Friday, May 22, 2009

Rezeki Masing2

Alhamdulillah sume dah selesai. Surat resign dah dihantar pada boss bahagian penempatan tadi. Ni aku nak share yang menarik pada aku la psl keja gomen nih. Ini berkenaan dengan orang yang aku kenal dan bole plak satu kementerian dengan aku.

Unimates:
Same Batch-Lynn, Ismail, Azizul, Yem(kontraktor dengan JKR)
Junior-Wan Fatimah, Azira (Mech)
Skoolmates:
Junior-Hilda


Tak sangka kan kita bole jumpa orang yang kita kenal di tempat satu keja. Ye la dah nama pon gomen, confirm lah jumpa orang yang kita kenal. Pasni tak tau la plak sape nanti aku jumpa kat sana.

Yem tu budak mech. Slalu datang opis sini submit drawing. Tak pasti dia keja ngan company mana. Sebab aku bukan bahagian mech. Kalu jumpa tu mesti masa nak masuk kuar lift.

Lynn n Ismail satu course ngan aku. Dulu kitorang share dewan kuliah, kafe pak lah dll dan skang ni share bilik dan juga pegi la sume merata tempat kat Mid Valley. Itu pasal Lynn. Ismail ni kat unit lain jadi jarang jumpa. Lagipon unit dia tu slalu kena outstation.

Hilda tu junior semesta. Dah nak kawen pon dia ujung bulan 5 nih. Makin slim dan lawa. Dulu paham2 je la. Makan nasi kawah betol2 wat kitorang gemok. Lepas je kuar skolah sume makin slim. Kat opis skang ni kitorang satu floor. Kat skolah dulu pon satu floor gak sebab satu rumah sukan-Kejora.

Wan Fatimah ni dulu ada kat opis sini. Skang dia suda pindah ke Johor ikut suami.

Azira ni walaupon junior dan lain course kenal dia sebab sama2 berjuang untuk *KIUM. hahaha...

Tengok la list atas tuh. Kalu dulu aku ada lah senior di skolah dan uni tapi skang terbalik. Aku suda jadi junior kepada junior aku. Bukan setakat keja sahaja malah gaji tau. Itu lah namanya rezeki masing2 kan.

Aku ada sorang kawan ni. Dia suka membandingkan tuah dan rezeki dia ngan kengkawan yang lain. Ye la banyak kawan kitorang sume keja gempak bonus pon lumayan. Aku pon sedar perkara tuh. Tapi dalam hal ni aku pikir senang je. Asal kawan kita bahagia itu pon suda cukup bagi aku. Kawan dapat keja kita mesti rasa senang. Ini yang mak aku slalu cakap. Si dia tu tak berniat nak dengki. Cuma dia rasa apa kurang pada diri dia. Aku sebenarnya nak cakap kat dia. Rezeki tu sangat subjektif. Mungkin Tuhan tak bagi pada ko sebab rezeki KELUARGA dah melimpah ruah. Macam dia adik beradik 2 orang je. Dalam keluarga melayu adik beradik 2 orang ni memang la sangat mewah kan? Jadi kemewahan tu ko dah rasa dari kecik lagi. Kalu tengok kawan2 yang dapat keja gempak derang tu sume ramai adik beradik. Jadi pada aku memang derang berhak pon untuk menikmati apa yang derang dapat skang. Masa dulu tak dapat sebab kena kongsi ramai2. Lagipon kalu dah Tuhan bagi pada mereka tak salah pon. Dah adik beradik ramai konpem la kena tolong mak ayah tanggung kan. Sebab tu la Tuhan tulis rezeki itu sangat LUAS. Luas itu sudah menunjukkan maksudnya.

Jadi sebelum kita memikirkan kekurangan diri elok lah kita cari nilai positif dan yakin Tuhan akan selalu murahkan rezeki kita sekeluarga.

p.s sori la entry ni cam tazkirah jumaat plak. sebenarnya aku dah tak tau nak wat pe. sume keja aku dah handover. lalalallala~~~

3 comments:

zue said...

sgt setuju! always thankful to what is given to us..wp mende yg kurang kite suke..sbb itu mungkin pembuka rezeki yg lain..lgpon rezeki bukan nye dlm bentuk harta duit semata..mcm yg koca tulis kt blog die laa..kalo kite syukur, insyaAllah makin bertambah..amin :)

-inay- said...

100% agree!

azya said...

fitrah manusia, sebab the grass will always looks greener on the other side.

doa selalu mintak jd hamba yg selalu mensyukuri nikmatNya walau mcm mana susah pun keadaan tu.

sekian, tazkirah pagi selasa :P