dah beranak pinak macam saya ni.
kalu tak kena mood kekadang bole patah hati taw.
walaupon cuaca tak mengizinkan masa kami sampai, tapi tetap gak sampai.
sebab mengenangkan pengantin pompuan ni kawan skolah saya, pastu dia penah sedorm dan katil dia sebelah saya je masa form 5.
adeh...rasa rindu plak zaman dulu2. tak sangka begitu cepat masa berlalu.
apapun saya sentiasa berdoa agar kengkawan saya sume bahagia dalam meniti kehidupan masing2.

On many things about Us


Snap @ Al-Rawsha, KL


Yeah...Syamil Ziyad dah nak masuk 6 bulan. Dari exclusive breastfeed dah jadi fully. Apapun Syamil membesar dengan sihat. Berkat ketabahan omak nye memerah susu tahap tak hengat tu yang badan macam kena pam2. hihihi...lasak nye adeh...penat nak mengutip. Meniarap pastu golek-golek ala sin chan merata-rata. Dah pandai main dan sangat suka bila Dania mengagah dia.

Berkenaan penyusuan Syamil, bila dah masuk 5 bulan setengah, saya perkenalkan dengan bubur kosong. Sebab nya satu saya dah tak sabar nak menyuap Syamil, dua sebab susu saya dah merudum sedikit. Tak tau la apa punca nya. Skang ni tengah gigih mencari apa milk booster saya. Ye la lain orang lain caranya. Sangat jeles ngan orang yang makan apa2 pun breast sekejap je dah penuh.huhuh...saya akui stok susu memang kais pagi makan pagi. buat masa skang memang tengah cuak memandangkan keja saya skang ni kena kuar pejabat ke Kedah dan Penang. jadi saya kena tingkatkan stok susu saya selagi boleh kalu tak terpaksa pk alternatif lain.

Bila dah berdepan situasi cenggini mula la rasa nyesal tak wat stok banyak2. Memang diakui bila menyusu badan ni kita kena sentiasa mengekalkan semangat tu ke tahap tertinggi. Tak bole bermalas2an. Lebey2 lagi ngan keadaan saya yang macam ni.

Alternatif lain kemungkinan saya terpaksa mengangkut anak2 ke mana saje saya pegi.muahahha...tak dapat nak bayangkan keadaan tu. mana nak chair meeting ngan mana nak jaga anak. adooiii...

Dania with my scarf

Ni plak pic anak dara saya. Sangat la suka mencantekkan diri dia. Suka sangat main mekap walau pon dengan pensel krayon pon Dania bole layan. Kalu kitorang jalan2 kat Alamanda, siap sedia la dia ngan request minta dimekapkan kat kaunter Parkson. Tu la omak nye tak de la mekap bagai. Ni anak plak lebey2. Dania mula suka mekap sejak dia tengok Mak Yang (my adik ipar) aritu bermekap masa hari nikah. jadi sejak tu le air liur dia akan meleleh je bila tengok pengantin bermekap. Nak plak baba dia jadi photographer jadi ada masa bila kitorang ngikut Dania la paling sibuk skali.

Bukan setakat tu je, ada masa Dania suka pakai baju jalan dia. Ok dalam wardrobe dia saya dah asingkan mana baju untuk jenjalan dan harian. Setiap kali saya balik keja, Dania akan tukar baju ngan harapan minta saya bawa dia kuar. macam2 hal bila dah jadi budak besar.


Itu la cerita kitorang yang tak seberapa. Sat gi kalu sempat nak upload piccas bercuti-cuti di Penang dan makan2.

Friday, January 6, 2012

macam tak de beza

Bila sebut kerajaan atau senang nak sebut gomen, mesti dah kena mark lembap, lemau, dan yang seangkatan dengan nya.

Aku sendri pon kekadang jadi bingung gak. Kalu zaman dulu bole la nak bagi alasan sume guna mesin taip, info dalam fail yang berjilid ntah ke berapa ntah, pastu kalu nak berhubung dengan jabatan lain hanya melalui telefon dan faks. Directory telefon dulu tak penah disebarkan. Nasib ko le asek kena pass line.

