Hari kedua kitorang di Langkawi
Kul 10++ kitorang gerak dari resort. On the way nak ke sana tengok meter minyak dah berkelip2. Isi minyak ni kena bajet gak. Takut terlebih isi rugi! Kali ke-2 isi ni kami taruk Rm25.00.
Sampai je kat sana, kitorang tengok papan notis untuk hari Rabu, cable car start operate kul 12pm. Keciwa nya. Baru ingat tak moh berpanas2an kat atas. Ye la pagi2 ni ok sket untuk Dania. So, sementara nak tunggu cable car tuh, kitorang jalan2, main2 dan makan2.
Mula2 ingatkan ada sesi feeding arnab. Tapi keciwa lagi. Arnab yang ada sangat tak jinak. Derang nyorok dalam lubang tanah a.k.a rumah masing2. Tengok pic bawah ni. Cute kan?
Dalam kawasan yang sama ada wat feeding rusa. Owh...bestnya. Masa mula2 memang takut gak. Ye la aku ni penggeli ngan binatang. Lama2 tu enjoy plak. hikhikhik...Dania plak langsung tak moh feed rusa. Sian rusa2 tuh. Owh yea rega makanan rusa Rm 1 per peket.
Ummi, Dania takooot le. huhuhu...
Lepas sesi bagi makan kat rusa, kitorang bersiar2 dan kuar masuk kedai. Kat sini beli air mineral je. Spend Rm 2. Enjoy da piccas!
Pic ni cam best kan. Cam ala2 kat oversea. hahaha...pasannya!
Ummi, jangan tinggalkan Dania sensorang kat cni. Jap le Dania nak regang2 kan urat nih.
Ntah macam mana ntah hari tu tetiba hujan turun. Cable car ditutup sementara hujan turun. Dan kitorang sangat la keciwa untuk kali ke3! Gosh...Dania plak nampak dah penat dan kelaparan so kitorang decide makan dulu. Tempat makan ni memang dah masuk list. Since dah tak tau wat pe tak agak2 kitorang g The Loaf! Auww...tempatnya memang sangat fantastic. Really enjoy the scenery. Macam duk kat Monaco jek. Memang tabik spring la ngan taste Tok Det. Kitorang spend Rm 88 untuk roti raisin, air serai, air mango, burger dan onion soup.
L-R: Air Mango dan Air Serai. Thumbs up goes for air serai. hikhikhik...
Roti Raisin yang sedap. Wajib order bila makan kat The Loaf.
Family potrait inside The Loaf
Nie le pandangan kat luar yang tersangat best. Macam2 jenis yatch dan boat.
Agak2 dah kenyang dan ujan pon dah berenti, solat dan kami terus balik semula ke tempat cable car. Kul 3 lebey gak la baru dapat naik. Alhamdulillah sume berjalan lancar dan selamat. Untuk naik cable car nih, kena bayar Rm 30. Tunjuk myKad dapat le disc. Owh...I luv discount! ahaks...
My hubby yang slalu bising pic dia tak banyak dalam blog aku. Ni kira terpaksa tepek la.hahhaha...jangan mare ye.
Me and my lil Dania inside cable car.
Nie pak arab dan bini dia yang minat kat Dania. Siap mintak nak bergambar ngan Dania. dan Dania pon pasrah je la.
Ummi, heelllpp!!!
Dania kena baling. Tengok la beg aku. Tak glam langsung. Terpaksa usung backpack untuk isi segala reta Dania. Sigh~
Dania yang suda rimasss. Kat hanging bridge.
Pemandangan Langkawi dari ketinggian 700++ meter. Kalu ada luck, bole nampak Thailand!
Cite pasal hanging bridge nih. Memang agak penat nak sampai ke sana. Kena trek turun bukit baru sampai ke bridge. Bila memikirkan ntah bila lagi nak sampai Langkawi lagi buat aku teruja gak la nak merasa. Betol2 amazing scenery kat atas tuh. Ramai la juga yang menegur Dania dan mintak nak bergambar ngan Dania. Sungguh femes anak aku kat bridge tuh. hahhaha...
Elok je masuk cable car nak turun ke starting point, Dania tdo. Agaknya penat sangat le tuh. Dalam cable car yang sama tu ada sepasang laki bini Taiwan. Ketawa derang tengok Dania lena.
Kat bawah ni sume piccas kitorang amek masa Dania tengah tdo. Ni le aktiviti kitorang sementara nak tunggu Dania bangun. Kitorang dah bincang awal2 untuk trip ni. Berjalan tu berjalan gak tapi kena pentingkan keselesaan dan masa tdo Dania.
Pic ni my hubby capture masa singgah di Pantai Tengkorak.
Kami drive dari Pantai Kok-Pantai Tengkorak-Tanjung Rhu-Pantai Chenang. Tujuannya nak cari port untuk mandi pantai. Sambil jalan2 tu kami menikmati pemandangan sepanjang perjalanan. Memang pantai kat Langkawi ni sume cantek2. Singgah beli satay untuk wat makan2 dalam keta dan piknik. Rega satay dalam Rm 8.00. Sampai je Pantai Chenang, bagi Dania minum susu dulu sebab masa seblom tdo tuh Dania tak minum lagi. Siap minum susu kami terus ke tepian pantai. Nasib baik la port kami pilih tu happening. Nampak geng jet ski mintak derang tolong tiupkan pelampung Dania. Sebab kami beli pelampung kat KL jadi sedia kemik. dah tau dah kalu beli kat pantai confirm mahal. Nasib baik la derang tu sume jenis tak kesah.
Kami teruskan aktiviti mandi. Mula2 ingat my hubby ikut kami rupa2nya dia dah jumpa kawan baru. Ada 2 orang abang ni tengah capture sunset. My hubby pon join skali dengan derang.
Duh bosannya. Sian Dania. Baru nak main air. Aku pon try la letak Dania bila ombak datang. Menangis ketakutan Dania. Aku rasa Dania ni penakut ngan bunyi2an. Buni blender pon takot. Bunyi vacuum lagi la tak leh dengar. Letak Dania atas pasir suruh guling2 sin chan pon tak moh. Tetiba ada la auntie saleh ni tegur kami. Dia beria2 pujuk Dania suruh duduk atas pasir. Sebab ni fes time Dania dapat main pasir. So dia agak pelik tengok pasir tu melekat kat tangan dia. Yang tak tahan nya siap jilat nak rasa pasir tuh. hikhikhik...ketawa besar auntie tuh. Jadi tak de la pic Dania berendam dalam pantai.
4 comments:
ohh aku suke gmbr ko n dania yg kt obersi tu..hik hik..sgt cool.. ;p
ko rase best ke air serai mien?? urghhh..aku x leh terima..dua kali telan jek, pastu aku surrender..huhu..
rase cam nk gi langkawi gak jek..hehe
owh...tq!
bole thn la rasa air serai tuh.aku pon fes time minum tuh.try la dulu rasa yg kat the loaf.
mien.. lepas nie mesti calon menantu ko samada mat salleh atau pak arab...hahahha
oowhh...tidak cneo. tak moh aku! saya masih suka Melayu asli. kalu nak antor borang permohonan kaunter blom bukak lagi. hikhikhik...
Post a Comment