Zaman skang sume dah jadi cepat. Ada internet di mana ada website yang akan tunjuk directory staff, alamat jabatan dan pendek kata sume info ada.

Jadi kenapa masih dapat lagi mark lembap tuh?

sebab dah jadi tabiat ada staf guna masa pejabat untuk main online game dan sume yang sosial. kroniknya bila staf tu menggunakan hampir 70% masa di pejabat untuk melakukan perkara berkenaan.

walaupon disekat yakni hanya waktu lunch hour sahaja taappii sanggup guna broadband.

harap2 pihak atasan nampak sume perkara ini. tabiat keja aku dah siap jadi aku bole bersenang lenang harus tidak ada pada setiap penjawat awam. pada aku kalu keja ko dah siap kenapa tidak ko bertanya pada orang lain ada keja yang bole dibantu ke.tak rasa pelik ke ko bersenang lenang tapi orang lain bagai nak pitam buat sume keja.

as for me i do welcome so much on sbpa. yeah...kamon. dah penat la dan pedih telinga eden ni bila asek orang kato den lombap.

Wednesday, January 4, 2012

Late Payment Interest

masih ingat entry semalam pasal rumah baru kitorang tuh?

huhu...keseronokan nak masuh rumah baru tu jadi hambar bila mana kitorang kena bayar Late Payment Interest(LPI) sebanyak Rm1.9k. pffft!

Kalu kira2 tu kan memang bonus yang saya dapat tu tak mampu nak cover bayar duit tuh. Terus berpinar kepala saya memikirkan bajet akan lari bila kena bayar denda itu.

Lepas dapat je surat tuh memang saya terus cal pemaju dan kasi beberapa das soalan. dan PIC itu kata saya bole buat rayuan. Saya rasa PIC tu bole stress tahap gaban sebab dah tahap nak bertekak dah.

Saya pon mula buat kiraan. Katakan la seorang pembeli dikenakan min Rm1k untuk LPI, cuba kali dengan 10 pembeli dah Rm10k. Dan kali kan la untuk seterusnya. Perrgghh...kaya benor pemaju nih.

Jadi kepada anda semua yang sedang dalam proses membeli rumah yang masih dalam pembinaan sila buat follow up ke atas setiap documentation yang melibatkan bank dan peguam. Pastikan tiada kelewatan berlaku. Kalu ada pon bukan disebabkan kita sebagai pembeli.

Apapun saya dah declare yang saya tak kan bayar dengan jumlah banyak itu. dan saya akan lawan habis-habisan kalu bole nak bawak sampai ke tribunal pengguna sebab dalam kes saya ni saya beli dah agak lewat, masa tu pembinaan dah 50% in progress. Jadi saya berhak untuk dapat discount OK!


Tuesday, January 3, 2012

2012

Yeah...berjaya buat entry untuk tahun 2012. ngeh ngeh ngeh...

Saya bukan le seorang yang sentiasa update azam tiap2 tahun. azam tu tetap ada cuma tak de la berderet2.

Apa yang dirancang tahun lepas alhamdulillah dipermudahkan oleh-Nya.

Antaranya saya dapat zuriat, dan yang terbaru, rumah!

Makacih la kepada pemaju tersebut yang sememangnya komited menyiapkan rumah kami. Insya-Allah tahun ini kami dapat masuk rumah. Tinggal nak amek kunci jek. Tapi tu la sebelum dapat amek kunci tu, nak kena langsaikan beberapa $$$$.huhuhuh...nanti kita cite la ye.

skang ni sedang berpk adakah saya nak menghadiri Amanat Tahun Baru oleh YB Menteri??? sebab saya takut amek masa yang lama je nanti terlepas sesi mengepam.

Ok la ye. saya nak sambung sarap. Sarapan hari ini pun ringkas gak. Nasi dan serunding daging. Yeah rasanya tahun ini tema nye hanyalah ringkas2 sahaja.muahhahaha....